• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Geng Dadah Di Brazil Ditahan Polis, Anjing Pengawal Turut Serah Diri

Oleh
ILB - AI
30 Julai 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Anjing pengawal dan sekumpulan geng dadah tumpas

Geng Dadah Di Brazil Ditahan Polis, Anjing Pengawal Turut Serah Diri. Lapor Metro, pihak berkuasa Brazil berjaya merampas sebanyak 1,176 blok bata yang mengandungi 1.1 tan ganja dari sebuah geng dadah di Hortolandia, Sao Paolo Brazil.

Serbuan itu turut dirakam tetapi yang membuatkan video tersebut menjadi viral adalah kerana anjing pengawal geng dadah berkenaan!

Rakaman klip video tersebut menunjukkan polis menahan tiga orang lelaki di sebuah ladang dan anjing pengawal itu dilihat berbaring umpama menyerahkan diri bersama pemiliknya sekali. Amboi!

Geng Dadah Di Brazil Ditahan Polis, Anjing Pengawal Turut Serah Diri
Geng Dadah Di Brazil Ditahan Polis, Anjing Pengawal Turut Serah Diri

Pandai-pandai pula surrender diri!

Dalam video serbuan polis itu, menunjukkan ketiga-tiga suspek dalam keadaan tertiarap di atas lantai dengan tangan bergari di belakang.

Jelas dapat dilihat seekor anjing baka Rottweiler kepunyaan suspek juga memutuskan untuk menyerah diri selepas tumpas dan lebih rela untuk mematuhi arahan pegawai polis disitu. Anda boleh lihat video tersebut di bawah:

Dipantau oleh polis sebelum serbuan dibuat

Menurut Polis Jabatan Narkotik, kesemua dadah itu telah dihantar ke sebuah rumah di Hortolandia dari campo Grande, negeri Mato Grosso do Sul.

Geng Dadah Di Brazil Ditahan Polis, Anjing Pengawal Turut Serah Diri
Dadah yang dirampas dari serbuan tersebut. Kredit foto: Metro
Geng Dadah Di Brazil Ditahan Polis, Anjing Pengawal Turut Serah Diri
Tempat kejadian selepas serbuan. Kredit foto: Metro

Namun polis Brazil telah memantau premis mereka dan bertindak menyerbu masuk apabila berlaku penghantaran dadah disitu.

Manakala anjing yang tidak bersalah itu telah dilepaskan bersama seorang wanita yang memiliki tanah di sekitar premis itu kerana tidak terlibat dalam pengedaran dadah.

Walaupun anjing rottweiler ini dianggap sebagai salah satu baka paling berbahaya disebabkan tubuhnya yang tegap dan patuh arahan tuannya, namun anjing ini dikatakan salah satu baka yang jinak dan juga peramah.

Lagi di sini:

SUMBER :Metro.Uk
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 'Kantoi' Tanam 34 Pokok Ganja Dalam Kebun Sayur Di Sibu ‘Kantoi’ Tanam 34 Pokok Ganja Dalam Kebun Sayur, 5 Individu Ini Ditahan Di Sibu
Next Article Iron Man Buat Kemunculan Di Sabah, Berjaya Tawan Puncak Gunung Kinabalu Iron Man Buat Kemunculan Di Sabah, Berjaya Tawan Puncak Gunung Kinabalu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?