“Dunia akademik yang mulia, dijadikan seperti gedung melacur,” – Netizen
Gara-Gara Tolak Ajakan Mesra Dari Pensyarah, Gadis Ini Digagalkan Peperiksaan. Sebagai pelajar, anda bergantung pada pendidik anda untuk mendidik dan menilai pemahaman anda mengenai sesuatu subjek. Tetapi apa yang berlaku sekiranya pendidik anda menyalahgunakan kuasanya?
Perkara ini berlaku kepada seorang bekas pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang tampil untuk mendedahkan sebab beliau digagalkan dalam peperiksaan beliau.
Respon terhadap Tweet lain
Pertama sekali, seorang pengguna Twitter iaitu @ctjamil92 berkongsi pendapatnya mengenai pelajar yang digagalkan oleh pensyarah walaupun pelajar telah melakukan yang terbaik untuk menyerahkan tugas mereka dan mengambil bahagian dalam kelas dalam talian.
Pagi ni terbaca kisah pelajar gagal. Agak mustahil ya pelajar hantar kuiz, test, tugasan, jawab final tapi gagal. Kalau tak dapat A pun tapi mst ada markah yang boleh membuatkan pelajar ini lulus. Tambahan belajar kelas online tekanan dia tidak sama dengan kelas biasa
Cont…
— Sitijamil92 (@ctjamil92) October 27, 2020
Menurut beliau, beliau berpendapat bahawa kedua-dua pelajar dan pensyarah perlu memainkan peranan masing-masing agar semuanya berjalan lancar. Pelajar perlu berusaha untuk menyiapkan tugasan pada tarikh ditetapkan, hadir ke kelas dan sekiranya tak dapat, bagitahu pada pensyarah. Bagi pensyarah, mereka perlu bertolak ansur dengan keadaan diri pelajar. Sentiasa memotivasikan pelajar kerana setiap pelajar menghadapi pelbagai keadaan di luar serta mencari kaedah proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang sesuai.
Beliau juga mengatakan bahawa pensyarah yang menggagalkan pelajar semasa proses PdP dalam talian adalah tidak wajar sekiranya para pelajar telah menghantar tugasan masing-masing. Tambahnya lagi, untuk belajar dalam keadaan kelas dalam talian bukan perkara yang mudah. Hal ini kerana beberapa faktor perlu dipertimbangkan seperti kekurangan capaian internet, tak cukup duit untuk membeli data, masalah kesihatan (ada orang mudah pening sekiranya tengok laptop lama-lama), masalah keluarga dan sebagainya. Semua faktor ini menyumbang kepada tekanan pelajar sepanjang proses kelas dalam talian.
Tambahnya lagi, memang wujud pensyarah yang tidak professional dan beliau berkongsi pengalaman pelajar lain yang pernah digagalkan oleh pensyarah mereka dengan sengaja. Antaranya adalah,
Pengalaman 1 https://t.co/Un7hMEOaI1
— Sitijamil92 (@ctjamil92) October 27, 2020
Pengalaman 9 https://t.co/KnenF31VjY
— Sitijamil92 (@ctjamil92) October 27, 2020
Pengalaman 12 https://t.co/MW6SDTXfhc
— Sitijamil92 (@ctjamil92) October 27, 2020
“Pensyarah lelaki I dulu failkan I sebab tak layan dia,” – Netizen
Namun, di antara semua pengalaman yang dikongsi, pengalaman salah seorang pelajar telah menarik perhatian terbesar. Menurut @anifaresailema,
Pensyarah lelaki I dulu failkan I sebab tak layan dia/go on dates with him 🙂 He’s married with 4 children fyi. I was always a deans list student. Straight for 3 semesters. Sampai dekat dia je suddenly I got an F. Takdapat pun keadilan tu even after I did my report. https://t.co/kWZntG5QcO
— ☽ (@anifaresailema) October 27, 2020
“Pensyarah lelaki saya dulu menggagalkan saya sebab saya tak layan dia/keluar bersama dia. Dia sudah beristeri dengan 4 anak, untuk pengetahuan anda. Saya selalu menjadi pelajar dekan. 3 semester berturut-turut. Sampai dekat dia sahaja tiba-tiba saya dapat gred F. Tak dapat pun keadilan itu walaupun saya telah membuat aduan.”
