• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Mengandungi Toksin? Gula-Gula Skittles Dilaporkan Penyebab Kanser

Oleh
ILB - AI
22 Julai 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Pengambilan gula-gula berwarna membawa kesan sampingan buruk kepada kesihatan manusia

Mengandungi Toksin? Gula-Gula Skittles Dilaporkan Penyebab Kanser. Kalau masuk ke dalam kedai, mesti ada yang ternampak gula-gula berwarna-warni macam ni kan?

Gula-gula Skittles yang dikenali dengan slogan “Taste The Rainbow” disebabkan warnanya yang pelbagai, tanpa kita ketahui mengandungi toksin yang dipanggil titanium dioksida menjadikannya ‘tidak sesuai untuk dimakan’.

Mengandungi Toksin? Gula-Gula Skittles Dilaporkan Penyebab Kanser
Mengandungi Toksin? Gula-Gula Skittles Dilaporkan Penyebab Kanser. Kredit: The Washington Post

Lapor Metro, seorang penduduk California Jenile Thames telah memfailkan saman terhadap syarikat Mars dan mendakwa produk tersebut mengandungi tahap titanium dioksida yang tidak selamat dan mungkin menyebabkan genetoksisiti, kerosakan DNA yang kebarangkalian menyebabkan kanser.

Thames turut mendakwa syarikat makanan ringan tersebut juga gagal memberi amaran secukupnya kepada pelanggan mengenai kandungan bahan kimia itu serta didakwa melakukan penipuan dan kegagalan untuk bertindak.

Skittles mengandungi bahan berbahaya yang dipanggil titanium dioksida

Titanium dioksida atau Ti02 adalah sejenis bahan pewarna yang digunakan untuk menjadikan makanan lebih menarik dan merangsang selera makanan serta terdapat dalam barangan seperti lilin, ubat gigi dan cat.

Bahan ini telah dibenarkan oleh Code of Federal Regulations (FDA) untuk digunakan dalam item makanan, tetapi pada kadar 1% daripada berat makanan.

This ingredient has just been banned from food in Europe: Scientists at the European Food Safety Authority (EFSA) believe Titanium Dioxide is not safe to eat based on their review of hundreds of scientific studies showing that it has genotoxic effects. pic.twitter.com/YPPBQOaCBW

— Vani Hari (@thefoodbabe) March 12, 2022
Sumber: Twitter @thefoodbabe

Penggunaan bahan Ti02 itu telah diharamkan oleh penggubal undang-undang Eropah pada Mac lalu dan akan berkuatkuasa bermula Ogos 2022.

Mengandungi Toksin? Gula-Gula Skittles Dilaporkan Penyebab Kanser
Syarikat Makanan Ringan Mars. Kredit: FoodBev Media

Sebelum ini, Syarikat Mars menyatakan bahawa pihaknya akan menghapuskan semua pewarna buatan dalam tempoh lima tahun namun tuntutan mahkamah mendakwa syarikat itu gagal mematuhi janji tersebut.

Syarikat Mars menjawab tuntutan saman itu dengan memaklumkan bahawa Skittles yang dihasilkan mematuhi semua peraturan dibawah FDA Amerika Syarikat.

Jadi, buat anda yang gemar makanan ringan yang mengandungi pewarna buatan. Berpada-pada lah ya, jangan lupa semak apa kandungan yang terdapat dalam makanan ringan kegemaran anda 🧐.

Kesesakan lalulintas pun boleh memberi kesan pada kesihatan kita. Baca artikel di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali Jombola, Gabungan Sukan Badminton, Tenis Dan Pingpong Yang Menyeronokkan
Next Article Arca Rentap Pakai Baju Macam Hang Tuah? Teguran Netizen Disambut Baik Pihak Muzium

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?