• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gigih Besarkan Cucu Ikut Ajaran Islam, Netizen Kagum Sikap Terpuji ‘Inik’ Dari Sibu Ini

Oleh
Aina Musa
23 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Gigih Besarkan Cucu Ikut Ajaran Islam, Netizen Kagum Sikap Terpuji 'Inik' Dari Sibu Ini.

Gigih hantar cucu dalami ajaran Islam

Gigih besarkan Cucu Ikut Ajaran Islam, Netizen Kagum Sikap Terpuji ‘Inik’ Dari Sibu Ini. Ibarat kasih tiada sempadan, begitulah ungkapan yang boleh diungkapkan kepada seorang nenek yang menjaga cucunya dengan penuh ikhlas dan perhatian.

Gigih Besarkan Cucu Ikut Ajaran Islam, Netizen Kagum Sikap Terpuji 'Inik' Dari Sibu Ini.
Gigih Besarkan Cucu Ikut Ajaran Islam, Netizen Kagum Sikap Terpuji ‘Inik’ Dari Sibu Ini. Sumber: Fadlullah Abdullah

Difahamkan, wanita dari Sibu itu bersungguh-sungguh memastikan cucu yang dijaganya dari kecil itu mendapat ajaran Islam yang sempurna walaupun mengetahui dirinya berbeza pegangan agama dengan cucunya itu.

Kisah seperti ini sering dilihat di Sarawak

Kisah menarik itu telah dikongsi oleh individu bernama Fadlullah Abdullah menerusi Facebook miliknya baru-baru ini. Perkongsian itu mendapat perhatian ramai kerana rata-rata netizen kagum dengan kegigihan wanita itu membesarkan cucunya walaupun berbeza agama.

Gigih Besarkan Cucu Ikut Ajaran Islam, Netizen Kagum Sikap Terpuji 'Inik' Dari Sibu Ini.
Sumber: Fadlullah Abdullah

Namun, niat asal pengguna Facebook itu untuk berkongsi kisah tersebut bukanlah untuk meraih ‘populariti’ tetapi sekadar untuk berkongsi salah satu keunikan di Sarawak.

Menerusi kapsyen yang ditulis juga, beliau menyifatkan kisah itu bukanlah sesuatu yang rare namun dianggap biasa di bumi kenyalang ini.

Tambahnya, beliau telah pun berhadapan dengan pengalaman seperti itu beberapa kali dalam hidup beliau lebih-lebih lagi beliau berkhidmat dengan sebagai kaki tangan Baitulmal Sarawak.

Terima reaksi positif daripada netizen

Tidak dinafikan perkongsian itu telah mendapat pujian daripada netizen lebih-lebih lagi apabila orang ramai kagum dan teruja melihat kesungguhan dan kegigihan wanita itu membesarkan cucunya yang berlainan kepercayaan.

Gigih Besarkan Cucu Ikut Ajaran Islam, Netizen Kagum Sikap Terpuji 'Inik' Dari Sibu Ini.
Sumber: Fadlullah Abdullah
Gigih Besarkan Cucu Ikut Ajaran Islam, Netizen Kagum Sikap Terpuji 'Inik' Dari Sibu Ini.
Sumber: Fadlullah Abdullah

Bukan itu sahaja, ada yang berpandangan wanita ini selayaknya mendapat anugerah daripada pihak berkuasa memandangkan sumbangannya mampu dijadikan contoh kepada orang ramai.

Gigih Besarkan Cucu Ikut Ajaran Islam, Netizen Kagum Sikap Terpuji 'Inik' Dari Sibu Ini.
Sumber: Fadlullah Abdullah
Gigih Besarkan Cucu Ikut Ajaran Islam, Netizen Kagum Sikap Terpuji 'Inik' Dari Sibu Ini.
Sumber: Fadlullah Abdullah

Lagi di sini perkara menarik di Sarawak buat anda:

[VIDEO] Kagum Dengan Adab Anak Sarawak, Wanita Ini Beri Pujian Tak Henti-Henti
Kagum Lihat Pembangunan Di Sarawak, Lelaki Semenanjung Puji Kuching Bandar Paling Bersih
SUMBER :Fadlullah Abdullah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bagaimana Kuching Mendapat Nama, Netizen Teruja Dengar Penjelasan 'Tour Guide' Ini Bagaimana Kuching Mendapat Nama, Netizen Teruja Dengar Penjelasan ‘Tour Guide’ Ini
Next Article Ini Langkah Mudah Mohon Bantuan Ibu Bersalin Sarawak Bernilai RM 450 Ini Langkah Mudah Mohon Bantuan Ibu Bersalin Sarawak Bernilai RM450

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?