• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Gara-Gara Lapar Dan Rindu Hidangan Raya, Mat Rempit Keluar Dari Kebun Sawit Serah Diri

Oleh
Husna Hazmi
23 April 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Mat rempit bersembunyi di semak dan kebun sawit akhirnya serah diri.

Gara-Gara Lapar Dan Rindu Hidangan Raya, Mat Rempit Keluar Dari Kebun Sawit Serah Diri. Dilaporkan, oleh kerana lapar dan rindu sajian hari raya, seramai 57 mat rempit yang bersembunyi dalam kawasan semak dan juga kebun kelapa sawit di Kilometer 7 Jalan Kulai-Kota Tinggi serah diri selepas dikejar polis dalam kejadian pada Hari Raya Aidilfitri pertama.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Tok Beng Yeow berkata, dalam kejadian jam 9 pagi itu, satu persatu samseng jalanan berusia anggaran dari 17- 42 tahun itu menyerah diri selepas tidak tahan bersembunyi dalam kawasan tersebut.

Gara-Gara Lapar Dan Rindu Hidangan Raya, Mat Rempit Keluar Dari Kebun Sawit Serah Diri
Gara-Gara Lapar Dan Rindu Hidangan Raya, Mat Rempit Keluar Dari Kebun Sawit Serah Diri

Lapar dan rindu juadah raya

Hal ini kerana mereka tidak tahan dengan keadaan panas ditambah pula ‘lapar dan rindu juadah hari raya pertama’.

Beliau berkata semua mereka telah ditahan dalam Op Selamat yang melibatkan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) dibantu cawangan unit peronda (MPV) serta cawangan pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai.

Tambah beliau lagi, operasi khas selama 18 jam berkenaan diketuai oleh Inspektor Alexander Jeremy Jimy dari BSPT IPD Kulai bersama-sama pegawai dan 13 anggota bermula pada jam 11 malam Jumaat sehingga 5 petang Sabtu.

Gara-Gara Lapar Dan Rindu Hidangan Raya, Mat Rempit Keluar Dari Kebun Sawit Serah Diri

140 saman telah dikeluarkan

Sebanyak 140 saman telah dikeluarkan oleh anggota BSPT IPD Kulai antaranya tiada lesen memandu, tiada perlindungan insurans, lesen kenderaan (LKM) tamat tempoh, nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan, ubah suai ekzos, tidak memakai topi keledar dan pelbagai kesalahan lain.

“Sebanyak 39 buah motosikal turut disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tambah beliau lagi.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Sabah Sarawak Antara Negeri Di Malaysia Catat IPU Memuaskan
Perlu Diruntuh, Jalan Pan Borneo Bukit Begunan Dan Lambir Terpaksa Direka Bentuk Semula
SUMBER :Astro Awani
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sabah Sarawak Antara Negeri Di Malaysia Catat IPU Memuaskan
Next Article Elak Kemalangan, Ini 6 Tips Elak Rasa Ngantuk Ketika Memandu Perjalanan Jauh

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?