Ini hanyalah atas tujuan untuk menyebarkan pengetahuan umum sahaja dan dinasihatkan jangan sesekali buka darkweb.
Ketahui Sisi Gelap Laman Sesawang Iaitu Darkweb. Tahukah anda laman sesawang yang anda layari setiap hari adalah hanya sebahagian kecil sahaja daripada keseluruhan bahagian Internet? Laman sesawang ini bagaikan Iceberg yang besar dan hanya beberapa sahaja bahagian yang telah diterokai. Ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak tahu betapa bahayanya beberapa bahagian di laman sesawang.
Hari ini marilah kita sama-sama mengetahui lebih lanjut lagi tentang dark web iaitu merupakan sesuatu bahagian di laman sesawang yang mengerikan.

Tidak boleh kita masuk melalui browser biasa
Dark web ini tidak boleh kita masuk melalui browser biasa contoh macam Safari, Chrome, Firefox dan lain-lain. Kita perlu browser khas yang dipanggil sebagai TOR atau The Onion Router.
Fungsi browser ini adalah untuk mengalihkan data penggunanya pada networknya sendiri. Ini bermakna lebih banyak web yang disekat boleh diakses dan apabila anda menggunakan browser ini, maklumat anda akan tidak diketahui supaya tiada orang boleh trace anda.
Sesudahnya anda download dan install browser ini, maka anda boleh search apa-apa yang anda ingin search yang Google tidak nampak tapi TOR ini mampu tembus dari deep sampai ke dark web.

Dicipta oleh tentera laut Amerika
TOR ni sebenarnya dicipta oleh tentera laut Amerika sendiri dan kerajaan Amerika yang memberikan bantuan dana untuk TOR, dabn di situ sahaja kita boleh nampak macam mana kerajaan Amerika ini buat satu platform untuk masuk ke dalam dark web.
Walaupun ramai yang kata orang tidak boleh mengesan pengguna darkweb, tapi agensi risikan seperti NSA, FBI, CIA boleh mengesan anda. Mereka menggunakan satu software yang dikenali sebagai XKeyScore. Program ni dibuat khas untuk mencari data pengguna tertentu sekiranya pihak berkuasa tersebut ingin membuatnya, tanpa orang itu sendiri sedar yang mereka telah di intip apa yang mereka search dalam tempoh tertentu.
Secara halusnya dark web ini 500 kali ganda lebih besar daripada apa yang browser kita gunakan.

Aktiviti jual beli atau perniagaan haram
Sebagai contoh perkara yang ada dalam dark web ini ialah, aktiviti jual beli atau perniagaan haram seperti upah bunuh orang, jual organ, jual dadah dan yang paling orang tahu jual kotak misteri yang banyak di sharekan di Youtube. Di dark web ini juga ada web yang memaparkan pornografi kanak-kanak, tidak hairanlah kalau pedophile dapat video dari situ terutama dalam web Pedo Planet.
Dadah dan senjata pula antara benda yang paling popular dijual dalam dark web ini. Seorang lelaki yang bernama Ross Ulbricht tealh ditangkap kerana dia menjual dadah melalui dark web yang dikenali sebagai Silk Road.
Dia ditangkap pada tahun 2013 dan menjalani penjara seumur hidup. Dia mengguna username Dread Pirate Roberts dan kekayaan dia ketika itu dianggarkan sekitar 38 juta dollar hasil dari penjualan pelbagai jenis dadah pada website yang dia buat.
Bukan sekadar dadah sahaja yang ada di dark web ini, tetapi data anda juga ada. Sebagai contoh, orang yang menjual data kredit card untuk membuat credit card palsu, kebanyakan orang yang mencuri data ini dia letak benda tersebut dalam dark web untuk orang lain beli. Selain daripada itu, benda yang diharamkan pun ada, seperti buku konspirasi. Data yang diperolehi biasanya dijual serendah 100 dollar hingga mencecah 1200 dollar.

Perkhidmatan dari hacker untuk godam komputer universiti
Lebih tidak masuk akal,di sini juga ada perkhidmatan dari hacker untuk godam komputer universiti dan tukar markah peperiksaan. Jangan peliklah kalau ada orang yang berhutang puluh ribu dengan PTPTN tiba-tiba namanya bersih. Selain tu, terdapat juga service membuat fake degree.
Satu tempat yang bernama Red Room di darkweb ini merupakan tempat live untuk melihat orang kena bunuh, rogol atau diseksa hidup-hidup, Lebih teruk ada juga web yang keluarkan video haiwan seperti kucing dipijak sehingga mati.
Dalam satu kes bila Peter Scully ini membuat satu web dekat di darweb ini untuk menyeksa kanak-kanak, dia merupakan seorang pedo dan orang yang ingin melihat dia seksa kanak-kanak itu perlu membayar 10,000 dollar. Ada orang yang sanggup bayar semata-mata nak tengok orang lain kena seksa.
Kebanyakan urusan jual beli ini banyak yang tipu kerana ramai orang cepat percaya dengan servis yang dia tawarkan tu. Melalui kajian yang dibuat, pendapat seharian dekat dark web ni mampu mencecah 500 ribu dollar sehari.
Urus niaga dalam dark web ini tidak menggunakan cash tapi ianya menggunakan crypto currency seperti Bitcoin yang lebih efisien. Ini bermaksud, segala urus jual beli itu kita tidak tahu siapa yang kita bayar atau orang yang menjual barang daripada kita.

Risiko jika anda memasuki dark web ini amatlah tinggi
Risiko jika anda memasuki dark web ini amatlah tinggi kerana sekali dah masuk kita sebenarnya terdedah pada Malware, sekali klik link yang nampak macam menarik, malware itu akan masuk dan install sendiri tanpa kita mengetahuinya.
Malware tersebut akan baca setiap huruf yang kita taip dengan software keylogger. Setiap password, e-mail, no kad pengenalan, no kad debit dengan CCV, dan paling ngeri bila pengodam boleh tengok korang live melalui webcam laptop. Webcam laptop boleh nampak bila on sebab ada lampu kan, itu pun mereka boleh matikan jadi kita tidak tahu.
Jadi kalau korang nak masuk tempat gelap ni pastikan korang tahu apa yang korang buat dan faham sedalam dalamnya serta fikir banyak kali. Dark web lebih banyak keburukan dari kebaikan itu sebab browser dan internet service provider kita tapis untuk cegah kita terlibat dalam benda yang tidak elok.