I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Reading: Berlanang – Tradisi Berbalas Pantun Sambil Mendayung Kaum Melayu Sarawak
Font ResizerAa
I Love Borneo I Love Borneo
Font ResizerAa
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Berlanang – Tradisi Berbalas Pantun Sambil Mendayung Kaum Melayu Sarawak

Oleh Nur Afifah 10 Disember 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Tradisi Masyarakat Melayu Sarawak Zaman Mensia Marek

Berlanang – Tradisi Berbalas Pantun Sambil Mendayung Kaum Melayu Sarawak. Masyarakat Melayu Sarawak terkenal dengan adat tradisi berbalas pantun. Tradisi ini diolah dalam bentuk persembahan bersama elemen tarian (tandak) dan muzik seperti bermukun, nopeng atau bergendang.

Namun begitu, tahukah anda bahawa selain daripada bergendang atau bermukun, masyarakat Melayu Sarawak juga mempunyai satu lagi tradisi berbalas pantun iaitu berlanang?

Persembahan ‘berlanang’ berasal daripada kegiatan penduduk

Tradisi berlanang ini merupakan satu jenis persembahan berbalas pantun dalam bentuk perbuatan mendayung. Semasa persembahan berlanang ini dilakukan, sebuah perahu akan digunakan dan dinaiki oleh para pendayung sambil mereka berbalas pantun dengan iringan bunyi pukulan dayung. Tradisi berlanang ini masih diamalkan oleh masyarakat Melayu Sarawak yang tinggal di sekitar kawasan Kota Samarahan.

Artikel Lain

Kerang Beracun Paras Bahaya Di Teluk Likas Sabah, Orang Ramai Dilarang Kutip Dan Makan
Kenali Gajah Asia Satu-Satunya Spesies Yang Ada Di Borneo
Kenali Gajah Asia Satu-Satunya Spesies Yang Ada Di Borneo
Kes Buang Bayi Di Semariang, Gadis 14 Tahun Diperintah Berkelakuan Baik Selama 6 Bulan
Kes Buang Bayi Di Semariang, Gadis 14 Tahun Diperintah Berkelakuan Baik Selama 6 Bulan
Tradisi berlanang kaum Melayu Sarawak. Sumber: FB Menarik di Samarahan

Untuk makluman juga, ia sebenarnya berasal daripada kegiatan seharian penduduk pada zaman dahulu yang menggunakan perahu dan mendayung untuk menangkap ikan atau turun ke sawah. Maklumlah, pada zaman dahulu, tiada hiburan seperti di radio, media sosial mahu pun telefon bimbit. Jadi, inilah aktiviti yang dilakukan bagi menghilangkan rasa penat mendayung.

Aktiviti berbalas pantun sampaikan mesej pedoman hidup

Berlanang - Tradisi Berbalas Pantun Sambil Mendayung Kaum Melayu Sarawak
Aktiviti bergendang sambil berbalas pantun. Pendendang pantun dipanggil Seh Gendang. Kredit : shikinshapiee.blogspot.com

Jika diperhatikan, amalan berbalas pantun ini merupakan salah satu cara masyarakat pada zaman dahulu untuk menyampaikan mesej atau pesanan kepada generasi masyarakat dalam nada yang lebih enak untuk didengar. Sopan tetapi membawa makna yang jelas untuk diungkap. Kebanyakan bait pantun pasti menyelitkan nilai-nilai murni serta pengajaran untuk pedoman hidup.

Kebolehan berpantun petanda otak kreatif dan kritis

Berlanang - Tradisi Berbalas Pantun Sambil Mendayung Kaum Melayu Sarawak
Aktiviti bermukun diiringi oleh pemain gendang, pemain biola dan akordion. Kredit : gendangsiney.blogspot,com

Kebolehan seseorang individu membalas pantun dengan pantas juga menandakan bahawa seseorang itu mempunyai pemikiran yang kreatif dan kritis. Bayangkan, setiap rangkap pantun terdiri daripada beberapa patah perkataan ringkas yang membawa mesej yang sama seperti mesej yang dikarang dalam ayat penuh untuk satu perenggan. Kebolehan mengolah pantun dengan pengetahuan kosa kata yang meluas merupakan satu manfaat yang diperolehi hasil daripada aktiviti berbalas pantun seperti yang dilakukan dalam tradisi berlanang, bermukun mahupun bergendang. Serta merta pula tu membalas pantun. Memang hebat lah!

Sayangnya, tradisi sebegini tidak begitu diminati oleh generasi muda kerana terdapat sumber hiburan yang lebih menepati selera dan halwa telinga mereka. Mungkin ada yang berminat untuk menyaksikan tradisi ini dan menghayatinya namun anak muda yang mahu belajar dan meneruskan tradisi ini boleh dihitung menggunakan jari.

Adakah ini kali pertama anda mendengar tentang tradisi berlanang? Jika anda mempunyai sebarang pendapat tentang tradisi ini, sila kongsikan di ruangan komen.

Baca juga adat menarik kaum Melayu Sarawak seperti ini: Kenali Nasi Temuan, Adat Perkahwinan Melayu Sarawak Yang Mendebarkan Pengantin

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Gambar Perbualan MUA & Pelanggan, Netizen Kesal Lihat Respon Biadap Pelanggan
Next Article CAROcafe Kota Kinabalu, Cafe Minimalis Dengan Menu 'Comfort Food' Yang Anda Wajib Cuba CAROcafe Kota Kinabalu, Cafe Minimalis Dengan Menu ‘Comfort Food’ Yang Anda Wajib Cuba

Advertorial

TEGAS Fundraising Accelerator 2023 Ajar Startup Kumpul Dana Dengan Berkesan
#innovatesarawak
McDonald Malaysia Beri Peluang Anak Yatim Rasai Sambutan Meriah Hari Jadi Sepanjang Oktober
Berita Malaysia
Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?