• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Frasa Berguna Jika Anda Melancong Ke Sarawak

Oleh
Ismail NA
14 Mei 2024
Kongsi
5 Min Bacaan

Frasa berguna agar perjalanan anda ke Sarawak lebih menyeronokkan

Ini Frasa Berguna Jika Anda Melancong Ke Sarawak. Anda sedang merancang untuk ke Sarawak, bukan? Kalau tak, tak mungkinlah anda sampai ke sini. Hehe.

Di Sarawak, terutamanya dari bahagian Kuching sehingga ke Miri, bahasa pertuturan utama rakyatnya adalah Bahasa Melayu Sarawak, Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris. Namun begitu, lebih baiklah kita cuba untuk bertutur dalam bahasa lokal supaya kita nampak lebih mesra dan berusaha untuk mendalami budaya di sini.

Ini Frasa Berguna Jika Anda Melancong Ke Sarawak
Ini Frasa Berguna Jika Anda Melancong Ke Sarawak

Dalam artikel kali ini, kami nak ajar anda beberapa frasa mudah Sarawak yang anda boleh gunakan sewaktu anda melancong ke Sarawak. Ajuh!

Perkataan asas yang anda perlu tahu

Kamek/Kitak/Sidak
Maksud: Saya/Awak/Mereka
πŸ‘‰πŸ» Perbualan seharian dengan orang lokal Sarawak selalunya menggunakan kata ganti diri pertama kamek (saya), kata ganti diri kedua sebagai kitak (awak), dan kata ganti nama ketiga sebagai sidak (mereka).

Contoh: Kamek suka makan laksa; kitak pergi Sarawak; sidak baru turun dari hotel.

Aok/Sik
Maksud: Ya/Tidak
πŸ‘‰πŸ» Dekat Sarawak, orang lokal tak sebut ya atau tidak. Mereka guna Aok untuk ya, dan Sik untuk tidak.

Sebagai contoh: “Kitak orang Malaya kah?” (Adakah anda orang Semenanjung?) Jika ya, anda jawab, “Aok”. Kalau nak nampak lagi fasih, anda boleh jawab, “Aok, kamek orang Malaya” πŸ€—

Guna frasa ini, barulah nampak macam orang lokal

Apa khabar kitak aritok? Dah makan tek?
Maksud: Apa khabar anda hari ini? Dah makan tadi?
πŸ‘‰πŸ» Jika anda baru berjumpa dengan seseorang dan ingin memulakan perbualan, ini adalah conversation starter yang paling lazim – seperti orang Sarawak tulen.

Siney tempat makan nyaman oh?
Maksud: Kat mana tempat makan sedap ya?
πŸ‘‰πŸ» Frasa untuk bertanya tentang lokasi tempat makan yang sedap. Untuk makanan, Orang Sarawak tak cakap sedap, mereka cakap nyaman atau nyamai dalam Bahasa Iban.

Kamek maok (nama minuman) peng sigek
Maksud: Saya mahu (nama minuman) ais satu
πŸ‘‰πŸ» Lebih kurang sama seperti di Kelantan dan Sabah, minuman sejuk atau berais di Sarawak dipanggil sebagai peng. Jadi kalau anda nak pesan apa-apa minuman sejuk, jangan lupa sebut peng di hujungnya.

Siney tempat tok oh?
Maksud: Tempat ini di mana ya?
πŸ‘‰πŸ» Jika anda ingin bertanya kepada orang lokal tentang lokasi sesuatu tempat. Contohnya: kedai makan, tempat pelancongan, mercu tanda, dan lain-lain.

Kacak oh/Kacak bis
Maksud: Cantiknya/Cantik sangat
πŸ‘‰πŸ» Jika anda terlihat apa-apa sahaja yang cantik atau indah di Sarawak, anda boleh menyebut frasa kacak ini. Di Sarawak, perkataan kacak lebih kerap digunakan berbanding cantik, termasuklah untuk memuji gadis atau wanita. Malah, perkataan kacak boleh digunakan untuk kedua-dua lelaki dan perempuan.

Berapa rega tok?
Maksud: Berapa harga (barang) ini?
πŸ‘‰πŸ» Selalunya digunakan jika anda ingin mengetahui harga barang yang dijual di kedai-kedai.

Sekpat less gik kah?
Maksud: Tak boleh bagi diskaun lagi ke?
πŸ‘‰πŸ» Ayat ini selalu digunakan jika anda ingin tawar-menawar dengan penjual. Selalunya frasa ini digunakan dengan nada bergurau. Tapi kalau harga barang tu memang agak murah dan berpatutan, janganlah cuba guna pula ya.

Kamek maok sigek
Maksud: Saya mahu satu
πŸ‘‰πŸ» Kalau dah confirm nak beli satu, anda boleh guna frasa ini. Kalau nak beli lebih daripada satu, anda boleh cakap duak igek, tiga igek, empat igek, lima igek dan seterusnya.

Makseh
Maksud: Terima kasih
πŸ‘‰πŸ» Kalau nak formal, boleh saja guna terima kasih. Tapi kalau nak bunyi macam orang lokal, guna lah makseh! Hehe.

Mudah saja kan? Frasa berguna ketika melancong ke Sarawak ini tentunya memudahkan lagi komunikasi anda dengan orang tempatan, sekaligus mewujudkan hubungan baik antara pelancong dan orang tempatan.

Bagi anda yang merancang untuk datang ke Sarawak atau kini sudah tiba di Sarawak, selamat datang kami ucapkan! Jangan lupa untuk guna frasa mudah Sarawak ini sambil menikmati waktu anda di Sarawak dengan sebaik-baiknya.

Lagi artikel tentang Sarawak yang mungkin menarik untuk anda:

ITINERARI SANTAI 3H2M KE KUCHING SARAWAK
INI 5 SENARAI GERAI AYAM PANGGANG LEJEN DI KUCHING

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Petros Bakal Ambil Alih Perdagangan Gas Asli Di Sarawak Mulai 1 Julai Petros Bakal Ambil Alih Perdagangan Gas Asli Di Sarawak Mulai 1 Julai
Next Article Ini Sebab Mengapa Kuching Bakal Lebih Meriah Dalam Masa Terdekat Menurut Netizen Indonesia Ini Sebab Mengapa Kuching Bakal Lebih Meriah Dalam Masa Terdekat Menurut Netizen Indonesia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia β€˜Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?