• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
#innovatesarawak

TEGAS Fundraising Accelerator 2023 Ajar Startup Kumpul Dana Dengan Berkesan

Artikel Ini Dibawakan Oleh
Kongsi
3 Min Bacaan
Artikel Ini Dibawakan Oleh

Program direka khas untuk syarikat pemula Sarawak memecut perkembangan syarikat

TEGAS Fundraising Accelerator 2023 Ajar Startup Kumpul Dana Dengan Berkesan. Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) telah melancarkan batch kedua untuk Program TEGAS Fundraising Accelerator (TFA), yang dilaksanakan oleh TEGAS Digital Village (TDV). Inisiatif ini direka untuk mempercepatkan perkembangan syarikat pemula dan perusahaan sosial, selari dengan objektif Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2030 dan Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 2030.

Untuk menjayakan program ini, TEGAS bekerjasama dengan Pitch Platforms Sdn Bhd (dikenali sebagai pitchIN) dan MYStartup. PitchIN diiktiraf sebagai platform pembiayaan ekuiti ramai (ECF) nombor satu di Malaysia, manakala MYStartup adalah projek nasional hasil inisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan dibangunkan oleh Cradle Fund Sdn Bhd.

TEGAS Fundraising Accelerator 2023 Ajar Startup Kumpul Dana Dengan Berkesan
TEGAS Fundraising Accelerator 2023 Ajar Startup Kumpul Dana Dengan Berkesan

Membantu syarikat pemula tempatan menempatkan diri dalam 20 teratas Ekosistem Pemula Global

Matlamatnya adalah untuk meningkatkan kemampuan syarikat pemula tempatan, dengan sasaran untuk menempatkan mereka dalam kalangan 20 teratas Ekosistem Pemula Global menjelang akhir dekad ini.

Program TFA TEGAS merupakan platform unik yang direka khas untuk usahawan baru. Ia pastinya bakal memberi manfaat kepada mereka yang belum memiliki pengalaman yang meluas, atau langsung belum memiliki pengalaman untuk mendapatkan pembiayaan luaran. Pengasas syarikat pemula bakal dilengkapkan dengan kemahiran bernilai tinggi untuk mengumpul modal perniagaan mereka dan menyelami dengan lebih mendalam selok-belok pengumpulan (fundraising) dana,”

YB Datuk Len Talif Salleh, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar dan juga Pengerusi TEGAS

Beliau juga yakin, dengan adanya batch kedua program TFA ini, syarikat tempatan dapat dibantu untuk menyempurnakan strategi pengumpulan dana mereka dengan lebih cepat.

Peserta bakal dibimbing mentor ternama dalam dunia pengumpulan dana Malaysia

Bakal berlangsung pada 7 hingga 10 November 2023 di TDV Kuching, TFA akan meneroka topik-topik seperti persediaan dan perjalanan pengumpulan dana, strategi dan kempen pengumpulan dana yang berkesan, penilaian pitchIN, dan banyak lagi. Mereka yang terpilih untuk menyertai program ini berpeluang mendapatkan sesi mentor oleh pakar industri, sesi panel interaktif, perjumpaan satu lawan satu dengan usahawan berpengalaman, dan akses kepada pelbagai sumber yang ditawarkan oleh MYStartup, antara faedah-faedah lain.

TEGAS Fundraising Accelerator 2023 Ajar Startup Kumpul Dana Dengan Berkesan

Barisan mentor terdiri daripada nama-nama yang tidak asing lagi dalam dunia pengumpulan dana di Malaysia seperti Sam Shafie dan Kashminder Singh, pengasas bersama pitchIN, serta ramai lagi pelabur angel, agensi pembiayaan, dan venture capital.

Untuk menyertai TFA, syarikat pemula perlu mempunyai sekurang-kurangnya seorang pengasas dari Sarawak, dan telah beroperasi minimum 12 bulan dengan bukti prestasi semasa syarikat. Anda boleh memohon program ini dengan melayari bit.ly/tegasfa23.

DAFTAR PROGRAM TEGAS FUNDRAISING ACCELERATOR (TFA) DI SINI

Baca juga kisah pencapaian alumni program anjuran TEGAS:

5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
Idea Pemantauan Gajah Bawa Tuah RM 250K Buat Pasukan ‘Satok Bridge’ Dari Sarawak Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Festival Budaya Borneo Perkenal Tradisi Sabah Dan Sarawak Di Subang
Next Article Sesat Di Tabuan Jaya, Buaya Sepanjang 3 Meter Ditemui Di Parit Kawasan Perumahan Sesat Di Tabuan Jaya, Buaya Sepanjang 3 Meter Ditemui Di Parit Kawasan Perumahan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?