• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Guna FaceApp Tukar Wajah Ke Perempuan, Lelaki Ini Diganggu Seksual Dalam Media Sosial

Oleh
ILB - AI
25 Jun 2020
Kongsi
5 Min Bacaan
Guna FaceApp Tukar Wajah Ke Perempuan, Lelaki Ini Diganggu Seksual Dalam Media Sosial

FaceApp, aplikasi popular yang tukar wajah ke jantina lain

Guna FaceApp Tukar Wajah Ke Jantina Perempuan, Lelaki Ini Diganggu Seksual Dalam Media Sosial. Sudah pasti anda terlihat rakan-rakan anda muat naik gambar mereka tukar wajah ke jantina lain dalam media sosial baru-baru ini. Faceapp merupakan sebuah aplikasi yang boleh mengubahkan wajah anda ke jantina lain (lelaki ke perempuan, perempuan ke lelaki) malah boleh mengubah wajah anda dari muda ke tua juga.

Isi Isi Penting
  • FaceApp, aplikasi popular yang tukar wajah ke jantina lain
  • “Dah Lah, Aku Takut Nak Edit Muka Perempuan Lepas Ni.”
  • Sekiranya Anda Mangsa Gangguan Seksual, Berikut Adalah Perkara Anda Boleh Buat Untuk Halaukan Gangguan Itu
  • Jangan Salahkan Mangsa, Salahkan Pelaku

Kebanyakan kaum lelaki suka gunakan aplikasi ini sebagai gurauan dan terhibur apabila orang yang tak dikenali tiba-tiba DM mereka dengan tujuan untuk berkenalan (dengan tanggapan bahawa mereka adalah wanita sejati). Namun, lelaki ini berkongsi perasaan jijiknya terhadap seorang pengguna Twitter yang tak dikenali ini apabila orang itu mengganggunya secara seksual.

Guna FaceApp Tukar Wajah Ke Perempuan, Lelaki Ini Diganggu Seksual Dalam Media Sosial
Guna FaceApp Tukar Wajah Ke Perempuan, Lelaki Ini Diganggu Seksual Dalam Media Sosial

“Dah Lah, Aku Takut Nak Edit Muka Perempuan Lepas Ni.”

Status dimuatnaik oleh @hyekalss yang sudah dikongsi sebanyak 3.7K kali ini menunjukkan seorang pengguna Twitter yang tidak dikenali DM beliau setelah terpikat melihat muka beliau yang diubah oleh FaceApp.

Dah la aku takut nak edit muka perempuan lepas ni pic.twitter.com/cLCLE5WCyk

— нуєкαℓ (@hyekalss) June 19, 2020

“Boleh tak awak bagi saya nombor awak? Awak buat seks secara talian tak? Kenapa tak jawabkan saya? Kalau awak nak saya bayar awak pun boleh.”

Perbuatan yang menjijikan ini memberi kesan kepada lelaki ini dah memutus untuk berhenti menggunakan Faceapp akibat ketakutan. Beliau kemudian berkata,

“Macam ini ke feeling jadi perempuan? Takut lah!”

Susulan itu, ramai perempuan tampil dedahkan perkara ini sering berlaku terhadap mereka, dan berkata “baru sekarang kau faham.” Untuk makluman anda, perempuan-perempuan berikut kebanyakan bertudung. (yes, even the hijab women get harassed too, bukan sahaja wanita yang free-hair)

Guna FaceApp Tukar Wajah Ke Perempuan, Lelaki Ini Diganggu Seksual Dalam Media Sosial
Guna FaceApp Tukar Wajah Ke Perempuan, Lelaki Ini Diganggu Seksual Dalam Media Sosial

Betapa fed-up nya para wanita sering diganggu seksual!

Sekiranya Anda Mangsa Gangguan Seksual, Berikut Adalah Perkara Anda Boleh Buat Untuk Halaukan Gangguan Itu

Menurut laporan yang diterbit oleh MCCHR, wanita Malaysia mengalami dua kali ganda gangguan seksual berbanding dengan kaum lelaki.

Pergangguan Seksual adalah SALAH. Tiada alasan yang munasabah boleh menjelaskan sebab seseorang menggangu seorang secara seksual. Ia adalah tindakan yang salah dari segi moral dan akan mendatangkan kesan psikologikal terhadap mangsa.

Malah, kebanyakan mangsa hanya akan bersuara beberapa tahun kemudian akibat ketakutan dan rasa malu akibat maruah mereka tercemar.

Jika anda mengalami gangguan seksual, All Women’s Action Society (AWAM) telah memberi panduan seperti berikut untuk membantu anda:

  1. Katakan kepada pelaku bahawa tingkah laku mereka tidak dialu-alukan.
  2. Rekod setiap kejadian secara bertulis seperti identiti, masa dan tarikh kejadian, tempat kejadian, sifat gangguan, saksi dan bukti (sekiranya ada)
  3. Dapatkan sokongan emosi seperti rakan, keluarga, rakan sekelas, akan sekerja, rakan serumah dan sebagainya.
  4. Buat aduan.
  5. Hubungi organisasi untuk membantu seperti AWAM.
  6. Menuntut untuk diberitahu mengenai perkembangan kes tersebut.

Sekiranya anda diganggu seksual secara talian seperti sexual cyberharassment dan cyberstalking, anda boleh lapor kepada MCMC.

Jangan Salahkan Mangsa, Salahkan Pelaku

Apabila melihat berita tentang wanita-wanita yang diganggu secara seksual, benda paling utama yang sering dilihat oleh masyarakat kita ialah cara pemakaian mangsa dan gagal melihat gambaran besar, iaitu tindakan pelaku yang ganggu mangsa.

Sentiasa meletakkan pemikiran bahawa semua orang tak kira lelaki atau perempuan, tidak boleh disentuh tanpa kebenaran, dirty talk tanpa kebenaran dan sebagainya. Malah, wanita yang menutup aurat pun pernah jadi mangsa – alasan pemakaian yang menjolok mata bukannya punca.

Sekiranya anda mengenali sesiapa yang diganggu secara seksual, berilah sokongan emosi kepadanya. Anda boleh laporkan aduan gangguan seksual di nombor-nombor berikut:

Sekiranya dalam kecemasan, 999 – Polis atau Ambulan

Hubungi +603 7956 3488 atau WhatsApp/SMS TINA di +6018 988 8058 (24 hours hotline) – Women’s Aid Organisation (WAO) 

Hubungi +603 7877 0224 or +603 7877 4221 – All Women’s Action Society (AWAM) 

Lagi disini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Setelah Kisah Veveonah, Tular Pula Pelajar Sarawak Belajar Di Dalam Hutan Untuk Cari Internet
Next Article Sarawak Kesan 1 Kes Berhubung Dengan Kluster Pekerja Asing Sarawak Tiada Kes Baharu Hari Ini, Semalam Hanya 1 Kes Berkait Kluster Pekerja Asing

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?