• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gadis Sarawak Bertunang Terima 70 Dulang Hantaran Berbalas 23 Raih Perhatian Netizen

Oleh
Farisha
6 Julai 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

70 dulang hantaran, majlis pertunangan viral di Sarawak

Gadis Sarawak Bertunang Terima 70 Dulang Hantaran Berbalas 23 Raih Perhatian Netizen. Dalam budaya Melayu, adat memberi dan menerima dulang hantaran semasa majlis pertunangan atau perkahwinan adalah amalan biasa. Walaupun bukan satu kemestian, amalan ini bertujuan untuk meraikan pasangan yang bakal berkahwin.

Baru-baru ini, seorang gadis bernama Dayang Norhafizah Awang Gani, atau lebih dikenali sebagai Fiza, menjadi tular di media sosial kerana menerima jumlah dulang hantaran yang luar biasa banyak semasa majlis pertunangannya.

Gadis Sarawak Bertunang Terima 70 Dulang Hantaran Berbalas 23 Raih Perhatian Netizen
Gadis Sarawak Bertunang Terima 70 Dulang Hantaran Berbalas 23 Raih Perhatian Netizen

Menerusi perkongsian di laman TikTok, beliau menerima 70 dulang daripada pihak lelaki, manakala pihak perempuan membalas dengan 23 dulang.

Fiza, yang berasal dari Kampung Tambirat, Asajaya, Sarawak, memberitahu bahawa dia hanya mengetahui tentang jumlah dulang yang banyak ini sejam sebelum majlis bermula. Awalnya, mereka merancang untuk bertukar 9 dulang sahaja dari kedua-dua belah pihak.

Kebanyakan dulang yang diterima mengandungi manisan seperti coklat dan kek, buah-buahan, serta pakaian. Fiza berasa terkejut, gembira dan teruja dengan pemberian ini.

Menurut Fiza, amalan ini adalah biasa dalam budaya masyarakat Sarawak sebagai cara untuk mengalu-alukan ahli keluarga baharu. Beliau tidak menyangka video tersebut akan menjadi viral, kerana niatnya hanya untuk merakamkan kenangan majlis pertunangannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan kebahagiaan Fiza bersama pasangan. Ada juga yang berkongsi tentang budaya setempat mereka yang turut mengamalkan pemberian dulang hantaran yang banyak semasa majlis perkahwinan atau pertunangan.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Ketahui Adat Hantaran Dalam Perkahwinan Masyarakat Bajau Di Sabah
Wanita Ini Hina Hantaran Gadis Sabah Dan Sarawak, Sekali Kena ‘Sound’ Dengan Netizen
SUMBER :Sinar PlusMstar TikTok
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Remaja Dari Sarawak Ini Terpilih Jadi Satu-Satunya Wakil Malaysia Ke Caltech Remaja Asal Sarawak Ini Jadi Satu-Satunya Pelajar Malaysia Masuk Ke Universiti Berprestij Caltech 2028
Next Article Festival Tarian Antarabangsa Sibu Ke-10 Kembali September Ini, Daftar Sekarang Sebelum Terlambat

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?