I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Tragedi Kapal Selam Meleduk, Mangsa Termuda Hanya Sertai Untuk Sambut Hari Bapa Bersama Bapa
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Tragedi Kapal Selam Meleduk, Mangsa Termuda Hanya Sertai Untuk Sambut Hari Bapa Bersama Bapa

Oleh Kedung BK 24 Jun 2023
Kongsi
5 Min Bacaan
Tragedi Kapal Selam Meleduk, Mangsa Termuda Hanya Sertai Untuk Sambut Hari Bapa Bersama Bapa

Mangsa termuda tragedi ‘Titan’ hanya sertai ekspidisi untuk menggembirakan bapanya

Tragedi Kapal Selam Meleduk, Mangsa Termuda Hanya Sertai Untuk Sambut Hari Bapa Bersama Bapa. Berita tentang tragedi kapal selam ‘Titan’ yang meleduk semasa turun ke serpihan Titanic telah menjadi berita besar di seluruh dunia baru-baru ini.

Bersama-sama dengan pilot kapal selam itu, yang juga merupakan CEO syarikat yang mengeluarkan kapal selam tersebut, 4 yang lain turut terkorban termasuk jutawan Hamish Harding dan pasangan bapa dan anak yang menyertai ekspedisi ‘pelancong’ itu.

Malangnya, dilaporkan bahawa anak lelaki kepada salah seorang mangsa hanya menyertai perjalanan itu untuk menggembirakan bapanya sempena Hari Bapa – walaupun takut untuk mengambil perjalanan itu.

Tragedi Kapal Selam Meleduk, Mangsa Termuda Hanya Sertai Untuk Sambut Hari Bapa Bersama Bapa

Penumpang termuda hanya berusia 19 tahun

Menurut laporan, penumpang termuda iaitu Sulaiman Dawood, 19, dikatakan ‘takut’ untuk melakukan perjalanan malang itu ke serpihan Titanic tetapi sanggup menaiki kapal selam tragis itu demi menggembirakan bapanya yang ‘bena-benar taksub’ dengan kapal karam yang terkenal itu.

Difahamkan, remaja itu teragak-agak untuk mengikuti ekspedisi yang dianjurkan oleh OceanGate.

Kapal selam ‘Titan’ yang digunakan untuk melawat bangkai Titanic.

Menurut Azmeh Dawood, iaitu kakak kepada bapa remaja itu, Sulaiman telah memberitahu seorang saudara bahawa dia “tidak begitu bersemangat untuk menyertai” ekspedisi tersebut dan berasa “takut”, tetapi akhirnya pergi kerana ekspedisi terbabit jatuh pada hujung minggu Hari Bapa dan hanya mahu menggembirakan bapanya.

Katanya sebelum kapal selam itu disahkan meleduk, “Saya hanya memikirkan Sulaiman, yang hanya berusia 19 tahun, di dalam kapal itu, mungkin kesesakan nafas, ini satu pengalaman yang menyeksakan bagi saya.”

5 maut ketika dalam perjalanan untuk melihat bangkai Titanic 12,500 kaki di bawah permukaan Lautan Atlantik

Terdahulu, kapal selam ‘Titan’ OceanGate kehilangan komunikasi 1 jam 45 minit selepas menyelam ke dalam air. 5 orang, termasuk CEO syarikat itu (yang pilot kapal selam itu) kemudiannya disahkan meninggal dunia akibat kapal selam itu meleduk semasa turun ke bangkai kapal karam Titanic.

Difahamkan, OceanGate telah menganjurkan ‘ekspedisi’ untuk pelanggan (yang akan membayar RM1.2 juta seorang untuk menyertai) bagi melihat serpihan Titanic, sebuah kapal laut terkenal yang karam di Lautan Atlantik pada tahun 1912.

Bangkai Titanic yang kini berada 12,500 kaki di bawah Laut Atlantik. Kredit: NBC News

Antara yang terkorban ialah pasangan bapa dan anak, Shahzada, 48 dan Sulaiman, 19, dipercayai menyertai ekspedisi untuk menyambut Hari Bapa ketika itu. Shahzedan juga dikenali sebagai peminat Titanic dan telah menempah tempat duduk untuk dirinya dan anaknya bagi menyertai ekspedisi itu.

Mengenai kematian abang dan anak buahnya, Azmeh berkata dia “tidak percaya” dan ia adalah “situasi yang tidak nyata,” sambil menangis ketika mengetahui apa yang sebenarnya berlaku kepada kapal selam itu – yang digambarkan sebagai ‘letupan bencana’ dan hancur di kedalaman.

Bimbang atas keselamatan adik dan anak buah

Azmeh, yang menetap di Amsterdam sepanjang tempoh pahit itu, menyifatkan perasaan ‘terperangkap dalam filem buruk’ dan mengalami masalah pernafasan yang tidak pernah dialami ketika menonton berita itu dengan cemas.

Tanpa disedarinya dan yang lain pada masa itu, kapal itu telah meleduk dan meragut nyawa adik dan anak buahnya, bersama anak kapal yang lain.

Sulaiman, bersama bapanya, Shahzada Dawood (gambar) turut maut dalam kejadian itu bersama 3 penumpang lain.

Sebelum mengesahkan kapal selam itu telah meleduk, ia dipercayai secara meluas bahawa kapal selam itu beroperasi dengan bekalan oksigen kecemasan 96 jam.

Mengenai hubungannya dengan adiknya, Azmeh berkata, dia telas memutuskan hubungan dengan Shahzada tetapi tetap rapat dengan anaknya, Sulaiman. Walaupun berbeza pendapat, Azmeh tetap menyayangi adiknya.

Namun, dia juga mengetahui risiko yang terlibat dengan menyertai ekspedisi OceanGate ke Titanic itu, yang kemudiannya didapati tidak disahkan oleh mana-mana organisasi mengenai keselamatannya. Mengenai perkara ini, Azmeh berkata dia “tidak akan pernah masuk ke dalam Titan,” walaupun dia “dibayar satu juta dolar.”

Baca lagi tentang kejadian ini:

Bawa Pelancong Ke Titanic, Pakar Sahkan Kapal Selam Meleduk Pada Hari Pertama
‘Trip’ Kapal Selam Bernilai RM1.2 Juta Untuk Lawat Bangkai Titanic Hilang, Peluang Diselamatkan Sangat Tipis

SUMBER : NY POST
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Isu Berita Palsu Ke Atas TYT Sarawak, Abang Jo Desak MCMC Ambil Tindakan Segera Isu Berita Palsu Ke Atas TYT Sarawak, Abang Jo Desak MCMC Ambil Tindakan Segera
Next Article Misteri 'Sammy B', Kapal Perang Tersembunyi Di Dasar Laut Terdalam Melebihi Bangkai Titanic Misteri ‘Sammy B’, Kapal Perang Tersembunyi Di Dasar Laut Terdalam Melebihi Bangkai Titanic

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo 4 September 2023
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak 20 Jun 2023
Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?