• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Sebab Mengapa Kuching Bakal Lebih Meriah Dalam Masa Terdekat Menurut Netizen Indonesia

Oleh
Nazihah AN
14 Mei 2024
Kongsi
5 Min Bacaan
Ini Sebab Mengapa Kuching Bakal Lebih Meriah Dalam Masa Terdekat Menurut Netizen Indonesia

Kenapa ya agaknya? Ada apa di Kuching?

Ini Sebab Mengapa Kuching Bakal Lebih Meriah Dalam Masa Terdekat Menurut Netizen Indonesia. Baru-baru ini, netizen Indonesia menjangka bahawa Bandaraya Kuching di Sarawak, Malaysia akan lebih ‘meriah’ dalam masa terdekat. Hal ini kerana bilangan warganegara, terutamanya dalam kalangan pelancong transit dan pelancong perubatan bakal meningkat lebih banyak daripada jumlah kebiasaannya.

Tapi dah kenapa pula?

Kredit gambar: tour.panoee.com

Jangkaan netizen Indonesia ini berkait rapat dengan status lapangan terbang mereka, terutamanya di Kalimantan Barat

Kementerian Perhubungan (Kemenhub) Indonesia baru-baru ini mengumumkan memansuhkan status Lapangan Terbang Supadio di Kalimantan Barat, Indonesia daripada status Antarabangsa, dan menurunkannya standard nya kepada status Domestik sahaja.

Secara ringkasnya, Ketua Asosiasi Pengguna Jasa Penerbangan Indonesia (Apjapi) Alvin Lie, mengulas bahawa pemansuhan ini adalah disebabkan lapangan terbang Supadio hanya menjadi penyumbang kepada warganegara Indonesia pergi ke negara luar seperti Malaysia dan Singapura. Namun, tidak ada kemasukan timbal balik pelancong dari Malaysia dan Singapura ke sana untuk tujuan pelancongan mahupun perniagaan.

Untuk pengetahuan anda, Lapangan Terbang Supadio asalnya adalah lapangan terbang antarabangsa dan memudahkan untuk masyarakat ke luar negara dan juga pelancong ke negara mereka. Lapangan terbang ini juga menjadi hub pengangkutan udara yang menghubungkan warganegara Indonesia ke Kuala Lumpur dari Pontianak dan sebaliknya.

Warga Indonesia hanya ada dua pilihan, sama ada ke Jakarta atau Kuching

Ekoran itu, netizen Indonesia berpendapat bahawa hal ini menjadi salah satu asbab untuk masyarakat Kalimantan Barat lebih memilih untuk menggunakan transit ke Kuching untuk ke penerbangan luar negara, meskipun harus menempuh perjalanan darat dari Pontianak ke Kuching selama 11 jam.

Menurut masyarakat Indonesia Kalimantan Barat juga, apabila status antarabangsa dalam lapangan terbang Supadio ditarik balik, mereka mempunyai dua pilihan sama ada untuk ke Jakarta atau ke Kuching.

Menerusi ciapan di X, seorang individu yang berasal dari Sambas berkongsi bahawa dia menggunakan pengangkutan bas untuk ke Kuching dengan kos Rp350,000 sahaja (RM102.60 kadar semasa).

Lagi contoh penerangan lebih jelas tentang situasi penerbangan domestik di Indonesia

ILOVEBORNEO cuba meninjau tiket penerbangan dari Kalimantan Barat ke Singapura (sebagai contoh) dengan transit ke Soekarno Hatta International Airport (CGK/ Jakarta). Perjalanan satu hala ini sahaja boleh mencecah RM756, meskipun menggunakan pesawat tambang murah.

Namun, keadaan sedikit berbeza jika mereka memilih untuk menggunakan transit ke Kuching untuk ke Singapura dengan kos pengangkutan bas ke Kuching RM102.60, dan kemudian ke Singapura dengan menaiki AirAsia dengan harga tiket sehala RM270. Jumlah keseluruhan untuk kos pengangkutan dari Kuching tentunya jauh lebih murah iaitu sekitar RM372.60 (Rp1,271,237.32) sahaja.

Di sini mereka boleh jimat sebanyak RM383.40 (Rp1,307,595.68) untuk ke destinasi tujuan mereka ke luar negara.

Iya, yang menuai berkah adalah KCH.

Kawan saya travelling ke Singapura lewat Kuching sekarang, lebih murah daripada transit lewat CGK, sekalian wisata di Sarawak.

Terima kasih Kemenhub RI, sekarang Kalbar-Sarawak semakin erat hubungannya.😂 pic.twitter.com/A19ZIBi37h

— Fuza Firdaus Zhan (@FuzaFirdaus) May 13, 2024
Kredit gambar: Fuza Firdaus Zhan via X

Netizen turut berkongsi pendapat mereka

Salah seorang netizen berkongsi pengalaman rakannya yang mendapati kos perjalanan transit melalui Kuching ke Singapura adalah lebih murah berbanding transit melalui Jakarta. Selain menjimatkan kos, mereka juga dapat menikmati pengalaman melawat Sarawak sekali gus.

Seorang lagi netizen turut mengesahkan setelah mengira kos bas, hotel, makanan, dan tiket penerbangan dari Kuching ke Singapura, jumlah keseluruhan adalah jauh lebih murah berbanding transit dari Pontianak ke Jakarta sebelum ke Singapura. Beliau menyatakan perbezaan kos boleh mencecah antara 500 hingga 700 ribu rupiah.

Buat rakan-rakan dari Indonesia, mungkin hikmahnya agar hubungan Kuching dan Kalimantan Barat menjadi lebih rapat dan erat. Jangan risau, kami di sini setia menanti kalian.

Nah, kalau sudah ke Kuching nanti, jangan lupa untuk melawat tempat-tempat ini pula.

Ini 6 Tempat Menarik Sekitar Kuching Serian Yang Boleh Anda Lawati Semasa Cuti Sekolah
Daging Empuk Dan Lazat, Anda Perlu Cuba Sarapan Menarik Di Adla Beef & Lamb Noodles Kuching Ini

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Frasa Berguna Jika Anda Melancong Ke Sarawak
Next Article Mayat Lelaki Ditemui Terbaring Di Belakang Pusat Beli Belah Di Matang Mayat Lelaki Ditemui Terbaring Di Belakang Pusat Beli Belah Di Matang

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?