• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gagal Bayar Gaji Minimum RM 1.1K, Syarikat Kelapa Sawit Di Sibu Didenda

Oleh
Ismail NA
5 April 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Syarikat tersebut didenda RM 8,000 atas kesalahan tersebut.

Gagal Bayar Gaji Minimum RM 1.1K, Syarikat Kelapa Sawit Di Sibu Didenda. Siapa yang tidak sakit hati kalau gaji sikit kan? Lagi-lagi kalau lambat masuk, memang terseksa dibuatnya. Namun, sebuah syarikat di Sibu hari ini mendapat balasan atas perbuatan gagal membayar gaji minimum pekerjanya.

Syarikat perladangan kelapa sawit tersebut dijatuhi hukuman denda RM 8,000 oleh Mahkamah Majistret Sibu hari ini kerana gagal membayar gaji pekerja mengikut Perintah Gaji Minimum (pindaan 2019). Untuk pengetahuan anda, seseorang pekerja di bawah suatu majikan hendaklah dibayar dengan kadar minimum RM 1,100 sebulan. Syarikat ini pula gagal membayar pekerjanya mengikut amaun yang dinyatakan.

Pendakwaan tersebut dibuat oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Tenaga Kerja Sarawak iaitu Tuan Kennedy Lawrence.

Gagal Bayar Gaji Minimum RM 1.1K, Syarikat Kelapa Sawit Di Sibu Didenda
Gagal Bayar Gaji Minimum RM 1.1K, Syarikat Kelapa Sawit Di Sibu Didenda
Sumber : FB Jabatan Tenaga Kerja Sibu

Laporkan salah laku majikan kepada Pejabat Tenaga Kerja

Sehubungan itu, Pejabat Tenaga Kerja Sibu menyeru kepada para pekerja agar melaporkan salah laku mana-mana majikan yang gagal mematuhi Perintah Gaji Minimum 2020 di Sibu ke pejabat tersebut untuk diambil tindakan undang-undang.

Kadar gaji minimum terbaharu mengikut Perintah Gaji Minimum (pindaan 2020) adalah seperti berikut;

RM 1,200 sebulan atau RM 46.15 sehari atau RM 5.77 sejam untuk kawasan di bawah bidang kuasa Majlis Perbandaran Sibu, dan;

RM 1,100 sebulan atau RM 42.31 sehari atau RM 5.29 sejam untuk kawasan di bawah bidang kuasa Majlis Luar Bandar Sibu.

Kadar ini adalah seragam dan terpakai untuk majikan di bawah bidang kuasa Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran di seluruh Malaysia.

Gagal Bayar Gaji Minimum RM 1.1K, Syarikat Kelapa Sawit Di Sibu Didenda
Sumber : Warta Kerajaan Persekutuan 10 Januari 2020
Gagal Bayar Gaji Minimum RM 1.1K, Syarikat Kelapa Sawit Di Sibu Didenda
Sumber : Warta Kerajaan Persekutuan 10 Januari 2020

Ketahui hak anda sebagai pekerja. Tahniah Jabatan Tenaga Kerja Sibu atas tindakan yang cekap.

Baca lagi :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kebakaran Kilang Subsidiari Press Metal Di Bintulu, Tiada Kemalangan Jiwa Dilaporkan
Next Article TERKINI: 225 Kes Positif Baharu Dilaporkan Di Sarawak, 39 Kluster Masih Lagi Aktif

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?