• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Gara-Gara Tak Mahu Terlepas Perlawanan FIFA, Seorang Lelaki Argentina ‘Mencuri’ Bas Untuk Balik Awal

Oleh
ILB - AI
19 Disember 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Gara-Gara Tak Mahu Terlepas Perlawanan FIFA, Seorang Lelaki Argentina 'Mencuri' Bas Untuk Balik Awal

Last2, Argentina gak yang menang FIFA 😅

Gara-Gara Tak Mahu Terlepas Perlawanan FIFA, Seorang Lelaki Argentina ‘Mencuri’ Bas Untuk Balik Awal. Seperti yang anda tahu, Argentina baru-baru ini memenangi Piala Dunia selepas mengalahkan Perancis hari ini. Tetapi untuk insiden kecurian ini pula, lelaki Argentina terbabit sebenarnya bergegas pulang untuk menyaksikan perlawanan Argentina menentang Croatia pada 13 Disember lalu.

Menurut laporan, lelaki tersebut ditangkap apabila didakwa mencuri bas yang penuh dengan orang awam bagi memastikan dia pulang tepat pada masanya untuk menonton perlawanan bola sepak FIFA.

Gara-Gara Tak Mahu Terlepas Perlawanan FIFA, Seorang Lelaki Argentina ‘Mencuri’ Bas Untuk Balik Awal

Sanggup mengambil langkah terdesak semata-mata untuk balik tepat pada masanya

Dipetik daripada laporan, lelaki Argentina itu dikatakan mengambil langkah terdesak apabila mendapati dirinya berada di dalam bas pada waktu sibuk, dengan hanya beberapa minit sebelum perlawanan bola sepak Argentina dan Croatia.

Lelaki berusia 53 tahun itu dilaporkan mengambil kesempatan untuk memandu bas dinaikinya pulang apabila pemandu bas terbabit keluar untuk membeli sesuatu dari sebuah kiosk berhampiran.

Kredit foto: World Soccer Talk

Sebaik sahaja pemandu bas itu melihat bas berkenaan dipandu lari, pemandu itu segera menghubungi polis untuk melaporkan kejadian tersebut dan beberapa kereta polis dikerah ke lokasi terakhir yang diketahui.

Difahamkan, lelaki itu memandu bas tersebut sekitar 6.4km sebelum meninggalkannya berhampiran kediamannya dan meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki.

Malangnya, peminat bola sepak die hard itu ditangkap polis berhampiran persimpangan jalan perumahannya dan dibawa untuk soal siasat.

Meskipun berusaha untuk mengejar masa untuk menonton perlawanan tersebut, nampaknya lelaki itu terlepas sepanjang perlawanan dan didakwa merampas kenderaan pengangkutan awam.

Ia tidak pasti sama ada lelaki itu dibebaskan selepas ditahan untuk menonton perlawanan bersejarah antara Perancis dan Argentina – yang kemudiannya dimenangi Argentina. Sekiranya dia terlepas, semoga kemenangan Argentina menyejukkan hatinya. 😅

SUMBER :ODDITY CENTRAL
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Timur Sabah Dan Semenanjung Dijangka Ribut Monsun Yang Berterusan Hingga 25 Disember Ini Timur Sabah Dan Semenanjung Dijangka Ribut Monsun Yang Berterusan Hingga 25 Disember Ini
Next Article Ini Panduan Untuk Mendaftar Skim Perlindungan Khas PERKESO Untuk Suri Rumah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?