• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rakyat Malaysia Tidak Perlu Buat Swab Jika Hendak Ke Sabah Semasa PKPP

Oleh
Ismail NA
16 Jun 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Perkara Tersebut Dimaklumkan Oleh Ketua Menteri Sabah Semalam.

Rakyat Malaysia Tidak Perlu Buat Swab Jika Hendak Ke Sabah Semasa PKPP. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Syafie Apdal semalam mengumumkan bahawa mana-mana individu warganegara Malaysia yang ingin memasuki Sabah semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) tidak perlu membuat ujian sampel saringan COVID-19.

Menerusi sidang media semalam, beliau menjelaskan bahawa rakyat Malaysia sama ada dari Semenanjung, Sarawak dan Labuan hanya perlu mengisi borang deklarasi kesihatan.

Bukan itu sahaja, mereka juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

Walau bagaimanapun, kebenaran itu masih tertakluk kepada peraturan jabatan imigresen serta jabatan yang lain. Pada masa yang sama, pihak JKNS akan terus memantau dan menilai tahap risiko kesihatan individu yang memasuki Sabah.

Rakyat Malaysia Tidak Perlu Buat Swab Jika Hendak Ke Sabah Semasa PKPP
Rakyat Malaysia Tidak Perlu Buat Swab Jika Hendak Ke Sabah Semasa PKPP

Sebelum ini, kerajaan negeri Sabah mewajibkan individu yang ingin memasuki Sabah untuk melakukan ujian saringan atau swab sampel.

Sampel tersebut pula hendaklah disahkan negatif sebelum mereka dibenarkan memasuki Sabah.

Mana-mana individu yang dibenarkan memasuki Sabah sebelum ini juga tidak perlu menjalani perintah kuarantin sekiranya mereka disahkan negatif. Namun, dengan syarat mereka haruslah mengemukakan surat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Sabah semasa ketibaan.

Langkah ini juga dilihat selari dengan keputusan kerajaan negeri yang menjadi negeri pertama membuka pelancongan lokal kepada seluruh rakyat Malaysia.

Anda mahu melancong semula? Mungkin anda boleh mulakan dengan destinasi unik yang ada di Sabah :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Fed Up Dengan Janji Kosong, Wanita Sabah Ini Berang Beg Nilai RM500 Tidak Dipulangkan Fed Up Dengan Janji Kosong, Wanita Sabah Ini Berang Beg Nilai RM500 Tidak Dipulangkan
Next Article TERKINI: Sarawak Lapor Tiga Kes Positif Baharu TERKINI: Sarawak Lapor Tiga Kes Positif Baharu, Kontak Rapat Kes Pelajar IPT Yang Positif

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?