• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Perlu Diruntuh, Jalan Pan Borneo Bukit Begunan Dan Lambir Terpaksa Direka Bentuk Semula

Oleh
Nazihah AN
23 April 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Perlu Diruntuh, Jalan Pan Borneo Bukit Begunan Dan Lambir Terpaksa Direka Bentuk Semula

Kawasan berbukit di Bukit Begunan perlu diruntuh dan bina benteng kuat.

Perlu Diruntuh, Jalan Pan Borneo Bukit Begunan Dan Lambir Terpaksa Direka Bentuk Semula. Kementerian Kerja Raya akan menaik taraf bahagian-bahagian jalan di Bukit Begunan dan Lambir yang dikenali sebagai ‘Red Line’, kata Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata, ini berikutan masalah terhadap topografi di kawasan tersebut dan pembaharuan akan dilakukan supaya jalan sesuai dengan keadaan tanah.

Perlu Diruntuh, Jalan Pan Borneo Bukit Begunan Dan Lambir Terpaksa Direka Bentuk Semula
Perlu Diruntuh, Jalan Pan Borneo Bukit Begunan Dan Lambir Terpaksa Direka Bentuk Semula

Mengenai keseluruhan kemajuan Lebuhraya Pan Borneo pula, Nanta berkata ia sudah mencapai kemajuan 94 peratus ketika ini. 

“Secara keseluruhan untuk projek ini, penyelesaian Fasa 1 mencapai 94 peratus. Namun, terdapat beberapa bahagian di Lambir dan Bukit Begunan yang memerlukan kerja-kerja tambahan disebabkan oleh masalah topografi dan jalan-jalan tersebut memerlukan reka bentuk yang berbeza.

“Di Bukit Begunan, kerana ia merupakan sebuah bukit, beberapa bahagian perlu dirobohkan dan penghalang yang kuat perlu dibina supaya tidak berlaku tanah runtuh. Di Lambir, topografi tanah lembut, oleh itu, pengerukan dan reka bentuk jalan yang sesuai diperlukan,” katanya.

Perlu Diruntuh, Jalan Pan Borneo Bukit Begunan Dan Lambir Terpaksa Direka Bentuk Semula

Katanya peruntukan bagi projek Red Line tersebut sudah ada, tetapi belum mencukupi. 

Nanta memberitahu wartawan ini ketika ditemui di rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri yang dihoskan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Pusat Konvensyen Borneo Kuching.

Nanta menambah bahawa projek-projek ini adalah sebahagian daripada program kementeriannya yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya untuk membaik pulih atau membina semula laluan empat lorong sedia ada atau Red Line, bakal dibuat secara berfasa. 

Perlu Diruntuh, Jalan Pan Borneo Bukit Begunan Dan Lambir Terpaksa Direka Bentuk Semula

Lagi artikel semasa, anda boleh baca di pautan bawah:

Syarikat Penerbangan Sarawak Akan Mula Beroperasi Selepas Memperoleh 4 Buah Pesawat
Sungguh Meriah, Rumah Terbuka Premier Sarawak Dikunjungi Lebih 10,000 Rakyat Berbilang Kaum
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sungguh Meriah, Rumah Terbuka Premier Sarawak Dikunjungi Lebih 10,000 Rakyat Berbilang Kaum
Next Article Inilah Kelainan Tradisi Raya Aidilfitri Di Sarawak dan Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?