• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Demi Langsaikan Hutang RM1 Juta, Lelaki Dari Sarawak Ini Terpaksa Tinggal Dalam Kereta

Oleh
Nazihah AN
26 September 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Demi Langsaikan Hutang RM1 Juta, Lelaki Dari Sarawak Ini Terpaksa Tinggal Dalam Kereta

“Dari hutang aku 6 angka dan Alhamdulillah sekarang tinggal RM 130k sahaja lagi.” – Ariff Peter (Twitter X)

Demi Langsaikan Hutang RM1 Juta, Lelaki Dari Sarawak Ini Terpaksa Tinggal Dalam Kereta. Tujuh tahun yang lepas, Ariff Luqman Peter Lisut atau lebih dikenali sebagai Ariff Peter, menikmati kehidupan yang mewah – mempunyai perniagaan yang maju, kediaman yang mewah dan kereta import.

Namun, nasib tidak menyebelahinya apabila dia terperangkap dalam pelaburan mata wang digital, meninggalkannya dengan hutang melebihi RM1 juta.

Demi Langsaikan Hutang RM1 Juta, Lelaki Dari Sarawak Ini Terpaksa Tinggal Dalam Kereta
Demi Langsaikan Hutang RM1 Juta, Lelaki Dari Sarawak Ini Terpaksa Tinggal Dalam Kereta

Artis tempatan yang berasal dari Murum Belaga Sarawak

Dengan komitmen dan tanggungjawab, Ariff menjual segala yang dimilikinya termasuk perniagaan penternakan lembu, dua buah rumah, tiga kereta dan sebuah van, untuk melunaskan sebahagian hutangnya. Namun, itupun tidak mencukupi.

Sebagai langkah berjimat, dia memilih untuk tinggal di dalam keretanya, sebuah Proton Wira, dan memulakan kerja-kerja sampingan untuk menampung hidup serta melunaskan baki hutang.

Demi Langsaikan Hutang RM1 Juta, Lelaki Dari Sarawak Ini Terpaksa Tinggal Dalam Kereta
Kredit gambar: Metro

“Alhamdulillah, daripada RM 130K bulan lepas sekarang dah RM 100K sahaja tinggal. Lagi sikit nak ke 5 angka.”

Perniagaan yang pernah berjaya kini hanya menjadi kenangan. Ariff menyesali keputusannya yang terlalu percaya pada pelaburan yang akhirnya menjeratnya. “Saya mahu membantu ramai orang tetapi tidak menyangka akan berakhir seperti ini,” ungkapnya.

Kini, dengan baki hutang sebanyak RM100,000, Ariff masih bertungkus-lumus dengan pelbagai pekerjaan sampingan walaupun dia telah memperoleh pekerjaan tetap yang menawarkan gaji yang menarik. Bagi dia, kesilapan masa lalu adalah satu pelajaran yang berharga.

Demi Langsaikan Hutang RM1 Juta, Lelaki Dari Sarawak Ini Terpaksa Tinggal Dalam Kereta

“Aku tak malu hidup macamni, aku lagi malu kalau aku hidup bermewahan hasil penderitaan orang lain.”

Tetapi, kesukaran hidup tidak mematahkannya. Malah, dia menggunakan kekuatan dan ketabahannya untuk menghadapi dugaan. “Meskipun hidup dalam kereta, saya bersyukur kerana masih ada tempat berteduh,” katanya dengan penuh semangat.

Dengan semangat yang membara, Ariff memanfaatkan platform TikTok bukan untuk meminta simpati, tetapi sebagai medium untuk mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkannya, dengan harapan mendapat lebih banyak pekerjaan.

“Tujuan saya adalah untuk mencari pekerjaan, bukan untuk meminta bantuan. Saya yakin dengan usaha, saya boleh menyelesaikan hutang saya,” kata Ariff dengan penuh keyakinan.

Demi Langsaikan Hutang RM1 Juta, Lelaki Dari Sarawak Ini Terpaksa Tinggal Dalam Kereta

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

’27 Tahun Berjuang Akhirnya Tercapai’, Individu Dari Sarawak Menghargai Kerajaan Madani Anwar Ibrahim
Ada Tarikh Di Tapak Kaki, Lelaki Dakwa Jumpa Abu Mayat Dalam Teddy Bear
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ada Tarikh Di Tapak Kaki, Lelaki Dakwa Jumpa Abu Mayat Dalam Teddy Bear
Next Article Masjid Baru Di Simpang Tiga, Masjid Pertama Guna Bahasa Inggeris Dalam Khutbah Jumaat Masjid Baru Di Simpang Tiga, Masjid Pertama Guna Bahasa Inggeris Dalam Khutbah Jumaat

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?