• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Wanita Ini Kongsi Sikap Toleransi Antara Keluarga Kristian Dan Muslim Di Majlis Perkahwinan Di Beluran

Oleh
Ismail NA
21 Jun 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Best sangat kalau dapat tengok suasana macam ni!

Wanita Ini Kongsi Sikap Toleransi Antara Keluarga Kristian Dan Muslim Di Majlis Perkahwinan Di Beluran. Kalau anda berkahwin dengan orang di Sabah dan Sarawak, jangan terkejut jika keluarga terdekat suami atau isteri anda nanti adalah keluarga yang berlainan agama. Jangan bimbang, it’s totally normal gais!

Isi Isi Penting
  • Best sangat kalau dapat tengok suasana macam ni!
  • Sikap toleransi ini sebagai pendedahan kepada keluarga baharu
  • Akui orang Sabah skeptikal terima orang luar, tapi bukan sebab bangsa atau agama
  • Hubungan keluarga lebih utama daripada perbezaan agama
  • Sebelum ini, kami juga pernah berkongsikan tentang kisah seorang bapa berbangsa Iban yang sebak semasa memberi nasihat kepada menantunya meskipun berbeza agama. Baca lanjut di sini:

Kali ini, tular pula di laman Twitter tentang bagaimana sebuah keluarga berbilang agama di Beluran, Sabah menunjukkan nilai harmoni ini kepada keluarga baru mereka.

Wanita Ini Kongsi Sikap Toleransi Antara Keluarga Kristian Dan Muslim Di Majlis Perkahwinan Di Beluran
Sumber: Twitter @LinaKlasik

Sikap toleransi ini sebagai pendedahan kepada keluarga baharu

Menerusi sebuah ciapan pengguna, @LinaKlasik di laman Twitter, sepupu lelakinya yang beragama Kristian sengaja meletakkan keluarga Muslim mereka di bahagian depan gereja sebagai tanda bahawa keluarga pengantin adalah keluarga yang berbilang agama. Mereka yang pada asalnya hadir di majlis itu duduk di bahagian belakang dan kemudiannya dijemput ke bahagian hadapan bersama keluarga utama.

Pengantin perempuan yang merupakan ahli keluarga terdekat Lina merupakan seorang beragama Kristian, manakala keluarga Lina merupakan keluarga Muslim. Walau bagaimanapun, menurut Lina, hubungan kekeluargaan tidak sama sekali terhalang meskipun berbeza agama.

Perkara ini dibuktikan menerusi langkah yang diambil oleh sepupu beliau di majlis perkahwinan tersebut.

Wanita Ini Kongsi Sikap Toleransi Antara Keluarga Kristian Dan Muslim Di Majlis Perkahwinan Di Beluran
Wanita Ini Kongsi Sikap Toleransi Antara Keluarga Kristian Dan Muslim Di Majlis Perkahwinan Di Beluran. Sumber: Twitter @LinaKlasik

Akui orang Sabah skeptikal terima orang luar, tapi bukan sebab bangsa atau agama

Ujarnya lagi, tidak dinafikan bahawa masyarakat di Sabah bersikap skeptikal sekiranya ada ahli keluarganya yang ingin berkahwin dengan orang Semenanjung. Hal itu bukanlah kerana kaum atau agama, tetapi disebabkan perbezaan budaya yang besar. Mereka juga bimbang jikalau keluarga baharu ini tidak dapat menyesuaikan diri dengan adat yang banyak di Sabah kerana terdapat sesetengah orang yang tidak dapat beradaptasi.

Oleh yang demikian, bagi membolehkan keluarga baharu iaitu pasangan yang berasal dari jauh ini tidak berasa janggal, langkah yang pertama perlu dilakukan adalah dengan mengenali ahli keluarga terlebih dahulu.

Wanita Ini Kongsi Sikap Toleransi Antara Keluarga Kristian Dan Muslim Di Majlis Perkahwinan Di Beluran
Sumber: Twitter @LinaKlasik

Itulah yang dilakukan oleh ahli keluarga Lina yang berbilang agama ini. Meskipun perkahwinan dijalankan di sebuah gereja Katolik di Beluran, langkah toleransi ini diambil oleh keluarga pengantin bagi memberi pendedahan tentang hubungan kekeluargaan berbilang agama kepada pasangan pengantin yang merupakan seorang Punjabi dari Perak.

Hubungan keluarga lebih utama daripada perbezaan agama

Dalam masa yang sama, mereka ingin keluarga baru mereka mengerti bahawa hubungan kekeluargaan yang erat adalah penting bagi mereka berbanding perbezaan agama yang dianuti masing-masing.

Tambah Lina lagi, suasana ini adalah pemandangan yang lazim di Sabah.

Memang best sangat tengok perkahwinan yang dihadiri oleh pelbagai latar belakang macam ni, kan? Sikap toleransi bukan sahaja ditunjukkan oleh keluarga sepupu Lina, tetapi juga keluarga Lina yang beragama Islam dengan menghadiri majlis perkahwinan ini meskipun diadakan di gereja.

Adakah anda pernah menghadiri majlis perkahwinan berbilang agama seperti yang dihadiri oleh Lina ini? Kongsikan pengalaman anda di laman komen!

Sebelum ini, kami juga pernah berkongsikan tentang kisah seorang bapa berbangsa Iban yang sebak semasa memberi nasihat kepada menantunya meskipun berbeza agama. Baca lanjut di sini:

SUMBER :Twitter @LinaKlasik
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gelagat Kancil Lawan Arus Depan Jalan Salcra Samarahan Undang Sindiran Netizen
Next Article Rangkul 19 Pingat, Atlet Gusti Lengan Sarawak Cemerlang Di Asia Armwrestling Championship 2022 Rangkul 19 Pingat, Atlet Gusti Lengan Sarawak Cemerlang Di Asia Armwrestling Championship 2022

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?