• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Festival Budaya Borneo Perkenal Tradisi Sabah Dan Sarawak Di Subang

Oleh
Farisha
17 Oktober 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Borneo menyimpan kepelbagaian khazanah, budaya, adat resam, biodiversiti dan sejarah, dan akan ditunjukkan di Subang

Festival Budaya Borneo Perkenal Tradisi Sabah Dan Sarawak Di Subang. Festival Budaya Borneo 2023 (BCF) bakal membawakan pengalaman 360 darjah tentang kepelbagaian budaya serta tradisi Sabah dan Sarawak.

Dianjurkan oleh Persatuan Fesyen, Model dan Ratu Cantik Malaysia Malaysia (MFMPA), dan akan diadakan di pusat membeli-belah Subang Parade di Subang Jaya, Selangor pada 28 dan 29 Oktober.

Festival Budaya Borneo Perkenal Tradisi Sabah Dan Sarawak Di Subang
Sumber: kosmo

Untuk rapatkan jurang Sabah, Sarawak dan Semenanjung

Menurut sumber, penganjur BCF 2023, Dr Jason Hee berharap bahawa BCF 2023 dapat menjadi platform untuk merapatkan jurang antara Sabah dan Sarawak dengan penduduk di Semenanjung.

“BCF 2023 berfungsi sebagai platform yang sangat berharga untuk menyatukan komuniti Sabah dan Sarawak serta rakyat Semenanjung Malaysia,” tambahnya.

Pelbagai aktiviti dan pameran budaya Sabah dan Sarawak, pengunjung dialu-alukan untuk sertai

Dalam pada itu, menurut pengerusi penganjuran BCF 2023, Junzuenn Basalan mengharapkan kira-kira 1,000 orang hadir di festival yang akan mempamerkan pelbagai aktiviti dan pengalaman.

“Kami membawa pameran budaya pakaian tradisional, alatan dan kraftangan Sabah dan Sarawak. Pengunjung juga berpeluang untuk mencuba pakaian tradisional dan mengambil gambar,” kata Junzuenn semasa pelancaran BCF 2023, memetik laporan.

Malah, pengunjung boleh menikmati persembahan muzik dan tarian yang memukau oleh pelbagai kumpulan etnik Sabah dan Sarawak, yang turut dialu-alukan untuk pengunjung menyertai.

Mahu tunjuk pentingnya budaya Borneo dalam Malaysia

“Kami mahu meraikan corak budaya yang menjadikan Borneo sebahagian penting dari Malaysia,” kata Junzuenn.

Pengarah Pembangunan Pakej Pelancongan Malaysia, Mohd Roslan Abdullah, yang menghadiri pelancaran, mengharapkan festival ini akan menarik pelancong domestik dan asing.

“Ini akan mencipta lebih banyak peluang perniagaan untuk rakyat kita. Kami sedang bersiap sedia untuk Tahun Melawat Malaysia 2026 dan berhasrat untuk mencapai 16 juta kedatangan pelancong antarabangsa tahun ini.”

Selain itu, BCF 2023 mempunyai gerai khas untuk penyedia perkhidmatan pelancongan bagi mempamerkan perkhidmatan dan pakej untuk Sabah dan Sarawak. Pengunjung juga boleh merasa pelbagai hidangan tradisional Borneo.

Antara yang turut hadir di BCF 2023

Yang turut hadir adalah pengurus kompleks Hotel Park Royal Collection, Christian Nannucci, ketua eksekutif Subang Parade, Aldela Puspa, pengurus besar, Rebecca Phan, pengarah pengurusan Rapid Borneo Freight Shipping Inc, Mariati Uttok dan pereka fesyen, Datuk Aaron Von Jolly.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Bangga Dengan Budaya Sarawak, Individu Dari Melaka Pakai Baju Iban Demi Keretapi Sarong 2023
Perayaan Budaya Sarawak Dan Sabah, Ini Perbezaan Ringkas Antara Pesta Kaamatan Dan Gawai Dayak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Rakaman Pergaduhan Di Asajaya, Polis Tahan Dua Suspek Berusia 13 Dan 16 Tahun Tular Rakaman Pergaduhan Di Asajaya, Polis Tahan Dua Suspek Berusia 13 Dan 16 Tahun
Next Article TEGAS Fundraising Accelerator 2023 Ajar Startup Kumpul Dana Dengan Berkesan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?