• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Fasih Bahasa Korea Dan Mandarin, Peniaga Sabah Digemari Pelancong Luar

Oleh
Farisha
30 September 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Strategi unik peniaga Sabah tarik pelancong antarabangsa

Fasih Bahasa Korea Dan Mandarin, Peniaga Sabah Digemari Pelancong Luar. Peniaga di Sabah kini menjadi bualan di media sosial kerana kebolehan mereka bertutur dalam bahasa asing semasa melayan pelancong. Banyak blog dan platform dalam talian telah memaparkan kehebatan mereka menggunakan bahasa Korea untuk berinteraksi dengan pelanggan.

Menerusi perkongsian di laman TikTok @Travelholic Korea, menunjukkan penjual mangga di kawasan Anjung Kinabalu dan pasar berdekatan berkomunikasi dalam bahasa Korea dengan pengunjung luar negara. Ini tidak menghairankan kerana Sabah memang terkenal sebagai destinasi pilihan pelancong dari Korea Selatan dan China.

Fasih Bahasa Korea Dan Mandarin, Peniaga Sabah Digemari Pelancong Luar
Gambar hiasan. Sumber foto: Berita Harian. Fasih Bahasa Korea Dan Mandarin, Peniaga Sabah Digemari Pelancong Luar

Jabatan Penerangan Negeri turut berkongsi video serupa di platform media sosial mereka, menunjukkan bagaimana aktiviti pelancongan bukan sahaja meningkatkan pertumbuhan ekonomi tetapi juga membolehkan peniaga mempelajari bahasa lain untuk memenuhi keperluan pelanggan antarabangsa.

Peniaga yang boleh bertutur dalam satu atau dua bahasa asing boleh dijumpai dalam pelbagai sektor, antaranya restoran makanan laut dan jualan kraftangan serta cenderamata, di seluruh Sabah.

Di Semporna, pusat menyelam terkenal di pantai timur, peniaga kini boleh berbual dalam bahasa Mandarin atau Korea ekoran peningkatan pelancong dari negara-negara tersebut.

Revolusi pelancongan Sabah, peniaga tempatan fasih berbahasa Korea dan Mandarin

Menurut laporan media tempatan, penduduk tempatan ini boleh menyebut nombor dalam kedua-dua bahasa tersebut apabila berurusan dengan pembeli yang suka tawar-menawar atau pelancong dari luar negara.

Seorang peniaga Bajau di pasar ikan Semporna menjelaskan bahawa mereka terbuka kepada rundingan harga selagi ia munasabah. Beliau menambah, bertutur dalam bahasa Cina tidaklah terlalu sukar kerana ramai penduduk tempatan Sabah juga fasih berbahasa Cina.

Pengerusi Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Sabah (Satta), Datuk Winston Liaw, memuji usaha peniaga tempatan meningkatkan kemahiran bahasa mereka. Beliau menekankan bahawa pertukaran budaya dan bahasa adalah sebahagian penting dalam industri pelancongan.

Liaw juga menyatakan bahawa ada pelancong Korea yang kerap ke Sabah telah mula belajar bahasa Melayu. Memandangkan pelancong dari China dan Korea Selatan masih merupakan kumpulan terbesar yang melawat Sabah, beliau menggalakkan pemain industri pelancongan untuk turut mempelajari bahasa Korea bagi meningkatkan pendapatan mereka.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Pemandu Pelancong Di Sabah Mahir 3 Bahasa Curi Perhatian Netizen
Wanita Dari Sabah Bercakap Bahasa Korea Dengan Pelanggan Korea, Netizen Kagum Dengan Kefasihannya

SUMBER :The Star
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penemuan Epik, Spesis Rafflesia Yang Rare Ini Muncul Semula Di Sabah Penemuan Epik, Spesis Rafflesia Yang Rare Ini Muncul Semula Di Sabah
Next Article Khabib Pelawa Sedia Beri Latihan Eksklusif Bintang Muay Thai Jojo Di Dagestan Khabib Pelawa Sedia Beri Latihan Eksklusif Bintang Muay Thai Jojo Di Dagestan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?