• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gadis Termuda Terbang Solo Mengelilingi Dunia Pilih Kota Kinabalu Sebagai Lokasi Persinggahan

Oleh
Ismail NA
26 Oktober 2021
Kongsi
6 Min Bacaan

Gadis berusia 19 tahun dari Belgium ini berhasrat untuk memecahkan rekod penerbangan solo dunia.

Gadis Termuda Terbang Solo Mengelilingi Dunia Pilih Kota Kinabalu Sebagai Lokasi Persinggahan. Sebaik sahaja dunia sudah mula dalam usaha untuk pulih daripada pandemik COVID-19, seorang gadis yang berasal dari Belgium ini sudah mula mengorak langkah untuk mencipta sesuatu yang mengagumkan.

Isi Isi Penting
  • Gadis berusia 19 tahun dari Belgium ini berhasrat untuk memecahkan rekod penerbangan solo dunia.
  • Ekuator Asia Tenggara kawasan yang ‘licik’, Kota Kinabalu kawasan yang selamat untuk mendarat
  • Berasal dari keluarga juruterbang
  • Memulakan misi bersejarah dari Belgium pada Ogos lalu
  • Tidak terlepas dugaan yang menggerunkan
  • Inspirasi untuk wanita lebih ramai ceburi bidang penerbangan dan sains matematik
  • Inilah yang dinamakan ‘Girl’s Power’! Cerita selanjutnya di sini :

Apatah lagi pada usia beliau baru mencecah 19 tahun!

Zara Rutherford, seorang gadis kacukan Belgium-British, kini sedang dalam misi penting, FLY ZOLO, iaitu untuk menjadi wanita termuda yang terbang solo mengelilingi dunia. Bahkan, beliau juga mempunyai impian untuk memecahkan rekod penerbangan solo dunia iaitu sejauh 50,000 km dalam masa 3 bulan.

Gadis Termuda Terbang Solo Mengelilingi Dunia Pilih Kota Kinabalu Sebagai Lokasi Persinggahan
Gadis Termuda Terbang Solo Mengelilingi Dunia Pilih Kota Kinabalu Sebagai Lokasi Persinggahan. Sumber : FLYZOLO

Ekuator Asia Tenggara kawasan yang ‘licik’, Kota Kinabalu kawasan yang selamat untuk mendarat

Menerusi laporan akhbar Daily Express, Zara bakal mendarat di Kota Kinabalu, Sabah pada 2 November ini dalam misi menamatkan jelajah epik solonya. Beliau memilih ibu negeri Sabah ini sebagai lokasi persinggahan kerana bandar tersebut jauh daripada ribut taufan yang sering melanda kawasan ekuator Asia Tenggara seperti di Filipina.

Zara menyifatkan bahawa kawasan ini Asia Tenggara merupakan kawasan ekuator yang ‘licik’ kerana kehadiran ribut taufan.

Oleh yang demikian, pemilihan Kota Kinabalu dirasakan sebagai lokasi yang tepat untuk Zara melakukan pendaratan. Sesuai dengan gelarannya ‘Negeri Di Bawah Bayu’, Kota Kinabalu terletak di batu 412.93 (664.55 km) di utara ekuator, jauh daripada kawasan paling buruk ribut taufan iaitu di Filipina.

Beliau dilaporkan akan singgah sehari dua di lokasi pendaratan selain berjumpa dengan kumpulan remaja dan sekolah di negara-negara yang berbeza.

Gadis Termuda Terbang Solo Mengelilingi Dunia Pilih Kota Kinabalu Sebagai Lokasi Persinggahan
Pemandangan atas Kota Kinabalu dan lapangan terbangnya. Kredit : Mapio.net

Berasal dari keluarga juruterbang

Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana Zara boleh terbang dengan sah, apatah lagi mengelilingi dunia. Untuk pengetahuan anda, gadis ini sebenarnya berasal daripada latar belakang keluarga juruterbang. Profesion tersebut merupakan punca rezeki kedua ibu bapanya. Maka, tidak hairanlah jika menerbangkan sebuah pesawat bukan sesuatu yang asing buat beliau.

Gadis Termuda Terbang Solo Mengelilingi Dunia Pilih Kota Kinabalu Sebagai Lokasi Persinggahan
Zara pada usia 2 tahun pada tahun 2004. Sumber : FLYZOLO

Disebabkan pendedahan awal dalam dunia penerbangan, Zara telah bermula di usia yang sangat muda dan kini telah memiliki beratus-ratus jam penerbangan (flying hours) di benua Eropah dan Afrika.

Beliau juga yang baru sahaja menamatkan persekolahan tinggi pada tahun ini menanam impian yang besar iaitu untuk melakukan penerbangan maraton pada kelajuan 300 km/jam merentasi 52 negara.

