• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Fasa Satu Lebuhraya Pan Borneo Kini 86 Peratus Siap

Oleh
Aina Musa
4 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Fasa Satu Lebuhraya Pan Borneo Kini 86 Peratus Siap

86% siap dengan tiga lagi seksyen baru bakal dibuka

Fasa Satu Lebuhraya Pan Borneo Kini 86 Peratus Siap. Fasa satu projek Lebuh Raya Pan Borneo kini sudah 86% siap, kata Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof.

Pada tahun ini, katanya, dijangkakan terdapat beberapa lagi seksyen lebuh raya itu akan dibuka dan tiga seksyen, iaitu di Sarikei, Bukit Begunan serta Lambir, dijangka siap tahun depan.

Fasa Satu Lebuhraya Pan Borneo Kini 86 Peratus Siap
Fasa Satu Lebuhraya Pan Borneo Kini 86 Peratus Siap.

“Tiga seksyen itu berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk cabaran di tapak yang memerlukan penelitian semula,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Libat Urus bersama Media Sarawak malam tadi.

Sebahagian projek masih memerlukan pengolahan semula reka bentuk

“Malah ada juga yang memerlukan pengolahan semula reka bentuk kerana faktor keadaan muka bumi yang tidak sesuai.”

Fasa satu projek pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 786km dari Telok Melano ke Miri melibatkan kos RM16.117 bilion.

Sementara itu, Fadillah berkata, Kementerian Kewangan juga kini sedang memuktamadkan aspek perolehan bagi Projek Fasa 2 Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) serta Projek Lebuh Raya Trans Borneo (LTB). Peruntukan siling sebanyak RM12 bilion telah ditetapkan bagi kedua-dua projek itu, tambahnya.

Fasa Satu Lebuhraya Pan Borneo Kini 86 Peratus Siap
Kredit Foto: Sarawak Update

“Kita juga harap dapat memuktamadkan penganugerahan kontrak kepada kontraktor tahun ini dan awal tahun depan projek ini akan dapat dimulakan.”

Projek SSLR akan dijalankan bermula awal tahun depan

Pada 7 Ogos lepas, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan telah meluluskan Projek Fasa 2 SSLR serta Projek LTB, dan pembinaannya akan bermula seawal tahun depan.

Ismail berkata, penelitian teknikal bagi projek Fasa 2 SSLR dan LTB yang menghubungkan Miri, Limbang serta Lawas itu kini di peringkat akhir, dengan pembinaannya dijangka memakan masa selama tiga hingga lima tahun.

Katanya, projek itu bukan sahaja membolehkan penduduk kawasan utara Sarawak menuju ke Sabah melalui dua pilihan jaringan jalan raya, malah memberi manfaat kepada penduduk sekitar Mulu, Long Seridan, Nanga Medamit, Long Lopeng, Ba’kelalan dan Merarap yang kini bergantung kepada jalan balak sebagai jalan perhubungan utama.

Baca lagi mengenai progress pembinaan Lebuhraya Pan Borneo:

Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Bahagian Miri-Seksyen Pujut Akan Mula Dibuka Minggu Hadapan
Projek Lebuhraya Pan Borneo, Pengaktifan Lampu Isyarat Di Jalan Serian Mulai Pada 25 April Ini
SUMBER :Bernama
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelakon Hong Kong Cedera Terkena Durian Semasa Buat Penggambaran Di Malaysia
Next Article Lagi Kes Guru Di Bintulu, Kali Ini Pukul Dan Ugut Pelajar

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?