• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gaji Baharu Penjawat Awam Sarawak, Abang Jo Tunggu Perincian Dari Kerajaan Persekutuan

Oleh
Aina Musa
19 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Gaji Baharu Penjawat Awam Sarawak, Abang Jo Tunggu Lampu Hijau Dari Kerajaan Persekutan

Kenaikan gaji selepas pembentangan belanjawan hujung tahun ini

Gaji Baharu Penjawat Awam Sarawak, Abang Jo Tunggu Perincian Dari Kerajaan Persekutuan. Jumlah kenaikan gaji penjawat awam di Sarawak bakal diumumkan selepas pembentangan Belanjawan Negara, demikian dinyatakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri Sarawak sudah mempunyai perincian yang lengkap serta sudah bersedia untuk melaksanakan kenaikan gaji tersebut. Namun, pelaksanaannya perlu selari dengan kenaikan gaji yang akan diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Gaji Baharu Penjawat Awam Sarawak, Abang Jo Tunggu Perincian Dari Kerajaan Persekutuan
Gaji Baharu Penjawat Awam Sarawak, Abang Jo Tunggu Perincian Dari Kerajaan Persekutuan. Sumber: Google

“Sebenarnya kita sudah sedia tetapi kita tidak tahu perinciannya, kerana apa yang diumumkan Perdana Menteri bergantung kepada bajetnya. Beliau akan umum waktu bajet, jadi saya terpaksalah tunggu bajet mereka,” kata Abang Johari.

Dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak bulan lepas, Premier Sarawak mengumumkan bahawa satu kajian terperinci telah dijalankan mengenai pelarasan gaji agar ia lebih kompetitif. Kajian ini bertujuan memastikan gaji penjawat awam negeri adalah setimpal dengan tugas dan tanggungjawab mereka serta mengikut kekuatan kewangan kerajaan Sarawak.

Gaji Baharu Penjawat Awam Sarawak, Abang Jo Tunggu Perincian Dari Kerajaan Persekutuan

Menurut beliau, hasil kajian tersebut akan diumumkan selepas perincian pelarasan gaji yang akan dikeluarkan oleh kerajaan Persekutuan.

Pengumuman ini dijangka akan memberi kesan besar kepada penjawat awam di Sarawak yang telah lama menantikan kenaikan gaji bagi mengimbangi kos sara hidup yang semakin meningkat.

Keputusan akhir akan diketahui setelah Belanjawan Negara dibentangkan dan perincian rasmi diumumkan oleh Perdana Menteri.

Baca lagi artikel menarik:

Klinik Kesihatan Padawan Dipecah Masuk, Pencuri Bawa Lari Jarum Suntikan
Jalan Baharu Dari Samarahan Ke Jambatan Batang Lupar Dijangka Siap Disember 2027

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kerbau Korban Terlepas Ikatan, Wanita Cedera Kena Sondol Demi Selamatkan Anak Di Sabah
Next Article Jadi Bualan Netizen, Wanita Ini Dedah Sikap Baik Hati Pramugari Dari Sarawak Jadi Bualan Netizen, Wanita Ini Dedah Sikap Baik Hati Pramugari Dari Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?