• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gara-Gara Penyokong Taksub, Gas Pemedih Mata Dilepaskan Di Pusat Penamaan Calon Di Tenom

Oleh
ILB - AI
5 November 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Parti politik pasti ada penyokongnya tersendiri sehingga ada yang taksub juga

Gara-Gara Penyokong Taksub, Gas Pemedih Mata Dilepaskan Di Pusat Penamaan Calon Di Tenom. Tidak lama lagi negara akan menjalankan pilihan raya umum pada 19 November kelak. Jadi, pada 5 November iaitu hari ini, proses penamaan calon telah dilaksanakan di seluruh negara.

Seperti biasa, setiap parti yang bertanding pasti ada penyokong mereka tersendiri. Jadi penyokong sememangnya mempunyai pilihan dan hak setiap individu. Namun, ada segelintir penyokong menunjukkan aksi yang keterlaluan seolah-olah taksub.

Gara-Gara Penyokong Taksub, Gas Pemedih Mata Dilepaskan Di Pusat Penamaan Calon Di Tenom
Gara-Gara Penyokong Taksub, Gas Pemedih Mata Dilepaskan Di Pusat Penamaan Calon Di Tenom. Sumber gambar: BORNEO POST online

Gas pemedih mata dilepaskan apabila penyokong mulakan kekecohan kerana tidak puas hati

Sikap dan aksi daripada penyokong inilah yang telah mengakibatkan gas pemedih mata telah dilepaskan ke arah penyokong supaya dapat meleraikan kekecohan daripada lebih tidak terkawal. Gas pemedih mata yang dilepaskan oleh pihak polis ini telah terjadi di hadapan pusat penamaan calon di Dewan DSP Antanom, Tenom, Sabah.

Gara-Gara Penyokong Taksub, Gas Pemedih Mata Dilepaskan Di Pusat Penamaan Calon Di Tenom
Gara-Gara Penyokong Taksub, Gas Pemedih Mata Dilepaskan Di Pusat Penamaan Calon Di Tenom. Sumber gambar: BORNEO POST online

Kejadian ini dipercayai apabila sebuah penyokong daripada sebuah parti iaitu Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) mula menimbulkan kekecohan. Hal ini hanya berpunca daripada ketidakpuasan hati penyokong terhadap penolakan pencalonan presiden KDM, Datuk Peter Anthony.

Apabila gas pemedih mata ini dilepaskan, banyak penyokong mula lari pertempiaran untuk menyelamatkan diri dan untuk mengelakkan rasa pedih mata yang teruk dimana sekaligus tindakan ini membendung kekecohan daripada berlarutan.

Kejadian ini telah dirakam oleh orang awam dan telah dimuatnaik ke laman sosial Facebook. Dengan perkongsian rakaman video ini, ramai juga netizen tidak melepaskan peluang untuk meninggalkan respon mereka di ruangan komen.

Gara-Gara Penyokong Taksub, Gas Pemedih Mata Dilepaskan Di Pusat Penamaan Calon Di Tenom
Gara-Gara Penyokong Taksub, Gas Pemedih Mata Dilepaskan Di Pusat Penamaan Calon Di Tenom. Sumber gambar: FB The Borneo Post

Terkadang menjadi penyokong kena menunjukkan sikap yang profesional juga. Jangan timbulkan kekecohan yang tidak munasabah hanya kerana tidak puas hati. Kita sokong secara sihat agar tiada kejadian seperti ini terulang lagi.

Nak pilihanraya ini memang banyak isu yang dibangkitkan seperti yang ada di dalam artikel dibawah:

Anwar Ibrahim Gesa Kerajaan Sarawak Tarik Larangan Pemimpin PH Masuk Ke Sarawak
Dalam Fasa ‘Bercinta’, Pakatan Parti Politik Semenanjung Cuba Pikat GPS Untuk PRU15
SUMBER :BORNEO POST onlineFB The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Konsert NCT 127 Terpaksa Dihentikan, Lebih 30 Orang Peminat Di Indonesia Pengsan
Next Article Kepercayaan Kaum Bajau Laut, Penyaram Disajikan Untuk Menyeru Semangat Buaya Putih Penyaram Disajikan Untuk Menyeru Semangat Buaya Putih, Ketahui Kepercayaan Kaum Bajau Laut

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?