• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penemuan Epik, Spesis Rafflesia Yang Rare Ini Muncul Semula Di Sabah

Oleh
Nazihah AN
30 September 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Penemuan Epik, Spesis Rafflesia Yang Rare Ini Muncul Semula Di Sabah

Penemuan Terbaru di Hutan Simpan Sabah

Penemuan Epik, Spesis Rafflesia Yang Rare Ini Muncul Semula Di Sabah. Jabatan Perhutanan Sabah baru-baru ini mengumumkan penemuan spesies Rafflesia yang paling jarang ditemui di Sabah di beberapa lokasi baharu. Penemuan ini berlaku semasa ekspedisi saintifik Heart of Borneo (HoB) pada pertengahan Ogos 2024, menurut Ketua Konservator Hutan, Datuk Frederick Kugan.

Spesies yang ditemui ialah Rafflesia tengku-adlinii, sejenis bunga rafflesia endemik yang sebelum ini hanya boleh ditemui di bahagian barat dan tengah Sabah, termasuk Banjaran Trus Madi dan Kawasan Pemuliharaan Maliau Basin. Kini, spesies ini telah dijumpai di dua kawasan baharu iaitu di Hutan Simpan Bukit Monkobo dan Bukit Mentapok.

Penemuan Epik, Spesis Rafflesia Yang Rare Ini Muncul Semula Di Sabah

Spesies ini adalah yang paling jarang ditemui di antara tiga rafflesia yang terdapat di Sabah.

Datuk Frederick menjelaskan bahawa Rafflesia tengku-adlinii merupakan spesies paling jarang antara tiga spesies rafflesia yang wujud di Sabah. Bunga ini pertama kali ditemui pada tahun 1987 di Banjaran Trus Madi oleh Allahyarham Prof. Kamarudin Mat Salleh. Bunga ini dinamakan sempena salah seorang tokoh pemuliharaan terkenal Sabah, Datuk Dr Tengku D. Z. Adlin.

Berbanding dengan dua spesies rafflesia lain, Rafflesia tengku-adlinii bersaiz kecil dengan diameter sekitar 20.5 hingga 23.2 cm. Ciri khasnya termasuklah lobus perigone yang seragam berwarna jingga dengan ketuat jingga berbentuk bulat. Seperti rafflesia lain, bunga ini merupakan tumbuhan parasit dan spesies ini menjadikan tumbuhan Tetrastigma diepenhorstii sebagai hosnya.

Penemuan ini dilakukan oleh sekumpulan penyelidik yang diketuai oleh John Sugau, Dr Reuben Nilus, dan Razy Japir dari Pusat Penyelidikan Hutan Jabatan Perhutanan Sabah, dengan kerjasama Pejabat Perhutanan Daerah Beluran dan TSH Resources Berhad.

Datuk Frederick menambah bahawa penemuan ini akan memperkukuhkan lagi usaha pemuliharaan dan perlindungan kawasan hutan simpan yang telah diwartakan semula sebagai Hutan Simpan Kelas I (Perlindungan) pada tahun 2015. Hutan Simpan Bukit Monkobo seluas 5,443 hektar ini hampir sepenuhnya dikelilingi oleh Hutan Simpan Ulu Tungud, kecuali bahagian selatan yang bersempadan dengan tanah persendirian.

Gunung Monkobo (1,829 meter) dan Gunung Mentapok (1,581 meter), yang terletak berdekatan, merupakan gunung-gunung yang kurang dikenali dan masih banyak kawasan yang belum diterokai di bahagian utara-tengah Sabah.

Baca juga artikel semasa di bawah:

Ketahui Fakta Mengenai Rafflesia, Bunga Kebanggaan Warga Borneo
4 Kuntum Bunga Rafflesia Keithii Ditemui, Jom ke Poring Sabah Untuk Lihat Dengan Lebih Dekat
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tinggalan Jet Pejuang Jepun Perang Dunia Kedua Ditemui Di Sempadan Sabah Sarawak
Next Article Fasih Bahasa Korea Dan Mandarin, Peniaga Sabah Digemari Pelancong Luar

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?