• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Rakaman Pergaduhan Di Asajaya, Polis Tahan Dua Suspek Berusia 13 Dan 16 Tahun

Oleh
Aina Musa
17 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Tular Rakaman Pergaduhan Di Asajaya, Polis Tahan Dua Suspek Berusia 13 Dan 16 Tahun

Rakaman pergaduhan tersebut tular di Facebook sejak semalam

Tular Rakaman Pergaduhan Di Asajaya, Polis Tahan Dua Suspek Berusia 13 Dan 16 Tahun. Polis sedang menyiasat video tular yang didakwa menunjukkan seorang gadis dipukul oleh dua gadis.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Brodie Brangka berkata, klip video berdurasi satu minit dan 34 saat itu dimuat naik sebuah laman berita di Facebook, menyatakan kejadian dipercayai berlaku di Jalan Kampung Sebandi, Asajaya baru-baru ini.

Tular Rakaman Pergaduhan Di Asajaya, Polis Tahan Dua Suspek Berusia 13 Dan 16 Tahun
Tular Rakaman Pergaduhan Di Asajaya, Polis Tahan Dua Suspek Berusia 13 Dan 16 Tahun. Sumber: Facebook

“Video itu memaparkan kejadian mangsa wanita berusia 12 tahun dipukul dua suspek wanita di sebuah kampung di Asajaya, Kota Samarahan.

“Polis Kota Samarahan mengesahkan laporan polis telah dibuat oleh ibu mangsa pada 14 Oktober lepas, kira-kira jam 10.33 malam.

“Sebaik menerima maklumat, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kota Samarahan telah menahan kedua-dua suspek berusia 13 dan 16 tahun itu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Brodie seterusnya berkata kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan secara sukarela.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga setahun, denda sehingga RM2,000, atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Seksyen 506 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 2 tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan ugutan jenayah.

Tular Rakaman Pergaduhan Di Asajaya, Polis Tahan Dua Suspek Berusia 13 Dan 16 Tahun

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Sarawak untuk tindakan lanjut,” tambah Brodie.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau komen di media sosial yang boleh mencetuskan kemarahan.

Baca lagi artikel menarik:

Berebut ‘Gerek’, Pergaduhan Cinta Tiga Segi Dirakam Di Miri Jadi Bualan Netizen
Acu Pisau Paksa Anak Lelaki 13 Tahun Solat, Bapa Dipenjara 12 Bulan Di Tawau
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Datuk Mancha Ata, Anak Dayak Pertama Menyandang Jawatan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata, Anak Dayak Pertama Sandang Jawatan Pesuruhjaya Polis Sarawak
Next Article Festival Budaya Borneo Perkenal Tradisi Sabah Dan Sarawak Di Subang

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?