• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lagi Kes Guru Di Bintulu, Kali Ini Pukul Dan Ugut Pelajar

Oleh
ILB - AI
4 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Lagi kes pendidik telah menghebohkan netizen.

Lagi Kes Guru Di Bintulu, Kali Ini Pukul Dan Ugut Pelajar. Rasanya belum lama sebelum ini kita juga telah dikejutkan dengan kejadian rogol yang melibatkan seorang guru terhadap pelajar perempuan di sebuah sekolah di Bintulu yang sehingga ke hari ini juga masih menjadi tanda tanya keberadaan si pelaku. Hari ini, kita dikejutkan lagi dengan kejadian yang melibatkan seorang pendidik dan pelajarnya.

Kejadian yang berlaku di salah sebuah sekolah menengah di Bintulu, Sarawak ini telah menghebohkan warga netizen di laman sosial di Facebook kerana kesalahan yang dilakukan sehingga mengugut yang berbaur melibatkan nyawa.

Lagi Kes Guru Di Bintulu, Kali Ini Pukul Dan Ugut Pelajar
Lagi Kes Guru Di Bintulu, Kali Ini Pukul Dan Ugut Pelajar. Sumber gambar: FB seehuadailynews

Ditahan tapi dibebaskan?!

Seorang guru yang baru sahaja berusia 25 tahun berkhidmat di salah sebuah sekolah menengah di Bintulu telah dilaporkan ditahan atas kesalahan yang dilakukan. Namun, guru tersebut telah dibebaskan dengan jaminan pihak polis. Walaupun telah dibebaskan, guru tersebut akan didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan 502.

Lagi Kes Guru Di Bintulu, Kali Ini Pukul Dan Ugut Pelajar
Sumber gambar: FB Bintulu News Page

Guru tersebut dibebaskan dengan jaminan polis kerana telah tamat tempoh tahanan. Walaupun dibebaskan tetapi guru ini masih dibawah pengawasan pihak polis dan tidak boleh bebas untuk kemana-mana sehingga kes dibicarakan.

Ugutan “dilenyapkan daripada dunia”.

Guru muda ini telah ditahan kerana melakukan kekerasan terhadap pelajar lelaki di sekolahnya. Guru tersebut dilaporkan telah memukul dan menendang pelajar lelaki tersebut beberapa kali.

Lagi Kes Guru Di Bintulu, Kali Ini Pukul Dan Ugut Pelajar
Sumber gambar: FB Bintulu News Page

Bahkan, guru tersebut juga telah melakukan kesalahan dengan membuat ugutan untuk melenyapkan pelajar tersebut. Ugutan ini dibuat sekiranya pelajar tersebut mendedahkan sesuatu. Sesuatu yang akan didedahkan oleh pelajar tersebut sehingga membuat guru tersebut seperti gentar masih tidak diketahui dengan lebih lanjut.

Guru muda ini juga telah menjadi kehebohan para netizen kerana negeri asalnya adalah dari Kelantan. Hal ini kerana sebelum kes ini, terdapat satu lagi kes yang tersebar tentang seorang lagi guru yang juga berasal dari Kelantan yang telah merogol pelajar perempuan di sebuah sekolah di Bintulu juga.

Lagi Kes Guru Di Bintulu, Kali Ini Pukul Dan Ugut Pelajar
Sumber gambar: FB Bintulu News Page

Semoga hal seperti ini dapat diselesaikan secara tuntas. Jika tidak, ianya akan memburukkan institusi pendidikan serta mencemarkan nama baik para pendidik. Bukan itu sahaja, kesalahan individu sebolehnya usahkan dijadikan sentimen kenegerian.

Boleh dikatakan banyak juga kes yang melibatkan para pendidik yang boleh dijadikan iktibar untuk kita dalam artikel berikutnya:

‘Seolah-Olah Suara Tidak Didengari,’ Komuniti Minoriti Terkesan Dengan Kes Rogol Pelajar Di Bintulu

Guru Sekolah Asrama Penuh Di Kuching Diperintah Bela Diri, Didakwa Laku Amang Seksual Terhadap Pelajar
SUMBER :FB seehuadailynewsFB Bintulu News Page
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Fasa Satu Lebuhraya Pan Borneo Kini 86 Peratus Siap Fasa Satu Lebuhraya Pan Borneo Kini 86 Peratus Siap
Next Article CoreHalal, Startup Teknologi Pertama Sabah Tembusi Pasaran Global

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?