• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Makin Berleluasa, Ah Long Kini Tawar Pinjaman Guna Aplikasi Muat Turun

Oleh
ILB - AI
14 Januari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Makin Berleluasa, Ah Long Kini Tawar Pinjaman Guna Aplikasi Muat Turun

Jangan sesekali buat pinjaman menerusi aplikasi-aplikasi ini

Makin Berleluasa, Ah Long Kini Tawar Pinjaman Guna Aplikasi Muat Turun. Dilaporkan ah long kini menukar taktik mereka dengan menawarkan pinjaman kepada orang ramai menggunakan aplikasi khas yang boleh dimuat turun dalam telefon pintar.

Sekiranya anda melihat aplikasi yang menawarkan pinjaman wang di Google Play Store, jangan muat turun dan anda dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang pinjaman wang daripada aplikasi-aplikasi seperti ini.

Makin Berleluasa, Ah Long Kini Tawar Pinjaman Guna Aplikasi Muat Turun

Dijadikan senjata baharu Ah Long

Menurut laporan, aplikasi menawarkan pinjaman semakin berleluasa dan dikendali oleh ah long. Menerusi aplikasi seperti ini, ah long kini dapat memperoleh data daripada mangsa apabila mangsa muat turun aplikasi berkenaan – ini termasuk data peribadi mangsa, kamera hadapan, video, gambar, nombor telefon, lokasi dan e-mel.

Difahamkan juga, segala data yang diperoleh akan disunting sebelum disebarkan kepada keluarga, majikan, dan rakan-rakan untuk tujuan mengaib, memeras dan memalukan mangsa.

Kredit: Twitter

Ia didapati mangsa hanya akan membuat pinjaman bermula RM50 hingga RM300 tetapi akan dipaksa membayar bunga 300x ganda daripada jumlah pinjam.

Malah, terdapat juga mangsa yang hanya memuat turun aplikasi dan hanya berminat untuk membuat pinjaman akan diugut untuk membayar hutang yang tidak dipinjam dengan ugutan yang tidak masuk akal hasil godaman data peribadi yang diperoleh para ah long ini.

Ketahui aplikasi yang dikawal oleh ah long

Orang ramai digesa untuk tidak memuat turun aplikasi pinjaman wang tidak berlesen demi keselamatan mereka. Setakat ini, terdapat banyak aplikasi serupa yang boleh didapati di Google Play Store.

Di bawah ialah infografik aplikasi diketahui yang menawarkan skim pinjaman wang tidak berlesen:

Kredit: Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Sekiranya anda menjadi mangsa skim ini dan telah diugut, anda dinasihatkan untuk membuat laporan polis di balai polis berhampiran anda.

Lagi di sini:

Whoscall, Aplikasi Kesan Panggilan ‘Scammer’ Dengan Kerjasama PDRM
Lelaki Di Padawan Hilang RM179,400 Akibat Dituduh ‘Cuci Wang’ Oleh Macau Scam
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sampah Merata, Keadaan Stadium Perpaduan Petra Jaya Selepas Pesta Makanan Cetus Geram Netizen Sampah Merata, Keadaan Stadium Perpaduan Petra Jaya Selepas Pesta Makanan Cetus Geram Netizen
Next Article Sarawak Lancar 92 Lagi Tapak Akses 5G Di Kuching, Miri Dan Bintulu Sarawak Lancar 92 Lagi Tapak Akses 5G Di Kuching, Miri Dan Bintulu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?