• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kebakaran Kilang Subsidiari Press Metal Di Bintulu, Tiada Kemalangan Jiwa Dilaporkan

Oleh
Husna Hazmi
5 April 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa yang dilaporkan.

Kebakaran Kilang Subsidiari Press Metal Di Bintulu, Tiada Kemalangan Jiwa Dilaporkan. Press Metal Aluminium Holdings Bhd pada hari ini telah mengeluarkan kenyataan berkenaan kejadian kebakaran yang berlaku pada hari Sabtu (3 April 2021) lalu di sebuah syarikat peleburan 80% anak syarikat mereka iaitu Press Metal Bintulu Sdn Bhd (PM Bintulu), Sarawak.

Kebakaran Kilang Subsidiari Press Metal Di Bintulu, Tiada Kemalangan Jiwa Dilaporkan
Kebakaran Kilang Subsidiari Press Metal Di Bintulu, Tiada Kemalangan Jiwa Dilaporkan
Kebakaran Kilang Subsidiari Press Metal Di Bintulu, Tiada Kemalangan Jiwa Dilaporkan

Press Metal bagaimanapun tidak menyatakan punca kebakaran

Di Dalam laporan Bursa Malaysia hari ini, Press Metal bagaimanapun tidak menyatakan punca kebakaran yang telah berlaku pada jam 4.30 pagi di kilang PM Bintulu di Taman Perindustrian Samalaju di Bintulu.

Menurut Press Metal, PM Bintulu pada dasarnya terlibat dalam pembuatan produk aluminium.

Press Metal berkata, “kejadian kebakaran itu berlaku pada operasi Tahap 3 baru Samalaju Smelter, iaitu periuk lebur yang masih dalam pembinaan; dan merosakkan satu periuk lebur (smelting pots) daripada tiga peratus jumlah periuk lebur yang terletak di kilang. Kemudahan dan juga produk keluaran yang lain di Samalaju Smelter adalah tidak terjejas dan kini telah berjalan seperti biasa. Tiada kecederaan atau kemalangan nyawa yang berlaku”.

Selain itu, Press Metal turut berkata bahawa, operasi Fasa 3 itu telah dipulihkan dalam beberapa jam. “Terdapat gangguan minimum dan peningkatan pemasangan saluran peleburan pada Fasa 3, namun kami akan segera untuk mulakan operasi semula setelah periuk lebur yang rosak diperbaiki dalam beberapa hari lagi.”

Semua aset telahpun dilindungi oleh insurans

“Tiada kesan kewangan dan operasi yang ketara terhadap operasi Samalaju Smelter yang timbul dari kejadian ini kerana operasi di Fasa 3 dipulihkan dalam beberapa jam dan semua aset telahpun dilindungi oleh insurans, ” kata Press Metal.

Pada 9.01 pagi hari ini, harga saham Press Metal telah jatuh sebanyak 14 sen atau 1.39% kepada RM9.92, dengan nilai pasaran sekitar RM40.08 bilion. Press Metal mempunyai 4.04 bilion saham terbitan, menurut pekeliling pemegang saham terbaharu syarikat.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berat Sebelah Dan Membebankan, Netizen Lancar Petisyen Mansuhkan Kuarantin 14 Hari Ke Sarawak
Next Article Gagal Bayar Gaji Minimum RM 1.1K, Syarikat Kelapa Sawit Di Sibu Didenda

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?