I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Laksa Sarawak Dan Mi Kolok Antara 5 Menu Bakal Disenaraikan Dalam Makanan Warisan Kebangsaan
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Laksa Sarawak Dan Mi Kolok Antara 5 Menu Bakal Disenaraikan Dalam Makanan Warisan Kebangsaan

Oleh Husna Hazmi 3 Jun 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Menu lain yang bakal disenaraikan adalah Burasak, Borongko dan Nuba Laya.

Laksa Sarawak Dan Mi Kolok Antara 5 Menu Bakal Disenaraikan Dalam Makanan Warisan Kebangsaan. Kali ini lima lagi makanan tradisi Sarawak yang akan diangkat sebagai Makanan Warisan Kebangsaan, iaitu Laksa Sarawak, Mi Kolok, Burasak, Borongko (kuih bongkol) dan Nuba Laya.

Laksa Sarawak Dan Mi Kolok Antara 5 Menu Bakal Disenaraikan Dalam Makanan Warisan Kebangsaan
Laksa Sarawak Dan Mi Kolok Antara 5 Menu Bakal Disenaraikan Dalam Makanan Warisan Kebangsaan

Sebelum ini 9 makanan kegemaran rakyat Sarawak telah pun disenaraikan

Dua daripada makanan yang disenaraikan adalah makanan tradisional masyarakat Bugis iaitu Burasak dan Borongko, manakala Nuba Laya pula adalah makanan tradisi masyarakat Kelabit yang tinggal di kawasan tanah tinggi Bario, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, pada Majlis Pelancaran Festival Makanan Malaysia 2022 ‘Nang Nyaman’ di Kraftangan Malaysia Sarawak di Petra Jaya, Kuching.

Sebelum ini 9 makanan kegemaran rakyat Sarawak telah pun disenaraikan dalam Makanan Warisan Kebangsaan ini pada tahun 2009, 2015 dan 2018. 9 menu yang disenaraikan itu adalah Sayur Midin Goreng, Kek Lapis Sarawak, Kelupis, Tebaloi, Celorot dan Penyaram. Emm dapnyee!

Menurut beliau, secara keseluruhan sebanyak 213 makanan di negara ini disenaraikan sebagai Makanan Warisan Kebangsaan mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005.

“Antaranya nasi lemak, roti canai dan teh tarik yang disenaraikan sebagai warisan kebangsaan pada 2009 dan kekal popular hingga hari ini.

“Namun tidak semua makanan yang diisytiharkan sebagai warisan negara mampu terus popular merentasi masa, malah ada juga makanan warisan yang kini semakin sukar ditemui atau hampir pupus,” katanya.

Laksa Sarawak Dan Mi Kolok Antara 5 Menu Bakal Disenaraikan Dalam Makanan Warisan Kebangsaan

Tanggungjawab mengangkat budaya makanan warisan

Tambah Datuk Seri Nancy lagi, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi Jabatan Warisan Negara mengambil tanggungjawab berterusan mengangkat budaya makanan warisan dengan mengutamakan dua inisiatif.

“Inisiatif itu adalah untuk mengiktiraf makanan sebagai warisan dan dokumentasi makanan warisan mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005 dan memberi tumpuan kepada penyelidikan, dokumentasi dan penerbitan buku berkaitan dengan makanan warisan dan makanan hampir pupus.

“Jabatan Warisan Negara telah menerbitkan enam buku Makanan Warisan Negara untuk membantu kesinambungan makanan warisan serta menggalakkan generasi muda mempelajari pembuatan sajian makanan warisan itu,” jelas beliau.

Diiktiraf UNESCO dalam seni penyediaan makanan yang enak, baca di sini untuk mengetahui tentang Bandaraya Kuching di Sarawak:

Baca di sini pula kalau korang nak makan laksa Sarawak yang terbaik di Kuching:

SUMBER : Berita Harian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lempar Kata Kesat Dan Lucah Terhadap Unduk Ngadau Sabah Serta Hina Kaum KDMR, Laporan Polis Dibuat
Next Article Gadis Diraba Sehingga Kemalangan Koyak Dagu Di Kuching, Lelaki Helmet Pink Kini Diburu

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Cerita Borneo 18 Februari 2023
TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?