• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Saksikan Pementasan Teater ‘Aum Romude’ Di Balai Budaya DBP Kuching

Oleh
Ismail NA
24 Jun 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Lamak sik nangga teater. Jum!

Saksikan Pementasan Teater ‘Aum Romude’ Di Balai Budaya DBP Kuching. Kalau tengok wayang, boleh tangguh lagi sebab masih ada tayangan esok lusa. Tapi kalau persembahan teater, kena tengok hari itu juga.

Jum orang Kuching, ramai-ramai kita meriahkan pementasan teater yang bertajuk ‘Aum Romude’ yang akan diadakan secara langsung di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuching malam ini!

Saksikan Pementasan Teater 'Aum Romude' Di Balai Budaya DBP Kuching
Saksikan Pementasan Teater ‘Aum Romude’ Di Balai Budaya DBP Kuching. Kredit: FB Jaafar Hamdan

Untuk pengetahuan anda, teater ini adalah sebuah pementasan yang merupakan salah sebuah pengisian untuk Karnival Intelek bersempena dengan Sambutan 45 Tahun DBP Cawangan Sarawak.

Mengisahkan tentang misi sekumpulan adiwira menyelamatkan negeri daripada petualang asing

Teater arahan dan skrip garapan Jaafar Hamdan ini mengisahkan tentang misi sekumpulan adiwira untuk menyelamatkan negeri Gapura di bawah gunung daripada petualang asing yang menceroboh maruah negeri setelah rajanya dibunuh.

Teater ini menyerlahkan erti perjuangan dan peperangan dan mengajak para penonton untuk mentafsir sendiri makna di sebalik setiap tindakan yang diambil oleh watak-watak yang membawakan karakter adiwira yang cuba menyelamatkan negeri mereka.

“Aum Romude” merupakan ngauman adiwira terhadap perjuangan membela maruah diri. Namun, dalam setiap perjuangan, memerlukan tindak berdasarkan fikir yang bersih jernih. Bukan melulu dan mengelirukan. Maka, “Aum Romude” hanya suatu tamsilan melalui gesa dialog, nyanyian dan canda untuk mengajak masyarakat berfikir tentang pencarian sebenar makna mulus yang bernama perjuangan,”

Sinopsis teater Aum Romude
Setelah

Dibintangi oleh hampir kesemua warga kerja DBP Sarawak

Teater ini dibintang oleh Sahilla sebagai Nenek Kebayan, Saripah Radiah sebagai Lehot, Intan sebagai Puteri, Chiew sebagai Apoi, Wahab sebagai Tok Pembesar, Mazlan sebagai Mat Kilat, Faizal sebagai Panglima, Haziq sebagai Sigat, Jamshari sebagai Pelita Alam, Faiqah sebagai Dayang Layu, Awang Nasrizan sebagai Jin dan Lydia sebagai Indu.

Lebih menarik, hampir kesemua pelakon yang terlibat dalam pementasan teater ini merupakan warga kerja DBP Sarawak sendiri serta disokong oleh beberapa pelakon yang bernaung di bawah Majlis Seni Sarawak.

Anda boleh menyaksikan sendiri teater istimewa ini malam ini (24 Jun 2022), Jumaat jam 8.00 malam di Balai Budaya DBP Cawangan Sarawak, Petrajaya, Kuching. Jom kita pergi beramai-ramai!

Lagi acara menarik yang boleh anda masukkan dalam kalendar aktiviti anda:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Guru Sekolah Asrama Penuh Di Kuching Diperintah Bela Diri, Didakwa Laku Amang Seksual Terhadap Pelajar
Next Article Rasa Asli Dan Padu, Gerai Pasembur Dan Rojak Campur Di Samarahan Ini Buatkan Anda Rasa Macam Di Penang Gerai Pasembur Dan Rojak Campur Di Samarahan Ini Buatkan Anda Rasa Macam Di Penang!

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?