• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Misteri Kehilangan Seorang Wanita Di Sibu Akhirnya Terjawab, Tulang Manusia Ditemui Dalam Semak

Oleh
ILB - AI
3 November 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Misteri Kehilangan Seorang Wanita Sejak April Lalu Dijawab, Rangka Manusia Ditemui Dalam Semak

Rangka manusia yang ditemui dalam semak di Sibu dipercayai milik wanita yang hilang sejak April lalu

Misteri Kehilangan Seorang Wanita Di Sibu Akhirnya Terjawab, Tulang Manusia Ditemui Dalam Semak. Dilaporkan bahawa pihak berkuasa telah menemui tulang rangka manusia di dalam kawasan semak di tepi Jalan Batu 8 Oya pada pagi semalam.

Ia dipercayai bahawa tulang rangka berkenaan milik seorang wanita yang telah dilaporkan hilang sejak April lalu.

Misteri Kehilangan Seorang Wanita Di Sibu Akhirnya Terjawab, Tulang Manusia Ditemui Dalam Semak
Misteri Kehilangan Seorang Wanita Di Sibu Akhirnya Terjawab, Tulang Manusia Ditemui Dalam Semak

Nombor plat pendaftaran motosikal yang dinaiki mangsa didapati sepadan dengan laporan polis yang diterima sebelum ini

Menurut laporan, penemuan itu berkemungkinan berkaitan dengan kehilangan seorang wanita bernama Nooranim Tahir, berusia 47 tahun.

Mangsa dilaporkan hilang oleh suaminya pada 25 April lalu setelah gagal kembali ke rumah pada hari yang sama. Menurut laporan polis, mangsa dipercayai keluar dari rumah menaiki motosikal dari Kampung Jeriah untuk berjumpa dengan suaminya di Jalan Kemuyang pada jam 8PM 25 April lalu.

Suami mangsa telah menasihatkan mangsa untuk tidak keluar malam namun mangsa tetap keluar dan tidak pulang ke rumah di Kampung Jeriah sehingga ke hari ini.

Setelah disemak semula dengan laporan suaminya di balai, pihak polis mendapati bahawa nombor pendaftaran motorsikal yang ditemui berhampiran rangka dan kawasan semak adalah sepadan.

Sumber : Facebook
Sumber : Facebook

Di tempat penemuan tulang rangka berkenaan, barang-barang lain juga ditemui iaitu kad pengenalan, rantai leher emas, wang kertas dan sebuah motosikal jenis Modenas MR2.

Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut sehingga keputusan bedah siasat diperolehi.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Miri Bakal Mempunyai Penerbangan Terus Ke Singapura Bermula Tahun 2022!
Next Article Gadis Sabah Ini Juarai Starvoice Asia, Pertandingan Nyanyian Indonesia Menewaskan Peserta Tuan Rumah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?