• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Filem Janet Sumpah Terlarang, Lagenda Hantu Terkenal Sarawak Bakal Ditayangkan Di Astro First

Oleh
Husna Hazmi
12 Julai 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Tak sabarnya nak tengok Filem Janet Sumpah Terlarang nii!

Filem Janet Sumpah Terlarang, Lagenda Hantu Terkenal Sarawak Bakal Ditayangkan Di Astro First. Walaupun pelbagai dugaan yang dihadapi ketika menjalani penggambaran Filem Janet Sumpah Terlarang yang merupakan kisah hantu Lagenda yang amat popular di Sarawak, akhirnya Filem tersebut akan ditayang di Astro First tidak lama lagi.

Isi Isi Penting
  • Tak sabarnya nak tengok Filem Janet Sumpah Terlarang nii!
  • Sepanjang penggambaran berlangsung terdapat beberapa kejadian yang aneh berlaku
  • Terdapat banyak kisah mengenai Hantu Janet ini sebenarnya, tetapi yang paling popular
  • Lembaga tersebut sering, menjelmakan dirinya dengan berbaju merah dan berkasut merah
Filem Janet Sumpah Terlarang, Lagenda Hantu Terkenal Sarawak Bakal Ditayangkan Di Astro First
Filem Janet Sumpah Terlarang, Lagenda Hantu Terkenal Sarawak Bakal Ditayangkan Di Astro First. Kredit gambar: Sufri Yusop Shamsudin

Sepanjang penggambaran berlangsung terdapat beberapa kejadian yang aneh berlaku

Menurut Penerbit Filem lagenda hantu Janet Sufri Yusop (merupakan anak kelahiran Sarawak), sepanjang penggambaran berlangsung terdapat beberapa kejadian yang aneh berlaku seperti, lokasi penggambaran mereka dikunjungi haiwan berbisa iaitu ular manakala kru mereka pula diganggu dengan pelbagai perkara mistik yang sukar untuk dijelaskan.

Sufri juga menyatakan bahawa tarikh tayangan filem tersebut belum lagi ditetapkan namun ianya kini menunggu gilirannya sahaja untuk ditayangkan di Astro First. Filem ini akan dibintangi pelakon seperti  Esma Daniel, Safar Ghafar, Bulan Terry, Natasya Charmine, Aliff Hadi, Ifa Raziah, Roppie, diterbitkan oleh Kaya Kenyalang Sdn Bhd dan diarahkan oleh Mohd Azhar Mohd Khalid atau lebih dikenali sebagai Apache.

Kisah Lagenda Hantu Janet ini sememangnya popular dikalangan masyarakat Sarawak pada tahun 70an dan 80an dahulu. Terdapat pelbagai versi kisah hantu ini di mana yang paling popularnya adalah Janet dikatakan menjadi korban untuk pembinaan Jambatan Satok di Kuching.

Filem Janet Sumpah Terlarang, Lagenda Hantu Terkenal Sarawak Bakal Ditayangkan Di Astro First
Kredit gambar: Sufri Yusop Shamsudin

Terdapat banyak kisah mengenai Hantu Janet ini sebenarnya, tetapi yang paling popular

Buat pengetahuan anda terdapat banyak kisah mengenai Hantu Janet ini sebenarnya, tetapi yang paling popular adalah mengenai seorang gadis berketurunan Tionghua yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Umum Sarawak (HUS) diculik selepas bertugas shift lewat malam sekitar tahun 70an.

Dipercayai bahawa masyarakat pada zaman dahulu mempercayai ritual “Korban Semah” bagi pembinaan dimana syarat utama bagi mempermudahkan ritual tersebut adalah dengan menggunakan kepala (sudah dipenggal) orang yang diculik untuk dijadikan semah kepada penunggu yang sering menghalang pembinaan tersebut.

Dikatakan bahawa apabila kerja pembinaan tergendala disebabkan suatu masalah, ianya bermakna penunggu tersebut sedang menanti korban untuk disemah agar kawasan pembinaan tersebut menjadi kukuh dan stabil.

Oleh itu, penculikan dan kehilangan Janet itu berkait rapat dengan pembinaan Jambatan Satok dan menurut kisah orang dahulu, mangsa yang dicarikan untuk menjadi Korban Semah tersebut mesti merupakan gadis perawan dan hanya kepala mereka sahaja yang akan digunakan untuk ditanam di dalam tiang konkrit.

Kredit gambar: Twitter

Lembaga tersebut sering, menjelmakan dirinya dengan berbaju merah dan berkasut merah

Dari situ, kisah tentang kemunculan “Janet” hangat diperkatakan orang ramai kerana lembaga tersebut sering, menjelmakan dirinya dengan berbaju merah dan berkasut merah merayau-rayau seorang diri di malam hari di antara Kampung Kudei dan Kampung Bintangor iaitu kampung-kampung yang terletak berhampiran dengan kawasan Satok.

Ada juga kisah yang mengatakan jika ada jejaka yang tertawan dengan rupa paras Janet yang dikatakan cantik dan gebu, maka jejaka itu akan diajak untuk menemaninya untuk menonton wayang larut malam atau “midnight show” di Panggung Cathay yang terletak berdekatan dengan Masjid Bahagian Kuching. Seringkali dikatakan bahawa setiap kali juruwang Panggung Cathay akan menemui daun mahupun duit orang mati Cina di dalam lipatan duit perolehan panggung wayang pada keesokan harinya.

Tayangan Filem Janet Sumpah Terlarang ini merupakan filem pertama yang dibuat mengisahkan legenda hantu Janet yang amat popular di Sarawak. Jadi, mari kita sama-sama menonton filem ini jika ianya sudah ditayangkan nanti!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: Dine-In Di Sarawak Dibenarkan, Kedai Boleh Beroperasi Hingga Jam 10 Malam Bermula Rabu Ini
Next Article Kes Rabies Dikesan Di Taman Samarindah, Individu Pernah Digigit Anjing Diminta Tampil

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?