• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Gerai Durian Goreng Di Premier 101 Kuching Ini Pasti Buat Anda Ketagih

Oleh
Ismail NA
10 Disember 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Belum cuba, belum tahu!

Gerai Durian Goreng Di Premier 101 Kuching Ini Pasti Buat Anda Ketagih. Pertama kali dengar mesti rasa agak janggal, kan? Durian boleh goreng ke? Mestilah boleh sampai ada yang jual!

Durian goreng bukanlah sesuatu yang biasa didengari, tapi anda tidak harus ‘judge the book by its cover’ dulu. Di Kuching, terdapat sebuah gerai yang menawarkan durian goreng ini. Bertempat di Foodcourt Premier 101, Kuching, gerai durian goreng ini dikatakan begitu laris sehingga kewujudannya tidak sempat diketahui ramai orang.

Gerai Durian Goreng Di Premier 101 Kuching Ini Pasti Buat Anda Ketagih
Gerai Durian Goreng Di Premier 101 Kuching Ini Pasti Buat Anda Ketagih. Sumber: FB 101FriedDurian

Rangup di luar, lemak berkrim di dalam

Gerai yang diberi nama 101FriedDurian ini menawarkan rasa durian goreng yang lazat dan nikmat.

Proses pembuatan durian goreng di Premier 101 ini sama seperti pisang goreng dan semestinya menggunakan isi durian D24 yang empuk dan manis. Setelah diolah dalam adunan bater, durian goreng tersebut kemudian digoreng dengan minyak panas sehingga menghasilkan tekstur yang rangup dan kulit yang garing.

Gerai Durian Goreng Di Premier 101 Kuching Ini Pasti Buat Anda Ketagih
Sumber: FB 101FriedDurian
Gerai Durian Goreng Di Premier 101 Kuching Ini Pasti Buat Anda Ketagih
Sumber: FB 101FriedDurian

Selain daripada durian goreng, gerai ini turut menawarkan durian crepe, bungkusan lempeng berwarna kuning yang berinti krim dan isi durian sebenar.

Gerai Durian Goreng Di Premier 101 Kuching Ini Pasti Buat Anda Ketagih
Sumber: FB 101FriedDurian

Buat tempahan awal untuk mengelakkan pembaziran

Bagi mengelakkan pembaziran, para pembeli dinasihatkan untuk membuat tempahan awal melalui aplikasi WhatsApp dan mengambilnya sendiri di gerai setelah ianya siap digoreng dan dibungkus. Walau bagaimanapun, anda semestinya juga boleh mengunjungi gerai mereka di Premier 101.

Gerai Durian Goreng Di Premier 101 Kuching Ini Pasti Buat Anda Ketagih
Sumber: FB 101FriedDurian

Namun, kami nasihatkan anda untuk bergerak awal ke sini kerana durian goreng ini dikatakan laku keras dan selalu habis sebelum tutup waktu operasi. Anda boleh membuat tempahan awal melalui pautan ini: https://wa.me/60143911841

Waktu operasi gerai 101FriedDurian ini adalah seperti berikut:

Isnin hingga Khamis: 6.30pm – 7.30pm

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum: 5.30 pm – 7.15 pm

Jumaat: Tutup

Untuk maklumat lanjut tentang waktu operasi dan perkembangan terkini gerai durian goreng 101FriedDurian ini, anda juga boleh mengikuti mereka di Facebook 101FriedDurian.

Kalau anda berada di Kuching dan ingin mencuba sesuatu yang berlainan, anda pastinya harus singgah ke gerai durian goreng ini!

Nak makan mi kolok sedap di Kuching? Cuba pergi ke sini: Apo’s Noodle, Pilihan Terbaharu Mi Kolok Dan Mi Kampua Sedap Di Kuching

SUMBER :FB 101FriedDurian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berlanang – Tradisi Berbalas Pantun Sambil Mendayung Kaum Melayu Sarawak
Next Article Ini Cerita Bagaimana Seekor Kucing Membuatkan Pasukan Bolasepak Brazil Menangis

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?