• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Atlet SUKMA Prospek Pingat Sarawak Meninggal Dunia Di Usia 19 Tahun

Oleh
ILB - AI
24 Jun 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Atlet SUKMA Prospek Pingat Sarawak Meninggal Dunia Di Usia 19 Tahun

Takziah diucapkan kepada keluarga mendiang

Atlet SUKMA Prospek Pingat Sarawak Meninggal Dunia Di Usia 19 Tahun. Dukacita dimaklumkan bahawa atlet Sukma Sarawak, Stephanie Sim Shu Ming, telah meninggal dunia.

Mendiang dilaporkan meninggal dunia akibat strok pada 19 Jun lalu di Hospital Umum Sarawak.

Atlet SUKMA Prospek Pingat Sarawak Meninggal Dunia Di Usia 19 Tahun

Disenaraikan sebagai harapan pasukan untuk meraihkan pingat

Menurut laporan, mendiang merupakan atlet menembak Sarawak dan prospek pingat Sarawak dalam acara menembak.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata beliau terkejut dengan kematian Stephanie.

Mendiang Stephanie merupakan prospek pingat pasukan Sarawak untuk Sukma akan datang.

Ini kejadian yang sangat mengejutkan. Saya tidak pernah menyangka seorang atlet muda pada usia 19 tahun (meninggal dunia). Mendiang adalah prospek pingat kami dalam acara menembak pada Sukma akan datang.”

katanya.

Tambahnya lagi, usia mendiang yang sangat muda mengejutkannya.

Apa yang mengejutkan saya adalah mendiang baru berusia 19 tahun. Saya benar-benar terkejut tetapi Tuhan lebih menyayanginya. Ia adalah satu perkara yang sangat tragis dan menyedihkan bagi kami di kementerian yang kehilangan seorang atlet yang berwibawa.”

ujarnya.

Sebelum meninggal dunia, mendiang Stephanie telah pun disenaraikan dalam acara Sukma akan datang bagi kategori 10m pistol udara individu, berpasukan dan berpasukan campuran serta 25m pistol wanita individu, berpasukan dan berpasukan campuran untuk pasukan Sukma negeri.

Mendiang Stephanie meninggal dunia pada usia 19 tahun dan sudah disemadikan di Taman Peringatan Nirvana di Bau pada hari ini (24 Jun).

Takziah diucapkan kepada keluarga mendiang dan semoga mereka diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan ini.

Lagi di sini:

SUMBER :THE STAR
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rasa Asli Dan Padu, Gerai Pasembur Dan Rojak Campur Di Samarahan Ini Buatkan Anda Rasa Macam Di Penang Gerai Pasembur Dan Rojak Campur Di Samarahan Ini Buatkan Anda Rasa Macam Di Penang!
Next Article Berita Baik Buat Penggemar Sushi! Sushi King Kini Buka Kiosk Di Lower Ground Vivacity

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?