“Saya Pun Hilang Sabar Sudah.”
Fed Up Dengan Janji Kosong, Wanita Sabah Ini Berang Beg Nilai RM500 Tidak Dipulangkan. Hampa dengan sikap rakannya yang sering beri alasan dan janji kosong ketika disuruh pulangkan begnya bernilai RM500, wanita di Sabah ini terpaksa menggunakan media sosial untuk sound dia.
Menurut sebuah status dimuatnaik oleh Somika Mika dalam Facebook, wanita ini meluahkan kekecewaannya terhadap seorang rakannya yang telah mengambil begnya tanpa pengetahuan beliau. Ketika beliau menghadapinya untuk minta beg itu dikembalikan, rakannya akan memberikan pelbagai alasan dan akhirnya tidak mengembalikannya. Ciapan yang dikongsi sebanyak 4.9k itu telah mengundang kecaman netizen terhadap ‘penapao barang’ yang tidak bertanggungjawab itu.
Beg Ditapao Balik Dari Rumah Pemilik Beg Itu
Menurut Somika Mika, kes ini telah berlaku dari tahun lepas. Difahamkan beg itu tidak dipinjamkan, disebaliknya diambil tanpa pengetahuan dan izinnya oleh rakannya itu. Setelah mengetahui beg itu diambil oleh rakannya, Somika turut meminta beg itu dipulangkan namun rakannya sering memberi pelbagai alasan untuk mengelak pulangkan beg terbabit.
Disertakan dalam status beliau adalah beberapa tangkaplayar menunjukkan perbualan mereka melalui Whatsapp. Ringkas kata, Somika minta beg itu dipulangkan dan rakannya itu sering beri perjanjian untuk pulangkan beg itu pada waktu-waktu tertentu.
Namun, nampaknya janji-janji yang diberi oleh rakannya adalah janji kosong kerana beg itu tidak dipulangkan pada waktu yang dijanjikan. Janji-janji ini kemudian berlangsung hampir setahun sehingga Somika marah dengan rakannya yang sering beri janji tapi tidak menepatinya.
Antara dakwaan rakannya adalah beg itu diberi kepada ahli keluarganya, tetapi yang peliknya rakannya akan berdiam sekiranya Somika minta alamat ahli keluarganya itu. Malah, pemilik nombor telefon yang diberi oleh rakannya yang dia dakwa adalah nombor telefon ahli keluarganya itu menjawab dengan kasar ketika dihubungi. Atas sebab terdesak, Somika sehingga cadangkan beg itu dipulangkan melalui perkhidmatan Grab, hanya dihampakan berkali-kali. At this point, Somika telah berputus asa dan menganggap beg itu tiada lagi tetapi rakannya tetap berkata beg itu akan dipulangkan.
Keluarga Kepada Rakannya Benarkan Tindakan Untuk Diambil
Menyampah dengan sikap rakannya yang sering beri alasan dan janji kosong, Somika kemudian mengubungi keluarga rakannya. Difahamkan rakannya pernah tular di media sosial untuk sebab lain dan keluarga rakannya itu sudah puas tegurnya but fell on deaf ears.
Keluarganya turut cadangkan Somika untuk buat laporan polis kerana berpendapat itu sahaja cara untuk menyedarkan rakannya itu.
Somika juga minta pertolongan netizen untuk memberitahu dimana lokasi sebenar rakannya itu kerana ketika ditanya, rakannya akan jawab dia berada di beberapa lokasi iaitu di Sandakan, Keningau, Telipok dan kadang-kadang di Kota Kinabalu. Nang mengarei lah nya tok.
Anda boleh baca cerita selanjutnya DI SINI.