Untuk mempersiapkan diri menghadapi misi ini, Zara telah berjaya melengkapkan 80 jam flying hours untuk memperoleh lesen juruterbang microlight Perancis. Selain itu, beliau juga merupakan pemegang lesen juruterbang Amerika FAA, lesen juruterbang persendirian UK dan lesen juruterbang microlight Slovakia.

Zara sanggup menjual keretanya dan mencari penaja memandangkan misi ini dibiayai sepenuhnya oleh beliau.

Gadis Termuda Terbang Solo Mengelilingi Dunia Pilih Kota Kinabalu Sebagai Lokasi Persinggahan
Sumber : FLYZOLO

Memulakan misi bersejarah dari Belgium pada Ogos lalu

Zara memulakan penerbangan epiknya dari Kortrijk-Wevelgem International Airport, Belgium pada 18 Ogos 2021 dan terus menuju ke benua barat seperti UK, Iceland Brussels, Iceland, Greenland, Kanada, Amerika Syarikat, Carribean, Panama, Costa Rica, Mexico, Colombia. Pengembaraan ini akan diteruskan sehingga ke utara seperti Alaska merentasi Rusia, Korea Selatan, Taiwan, Filipina, Sabah, Indonesia, Singapura, Myanmar, Bangladesh, India, Timur Tengah dan berakhir di Belgium semula pada Disember 2021 kelak.

Gadis ini juga terbang mengelilingi dunia menggunakan pesawat kecil ultra ringan yang dimodifikasi, Shark Aero. Pesawat ini juga merupakan pesawat sport paling ringan di dunia dengan rekod kepantasan yang menakjubkan.

Gadis Termuda Terbang Solo Mengelilingi Dunia Pilih Kota Kinabalu Sebagai Lokasi Persinggahan
Sumber : FLYZOLO

Tidak terlepas dugaan yang menggerunkan

Sepanjang penerbangannya setakat ini, Zara juga sempat menceritakan halangan sukar yang dihadapinya sepanjang misi ini. Antaranya adalah seperti terputus hubungan radio selama 20 minit ketika terbang dari Iceland ke Greenland. Seorang juruterbang sememangnya bergantung harap pada komunikasi menara bagi meneruskan penerbangan. Jika tidak, mereka terpaksa terus terbang di ruang udara dan berisiko menghadapi masalah kehabisan minyak. Jadi, sistem pesanan ringkas dengan ayahnya telah menjadi penyelamat dan merupakan opsyen penting yang dimiliki oleh Zara bagi mengetahui situasi cuaca sekaligus memastikan penerbangannya sentiasa selamat.

Selain itu, Zara perlu menghadapi kawasan paling ‘menakutkan’ iaitu di kawasan Pasifik dan merentasi Alaska ke Rusia kerana dua kawasan ini mempunyai bentuk muka bumi yang sangat mencabar.

Zara sewaktu berlepas dari lapangan terbang. Kredit : CNN

Inspirasi untuk wanita lebih ramai ceburi bidang penerbangan dan sains matematik

Gadis berani ini juga bakal menyambung pelajaran di peringkat universiti dalam bidang sains komputer atau kejuruteraan elektronik dan ingin melihat lebih ramai wanita menceburi bidang penerbangan, sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.

Menurut Zara, misi epik solonya ini telah memberi inspirasi kepada gadis di luar sana sehingga beliau mendapat banyak pesanan tentang impian mereka untuk mengalahkan rekod bersejarah yang bakal diciptanya nanti.

Gadis Termuda Terbang Solo Mengelilingi Dunia Pilih Kota Kinabalu Sebagai Lokasi Persinggahan
Sumber : FLYZOLO

Sekiranya Zara berjaya menamatkan misi ini, beliau akan memadamkan rekod yang dipegang oleh wanita Amerika, Shesta Waiz yang berusia 30 tahun semasa melakukan penerbangan solo pada tahun 2017. Ini sekaligus bagi merapatkan jurang 12 tahun untuk menghampiri rekod lelaki termuda terbang mengelilingi dunia secara solo, Travis Ludlow yang berusia 18 tahun dan menamatkan jelajah solo pada Julai 2021.

Inilah yang dinamakan ‘Girl’s Power’! Cerita selanjutnya di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Menteri Belia Dan Sukan Persoal Pandelela Buka Cerita Lama, Ini Respon Padu Ratu Terjun Negara
Next Article Lebih 3000 Notis Kesalahan Merokok Dikeluarkan, Sarawak Kedudukan Ketiga Tertinggi Lebih 3000 Notis Kesalahan Merokok Dikeluarkan, Sarawak Kedudukan Ketiga Tertinggi

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?