• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gadis Sabah Ini Juarai Starvoice Asia, Pertandingan Nyanyian Indonesia Menewaskan Peserta Tuan Rumah

Oleh
Nazihah AN
3 November 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Tahniah diucapkan kepada Eylia!

Gadis Sabah Ini Juarai Starvoice Asia, Pertandingan Nyanyian Indonesia Menewaskan Peserta Tuan Rumah. Dipetik dari Harian Metro, penyanyi asal Kota Kinabalu Sabah ini telah dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan Starvoices Asia musim ke-7 (SVA7) anjuran Indonesia selepas menewaskan saingannya Shafira Putri Kusumaningyu dari Indonesia.

Isi Isi Penting
  • Tahniah diucapkan kepada Eylia!
  • Keajaiban yang manis
  • Memastikan bahawa persembahan terakhir mampu meninggalkan impak
  • Bonnie Bunyau dan Yee Khie terima durian runtuh? Mari baca artikel pautan di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut:

Penyanyi Eylia atau nama sebenarnya Eylia Eyre Guntabid merupakan penyanyi pertama dari Malaysia berjaya mencipta sejarah menang dalam pertandingan nyanyian dalam talian. Eylia bersaing dengan 46 peserta yang terpilih dari 1140 penyertaan yang diterima penganjur dimana ianya berlangsung selama 3 bulan sebelum merebut kejuaraan.

Gadis Sabah Ini Juarai Starvoice Asia, Pertandingan Nyanyian Indonesia Menewaskan Peserta Tuan Rumah
Kredit Gambar: Instagram Eylia Guntabid

View this post on Instagram

A post shared by StarVoices Asia (@starvoices.id)

View this post on Instagram

A post shared by EYLIA EYRE GUNTABID (@eyliaguntabid)

Gadis Sabah Ini Juarai Starvoice Asia, Pertandingan Nyanyian Indonesia Menewaskan Peserta Tuan Rumah
Gadis Sabah Ini Juarai Starvoice Asia, Pertandingan Nyanyian Indonesia Menewaskan Peserta Tuan Rumah. Kredit Gambar: Instagram Starvoices.id

Keajaiban yang manis

Gadis Sabah yang berusia 19 tahun ini berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM7,300. Eylia turut menyatakan kepada pihak media Harian Metro bahawa dia tidak pernah menyangka bahawa dia mampu memenangi pertandingan tersebut dan menganggap ianya satu kejaiban yang manis.

Eylia merupakan artis dibawah naungan Broadway Entertainment pernah memenangi 5 pingat emas dan 1 perak di World Championship Of Performing Art. Pertandingan yang dimenangi diadakan di Los Angeles, Amerika Syarikat pada tahun 2019.

Pada pusingan akhir, Eylia dan Shafira mempersembahkan lagu medley untuk penentuan juara. Eylia berjaya memukau juri dan penonton dengan suara dan nyanyiannya yang menawan menerusi lagu Run To You (Whitney Houston) dan All By Myself (Celine Dion).

Gadis Sabah Ini Juarai Starvoice Asia, Pertandingan Nyanyian Indonesia Menewaskan Peserta Tuan Rumah
Kredit Gambar: Instagram Eylia Guntabid

Memastikan bahawa persembahan terakhir mampu meninggalkan impak

“Lagu All By Myself adalah antara lagu paling mencabar pernah saya bawakan. Saya seorang penyanyi yang risau bahagian nota tinggi, tapi terus berusaha atasi ketakutan itu dan keluar dari zon selesa,” katanya.

Menurutnya juga, dia cuba mencabar keupayaan vokalnya ke peringkat lebih tinggi bagi memastikan persembahan akhir mampu meninggalkan impak.

StarVoices Asia diadili oleh juri profesional yang terdiri daripada artis terkenal Indonesia dan diundi melalui media sosial. Ia telah dianjurkan sejak 2011 dan diterbitkan di Instagram rasmi StarVoices Asia.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Eylia Guntabid!

Bonnie Bunyau dan Yee Khie terima durian runtuh? Mari baca artikel pautan di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Misteri Kehilangan Seorang Wanita Sejak April Lalu Dijawab, Rangka Manusia Ditemui Dalam Semak Misteri Kehilangan Seorang Wanita Di Sibu Akhirnya Terjawab, Tulang Manusia Ditemui Dalam Semak
Next Article Yuran Masuk RM 5 Sahaja, Jom Jumpa Orang Utan Yang Comel Di Rizab Semulajadi Semenggoh

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?