• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Gara-Gara Suami Tak Langsai Hutang, Isteri Dibelasah Teruk Dan Dibogelkan

Oleh
Farisha
27 September 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Wanita diaibkan, kena paksa minum air kencing angkara suami tak langsai hutang

Gara-Gara Suami Tak Langsai Hutang, Isteri Dibelasah Teruk Dan Dibogelkan. Seorang wanita didakwa dibelasah dan dibogelkan kerana enggan membayar faedah tambahan atas pinjaman yang diambil suaminya daripada individu berpengaruh di kampung mereka.

Bukan itu sahaja, anak lelaki kepada individu tersebut juga dipercayai telah membuang air kecil ke dalam mulut wanita berkenaan.

Gara-Gara Suami Tak Langsai Hutang, Isteri Dibelasah Teruk Dan Dibogelkan
Sumber: majoriti

Berhutang daripada orang kampungnya, dan sudah membayar semua hutang, namun Pramond tuntut faedah tambahan

Menurut laporan, Penguasa Kanan Polis Patna, Rajeev Mishra menyatakan bahawa suami wanita tersebut telah meminjam Rs1,500, iaitu bersamaan RM84.57 daripada Pramod Singh yang menetap di Kampung Mosimpur di daerah Patna, India.

Dalam pada itu, difahamkan pasangan itu telah pun membayar kesemua hutang mereka, bagaimanapun, Pramod telah menuntut faedah tambahan ke atas pinjaman itu.

Bagaimanapun, apabila pasangan itu enggan menurut permintaannya, Pramod, anaknya yang bernama Anshu bersama empat orang pembantu mereka bertindak menyerang wanita tersebut.

Suspek memaksa wanita itu mengikut mereka

Wanita itu mendakwa kesemua suspek memaksanya untuk mengikut mereka pada Sabtu malam ketika dia berada di luar rumah.

Suspek kemudian membelasahnya dengan kayu dan membogelkannya di tempat terpencil di kampung itu, namun mangsa berjaya melarikan diri.

Gara-Gara Suami Tak Langsai Hutang, Isteri Dibelasah Teruk Dan Dibogelkan
Sumber: majoriti

Menurut salah seorang ahli keluarga mangsa, mereka keluar mencari wanita berkenaan sekitar tengah malam dan mendapati dia berlari ke arah rumah dalam keadaan bogel.

Malah, memetik sumber, wanita itu mengalami kecederaan serius di kepala dan sedang dirawat di hospital. Untuk makluman, laporan telah dibuat dan polis sedang memperhebatkan operasi memburu keenam-enam suspek tersebut.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Demi Langsaikan Hutang RM1 Juta, Lelaki Dari Sarawak Ini Terpaksa Tinggal Dalam Kereta
Abang Ipar Berhutang Punca Wanita Dirogol Bergilir-Gilir
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sengaja Tangkap Dan Lepas Haiwan Dari Taman Negara Bako, Dua Pelajar China Didenda RM9K Sengaja Tangkap Dan Lepas Haiwan Dari Taman Negara Bako, Dua Pelajar China Didenda RM9K
Next Article Lagi Seminggu Untuk Borneo Sonic, Mural Taeyang Di Kuching Tarik Perhatian Netizen Lagi Seminggu Untuk Borneo Sonic, Mural Taeyang Di Kuching Tarik Perhatian Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?