• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jadi Bualan Netizen, Wanita Ini Dedah Sikap Baik Hati Pramugari Dari Sarawak

Oleh
Nazihah AN
19 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Jadi Bualan Netizen, Wanita Ini Dedah Sikap Baik Hati Pramugari Dari Sarawak

Pramugari Baik Hati Dari Sarawak Tular di TikTok

Jadi Bualan Netizen, Wanita Ini Dedah Sikap Baik Hati Pramugari Dari Sarawak. Tular di TikTok apabila seorang wanita berkongsi pengalaman manisnya dengan seorang pramugari AirAsia yang berjiwa mulia.

Dalam photo slide yang dimuat naik di TikTok, wanita tersebut menceritakan bahawa dirinya menaiki penerbangan pada pukul 5.10 petang. Oleh kerana terlalu sibuk dengan mesyuarat sepanjang hari, dia tidak sempat menjamah makanan sejak pagi.

Jadi Bualan Netizen, Wanita Ini Dedah Sikap Baik Hati Pramugari Dari Sarawak

Jadi Bualan Netizen, Wanita Ini Dedah Sikap Baik Hati Pramugari Dari Sarawak

Apabila dia ingin membeli makanan dalam penerbangan, transaksi kad debit tidak diterima. Dalam situasi tersebut, seorang pramugari yang baik hati datang menghampirinya dan menawarkan untuk membayarkan makanan menggunakan duit sendiri.

Pramugari tersebut juga memberikan nombor akaun kepada wanita tersebut untuk memudahkannya membayar balik kemudian.

“Dia cantik, manis, dan sangat baik,” kata wanita itu dalam postingnya.

“Terima kasih kerana begitu baik hati, saya benar-benar memerlukan makanan ketika itu kerana perut saya sangat sakit, tiada tenaga dan hampir pengsan. Anda menyelamatkan saya.”

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut turut bersetuju bahawa pramugari itu bukan sahaja baik hati, malah cantik. Ramai yang memuji tindakan mulia pramugari tersebut dan mendoakan agar kebaikannya dibalas dengan kebaikan yang berlipat ganda.

Menurut maklumat, pramugari yang berjiwa mulia tersebut berasal dari Kuching, Sarawak. Sikap pramugari ini bukan sahaja mencerminkan kebaikan individu tetapi juga melambangkan nilai murni yang ada dalam masyarakat Sarawak.

Baca juga artikel menarik di bawah:

Berpakaian Seperti Pramugari, Ini Cara Kreatif Pasaraya Di Kuching Tarik Pelanggan
Nyanyi Lagu Iban Live dalam Flight, Pramugari Jemput Lelaki Ini Hiburkan Penumpang

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gaji Baharu Penjawat Awam Sarawak, Abang Jo Tunggu Lampu Hijau Dari Kerajaan Persekutan Gaji Baharu Penjawat Awam Sarawak, Abang Jo Tunggu Perincian Dari Kerajaan Persekutuan
Next Article Abang Grab Trauma Kena Gangguan Seksual Dengan Lelaki Bernama Alia

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?