• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Kini Menyerang 75 Buah Negara, WHO Isytihar Cacar Monyet Sebagai Kecemasan Global

Oleh
ILB - AI
24 Julai 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Lebih 16,000 Kes Cacar Monyet-WHO Mengisytiharkan Kecemasan Global

Situasi ini agak luar biasa.

Kini Menyerang 75 Buah Negara, WHO Isytihar Cacar Monyet Sebagai Kecemasan Global. Ketua Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) berkata wabak cacar monyet atau monkeypox yang telah merebak ke lebih 75 buah negara ini adalah situasi ‘luar biasa’ yang kini seharusnya diisytiharkan sebagai kecemasan global.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus membuat keputusan mengeluarkan pengisytiharan itu walaupun kekurangan konsensus dalam kalangan pakar yang berkhidmat dalam jawatankuasa agensi kesihatan PBB itu.

Kini Menyerang 75 Buah Negara, WHO Isytihar Cacar Monyet Sebagai Kecemasan Global
Kini Menyerang 75 Buah Negara, WHO Isytihar Cacar Monyet Sebagai Kecemasan Global. Kredit: mstar

Kita ada satu penularan baharu yang telah merebak ke seluruh dunia dengan begitu pantas melalui mod transmisi. Mod baharu ini tidak kita ketahui dengan begitu mendalam dan kriteria mana yang ada dalam peraturan kesihatan antarabangsa,”

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus

Wabak cacar monyet sebelum ini hanya berada di kawasan tengah dan barat Afrika

Wabak cacar monyet ini telah merebak di bahagian tengah dan barat Afrika selama beberapa dekad, namun ia tidak diketahui akan mencetuskan wabak besar di luar benua itu, atau merebak secara meluas di kalangan orang.

Tetapi pada bulan Mei pihak berkuasa telah mengesan banyak penularan wabak di Eropah, Amerika Utara dan tempat lain – dengan kes kini melepasi 2,000 di UK.

Lebih daripada 2,500 kes telah direkodkan di Amerika Syarikat, dan negara itu telah mengesahkan dua kes pertama dalam kalangan kanak-kanak.

Pada bulan lalu, jawatankuasa pakar WHO berkata wabak cacar monyet di seluruh dunia belum lagi dianggap sebagai kecemasan global, tetapi barisan panel mula bersidang minggu ini untuk menilai semula keadaan yang semakin teruk ini.

Sehingga kini, kematian akibat cacar monyet hanya dilaporkan di Afrika, di mana varian virus yang lebih berbahaya sedang merebak terutamanya di Nigeria dan Congo.

Kes cacar monyet berpunca dari hubungan seks sejenis

Pakar cacar monyet terkemuka WHO, Dr. Rosamund Lewis berkata bahawa 99% daripada semua kes cacar monyet di luar Afrika adalah pada lelaki dan daripada itu, 98% melibatkan lelaki yang yang melakukan hubungan seks sesama jenis.

Kini Menyerang 75 Buah Negara, WHO Isytihar Cacar Monyet Sebagai Kecemasan Global
Contoh cacar monyet atau monkeypox. Kredit: Metro

Ahli pakar juga mengesyaki wabak cacar monyet di Eropah dan Amerika Utara disebarkan melalui hubungan seks di Pesta Rave di Belgium dan Sepanyol.

Dr. Placide Mbala, pakar virologi yang mengetuai jabatan kesihatan global di Institut Penyelidikan Bioperubatan Kebangsaan Congo berkata beliau berharap agar sebarang usaha global untuk menghentikan wabak cacar monyet ini adalah adil dan saksama.

Ini kerana negara termasuk Britain, Kanada, Jerman dan Amerika Syarikat telah memesan berjuta-juta dos vaksin, tetapi tiada usaha yang sama dihantar ke Afrika.

Vaksinasi di negara Barat akan menghentikan penularan di sana, tetapi kes masih tetap akan wujud di Afrika,”

Pakar virologi, Dr. Placide Mbala
Kini Menyerang 75 Buah Negara, WHO Isytihar Cacar Monyet Sebagai Kecemasan Global
Kredit: BBC

Jadi, berharap sangatlah agar wabak cacar monyet ini tidak merebak dan memudaratkan manusia seperti wabak Covid-19 yang telah memakan sejumlah besar nyawa penduduk di dunia ini.

Sebelum ini juga, kami pernah menerbitkan sebuah artikel tentang simptom-simptom penyakit cacar air ini:

SUMBER :Metro UK
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article ‘Rasa Macam Nesquik’- Minah Salleh Terkejut Milo Malaysia Tak Sesedap Milo Australia
Next Article ‘Saya Dah Jadi Jutawan!’ Pemandu Lori Dari Sri Aman Menang Jackpot RM 9.38 Juta

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?