Dakwaan wanita itu telah mengundang kecaman dari netizen terhadap pensyarah tersebut. Salah seorang netizen mengatakan,
“Dunia akademik yang mulia, dijadikan gedung melacur. Sedih baca,” – @MadZahidAmran
Ketika dinasihatkan oleh salah seorang netizen untuk melaporkan tindakan pensyarah itu kepada isteri pensyarah, @anifaresailema berkata,
“Bagaimana saya boleh mengatakan ini, beberapa isteri bahkan teman wanita akan selalu menafikan dakwaan itu. Pernah juga orang melaporkan kepada pasangan mereka bahawa pasangan mereka curang tetapi isteri pula yang memarahi kita kerana kita yang melayan. Kita tak akan menang. Lagi-lagi masa itu saya sangat muda.”
Seorang lagi netizen mengatakan bahawa dia pernah mendengar kisah serupa, di mana seorang pensyarah menggagalkan teman lelaki pelajar dia kerana dia tak dapat perempuan itu.
I HEARD THIS STORY BEFOREEEE, dia tak failkan perempuan yang dia tak dapat tapi failkan bf perempuan tu wth i oso kenit brain
— . (@syazwanihanafii) October 28, 2020
Seorang lagi netizen mengatakan bahawa dia ‘menyesal’ kerana tidak melayan pensyarah dia kerana pensyarah terbabit menggagalkannya.
Sama goes to me. Almost failed. Student yg melayan dapat A. I yg tolak dia dapat C:’) then next semester jumpa dia lg utk subject lain. Dia ignore i teruk huhu. Smpai satu tahap, i menyesal tk layan dia demi A sbb i thu buat report pun tk function.
— Farihan with no eyelid (@farihan_jaffar) October 28, 2020
“Sama seperti saya. Hampir gagal. Pelajar lain yang melayan dapat A. Saya yang menolak dia, saya diberi ‘C’. Semester seterusnya saya jumpa dia lagi untuk subjek lain. Dia mengabaikan saya dengan teruk. Sampai satu tahap, saya menyesal tak layan dia demi A sebab saya tahu buat laporan pun tiada fungsi.”
Alahai… kesiannya.
Sekiranya anda seorang pelajar yang sedang menghadapi masalah ini, berikut adalah senarai langkah untuk membantu anda menangani keadaan ini.
- Bincangkan perkara ini (sekiranya anda sudah bersedia)
- Selain meluah kepada rakan yang dipercayai, anda boleh menggunakan khidmat kaunseling universiti kerana mereka mungkin dapat memberi nasihat dengan sebaik mungkin.
- Ketahui sumber di kampus anda
- Jangan takut untuk menghubungi dan meminta pertolongan. Rujuk laman web kampus anda untuk mendapatkan sumber universiti untuk mempertimbangkan meluah mengenai perkara ini. Sekiranya perlu, anda boleh merujuk kepada Pejabat Dekan universiti anda untuk tindakan lanjut.
- Jangan salahkan diri anda
- Apa sahaja yang dilakukan oleh pensyarah anda untuk melampaui batas, jangan salahkan diri sendiri. Anda adalah pelajar dan itu tidak memberi hak kepada pensyarah untuk menyalahgunakan kuasanya. Jangan berikan pensyarah anda untuk memanipulasi gred anda hanya kerana pensyarah tersebut tidak memperolehi kemahuannya.
Keep fighting for your rights. Dalam masa sama, anda boleh menyelamatkan pelajar seterusnya yang mungkin menjadi pelajar pensyarah tersebut pada penggal seterusnya jika anda mengambil langkah yang betul untuk mendekati masalah ini. Semoga segala urusan dipermudahkan untuk anda dan jangan takut untuk bersuara.