I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Gadis Ini Kongsi Pengalaman Kerja McD Walaupun Dicemuh Rugi Belajar Sampai Degree
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gadis Ini Kongsi Pengalaman Kerja McD Walaupun Dicemuh Rugi Belajar Sampai Degree

Oleh Nur Afifah 1 Jun 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Segulung ijazah bukan pengukur pangkat dan gaji.

Gadis Ini Kongsi Pengalaman Kerja McD Walaupun Dicemuh Rugi Belajar Sampai Degree. Segulung ijazah yang diperolehi tidak menjamin seseorang untuk mendapatkan pekerjaan yang berpangkat tinggi dan selesa sejurus selepas tamat pengajian.

Di zaman yang serba pantas dan mencabar ini, generasi muda perlu mengambil apa sahaja peluang yang ada di depan mata bagi meneruskan kehidupan. Walau pun terpaksa bermula bekerja dari bawah.

“Rugi belajar tinggi-tinggi tapi kerja McD saja”

Menerusi kiriman seorang gadis yang bernama Unaa Husnaa di laman Facebook, beliau menyuarakan pendapat tentang kecaman sesetengah individu yang mendakwa rugi melanjutkan pelajaran bertahun-tahun di universiti tetapi akhirnya hanya bekerja sebagai pelayan restoran makanan segera.

Kiriman tersebut telah mendapat sebanyak 4.6K tanda suka serta 7.8K perkongsian sejak ia dimuat naik Julai 2020.

"Belajar tinggi tinggi sampe ijazah degree, tapi kerja MCD jak rugi nyaa belajar 3 tahun di University "heheheh aoklah…

Posted by Unaa Husnaa on Thursday, July 9, 2020

Menurut Una, setiap orang memiliki rezeki pekerjaan yang berbeza-beza. Mungkin rezeki pekerjaan yang stabil dan lebih baik masih belum tiba untuknya.

Timba banyak pengalaman di restoran makanan segera

Namun, beliau tidak memilih untuk menunggu seperti bulan jatuh ke riba. Sebaliknya, Una bekerja sebagai pelayan restoran makanan segera, McDonald cawangan MetroCity Kuching untuk menimba ilmu dan pengalaman walau pun beliau merupakan graduan universiti tempatan dalam jurusan kajian politik dan pemerintahan.

Beliau mengakui telah menimba banyak pengalaman serta pengajaran dalam ilmu khidmat pelanggan.

Gadis Ini Kongsi Pengalaman Kerja McD Walaupun Dicemuh Rugi Belajar Sampai Degree
Gadis Ini Kongsi Pengalaman Kerja McD Walaupun Dicemuh Rugi Belajar Sampai Degree. Sumber : Facebook

Sudah lali dipandang rendah, berdepan pelanggan yang sentiasa ‘betul’

Gadis ini juga sudah biasa berdepan dengan kerenah pelanggan yang sentiasa ‘betul’, dipandang rendah oleh pelanggan, cedera semasa bekerja malah menangis akibat kepenatan. Namun, semua itu tidak mematahkan semangatnya untuk mencari rezeki.

Tambahnya lagi, rezeki yang diperolehinya daripada bekerja di restoran tersebut membolehkannya untuk memberi sedikit wang kepada kedua ibu bapa, membeli kereta sendiri serta mengumpul wang perkahwinan.

Gadis Ini Kongsi Pengalaman Kerja McD Walaupun Dicemuh Rugi Belajar Sampai Degree
Sumber : Facebook

Tidak semudah itu untuk mendapat jawatan tetap

Walau pun ada segelintir individu yang mempersoalkan mengapa beliau tidak bekerja bersama bapanya di mahkamah, namun ia tidak semudah itu kerana perlu melalui temuduga dan sebagainya. Yang penting, jangan memilih pekerjaan.

“Mungkin anda fikir mahkamah itu bapa saya yang punya. Sekarang, semua (pekerjaan) memerlukan temu duga dan sebagainya,”

Una Husnaa

Jangan perlekeh pekerjaan orang lain

Una turut memberi pesanan agar tidak sesekali memperlekehkan pekerjaan seseorang walau pun mereka mempunyai pelajaran yang tinggi. Begitu juga dengan individu yang tidak berpelajaran.

Walau pun anda mempunyai pangkat yang tinggi, ia bukanlah ‘lesen’ untuk anda menghina individu yang lebih rendah daripada anda. Kehidupan ini umpama roda yang berputar, barang kali mereka pula yang akan menolong anda pada masa hadapan.

Beliau turut menasihatkan diri sendiri agar sentiasa membandingkan diri dengan orang lebih susah berbanding orang yang lebih senang kerana dari situ beliau akan lebih bersyukur.

Memang betul pesanan Unaa ini. Setiap orang mempunyai perjalanan hidup yang berlainan. Ada yang berliku, ada yang mudah dan lancar. Segulung ijazah bukan pengukur pangkat dan gaji. Yang penting, anda gembira dengan pekerjaan yang anda lakukan.

Setuju? Apa pandangan anda?

Jangan takut mengejar mimpi. Kalau anak Sarawak ini boleh lakukannya, mengapa tidak anda? Baca lagi kisah inspirasi anak Sarawak yang lain:

SUMBER : FB Una Husnaa
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Nikmati Percutian Tenang Dikelilingi Alam Semulajadi Di The Village House Santubong
Next Article 'Prank' Tak Kena Tempat, Bazir 25 Balang! Netizen Bengang Pelanggan Pesan Biskut Demi Konten Youtube ‘Prank’ Tak Kena Tempat, Bazir 25 Balang! Netizen Bengang Pelanggan Pesan Biskut Demi Konten Youtube

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Cerita Borneo 18 Februari 2023
TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?