• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Abang Jo: Kawasan Sekitar Vivacity Kuching Boleh Jadi Seperti Mid Valley City KL

Oleh
ILB - AI
24 Jun 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Abang Jo: Kawasan Sekitar Vivacity Kuching Boleh Jadi Seperti Mid Valley City KL

Premier Sarawak menyatakan bahawa kawasan sekitar Vivacity Kuching mampu jadi seperti Mid Valley City Kuala Lumpur

Abang Jo: Kawasan Sekitar Vivacity Kuching Boleh Jadi Seperti Mid Valley City KL. Dilaporkan Premier menyatakan bahawa kawasan sekitar Vivacity Megamall Kuching berpotensi menjadi kawasan satelit seperti Mid Valley City di Kuala Lumpur.

Perkara ini dinyatakan ketika beliau menghadiri taklimat projek pembinaan Vivacity 2 dan ‘Nest’ di Kuching hari ini.

Abang Jo: Kawasan Sekitar Vivacity Kuching Boleh Jadi Seperti Mid Valley City KL

Terletak di tengah-tengah antara Kuching dan Samarahan

Menurut laporan, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyatakan bahawa kawasan tersebut boleh dijadikan kawasan satelit memandangkan pembangunannya yang pesat.

Dengan lokasinya terletak di tengah-tengah antara Kuching dan Samarahan, laluan dan stesen Autonomous Rapid Transit (ART) boleh dibina di sepanjang laluan itu.

Kredit: eCentral

Beliau berkata penubuhan beberapa bangunan strategik baharu bersama infrastruktur ART di situ akan mengubah kawasan itu menjadi bandar bersepadu seperti Mid Valley City di Kuala Lumpur.

Tambahnya lagi, sebaik sahaja Vivacity 2 siap, kawasan di sekeliling itu boleh dijadikan sebagai hab bersepadu yang menghubungkan Samarahan dan Kuching.

Vivacity 2 dan ‘Nest’ dijangka menjadi bangunan 50 tingkat

Pembinaan pusat beli-bellah kedua Vivacity dan Nest dikatakan akan menyediakan satu lagi pembangunan utama di kawasan Jalan Wan Alwi termasuk sehingga ke Universiti Teknologi Swinburne kerana sebuah asrama baru akan dibina di sana.

Jika dilihat, model kemajuan itu seperti pembangunan bersepadu di sekitar pusat beli-belah Mid Valley di Kuala Lumpur kerana terdapat juga kawasan perumahan, hotel, pusat komersial, hospital dan pengangkutan,”

ujarnya lagi.
Kredit: Coramex Property

Abang Johari turut menghuraikan pembangunan jalan baharu dari Hospital Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) ke Pusat Jantung Sarawak di Kota Samarahan, dan juga dari pusat ke kawasan Tanjung Bako, yang seterusnya dihubungkan terus ke Sejingkat melalui jambatan.

Perkara ini bermaksud Kuching dan Samarahan akan dihubungkan menjadi satu kawasan membangun menjelang tahub 2030 melalui pertumbuhan pesat di kawasan tersebut.

Dengan nilai perumahan di sini agak tinggi, program Program Malaysia Rumah Kedua Ku (MM2H) akan menjadi industri hartanah dan orang luar boleh membeli perumahan di sini,”

tambahnya lagi.

Lagi di sini:

Tragedi Kapal Selam Meleduk, Mangsa Termuda Hanya Sertai Untuk Sambut Hari Bapa Bersama Bapa
Isu Berita Palsu Ke Atas TYT Sarawak, Abang Jo Desak MCMC Ambil Tindakan Segera
SUMBER :THE BORNEO POST
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Misteri 'Sammy B', Kapal Perang Tersembunyi Di Dasar Laut Terdalam Melebihi Bangkai Titanic Misteri ‘Sammy B’, Kapal Perang Tersembunyi Di Dasar Laut Terdalam Melebihi Bangkai Titanic
Next Article Gara-Gara Ingin Tender Potong Rumput Dan Landskap Dari Kerajaan, Pesara Ditipu Lebih RM 300K

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?