• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Langkah Mudah Mohon Bantuan Ibu Bersalin Sarawak Bernilai RM450

Oleh
Nazihah AN
23 Oktober 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Ini Langkah Mudah Mohon Bantuan Ibu Bersalin Sarawak Bernilai RM 450

Khas buat wanita yang bakal menjadi ibu, ini berita baik untuk anda!

Ini Langkah Mudah Mohon Bantuan Ibu Bersalin Sarawak Bernilai RM450. Ramai yang tidak mengetahui Bantuan Ibu Bersalin (BIB) ini masih lagi diteruskan bagi tahun ini (2022) untuk pemohon yang layak. 

Dalam artikel ini kami akan berkongsi syarat, dokumen yang anda perlu sediakan dan cara-cara untuk anda memohon inisiatif yang telah di berikan oleh kerajaan Sarawak. Teruskan membaca artikel di bawah!

Ini Langkah Mudah Mohon Bantuan Ibu Bersalin Sarawak Bernilai RM450
Ini Langkah Mudah Mohon Bantuan Ibu Bersalin Sarawak Bernilai RM450. Gambar sekadar hiasan.

Pemberian itu memenuhi keperluan ibu seperti penjagaan selepas bersalin dalam tempoh berpantang.

Kerajaan Sarawak telah memulakan inisiatif Bantuan Ibu Bersalin sejak tahun 2020 lagi. Bantuan tersebut berbentuk kewangan sebanyak RM450 bakal diberikan kepada setiap ibu (tidak kira bangsa dan agama atau status ekonomi) yang bersalin di Sarawak.

Berikut ialah syarat permohonan bagi bantuan ibu bersalin di Sarawak:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Ibu memegang kad pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection);
  3. Kelahiran berlaku di dalam atau di luar Sarawak; dan
  4. Tempoh kehamilan mencapai dua puluh dua (22) minggu dan ke atas.
Ini Langkah Mudah Mohon Bantuan Ibu Bersalin Sarawak Bernilai RM450
Ini Langkah Mudah Mohon Bantuan Ibu Bersalin Sarawak Bernilai RM450. Sumber: isarawakcaregov.com

Berikut adalah antara dokumen-dokumen penting yang anda perlu sedia:

  1. Salinan kad pengenalan Ibu
  2. Salinan kad pengenalan pasangan atau penjaga
  3. Salinan sijil perkahwinan sekiranya pemohon bukan berstatus ‘K’
  4. Salinan buku rekod kesihatan ibu
  5. Salinan buku akaun/penyata akaun
  6. Salinan nota discaj atau sijil lahir bayi

Cara-cara untuk memohon Bantuan Ibu Bersalin terdapat dua cara:

  1. Muat turun borang kemudian hantar ke email rasmi > [email protected]
  • Anda boleh memuat turun borang secara manual. Klik di sini > https://bit.ly/borangBIB2022
Ini Langkah Mudah Mohon Bantuan Ibu Bersalin Sarawak Bernilai RM450
Ini Langkah Mudah Mohon Bantuan Ibu Bersalin Sarawak Bernilai RM450

2. Anda boleh muat turun aplikasi IsarawakCare di play store atau apple store.

  • Anda boleh tekan pautan berikut untuk muat turun > play.google.com / apps.apple.com
  • Tekan butang ‘register’ atau ‘daftar’ (pastikan guna email anda yang masih aktif). Kemudian tekan ‘For newborns’ ataupun ‘For Mothers’.
  •  Isi maklumat penting anda dan sertakan gambar passport anda. (pastikan semua maklumat sama dalam IC / kad pengenalan anda, ya)
  • Jika gagal, bermakna anda perlu memuat naik gambar yang lebih jelas. Antaranya gambar kad pengenalan depan dan belakang anda, buku pink si ibu, sijil nikah original, surat pelepasan dari hospital dalam buku pink.
Ini Langkah Mudah Mohon Bantuan Ibu Bersalin Sarawak Bernilai RM450
Sumber gambar: FB Nurul Azizah Abdullah
  • Bagi yang ada kad memeluk agama islam wajib upload, kalau yang dah islam tak perlu. Hanya untuk yang baru memeluk islam sahaja.
  • Isi maklumat suami
  • Isi maklumat nombor akaun bank anda, jangan lupa untuk muat naik statement bank.
Ini Langkah Mudah Mohon Bantuan Ibu Bersalin Sarawak Bernilai RM450
Sumber gambar: FB Nurul Azizah Abdullah
  • Isi maklumat diri sendiri pendidikan dan status perkerjaan anda.
  • Bagi yang ada anak boleh isi, untuk anak yang baru lahir tak perlu isi. Hanya isi maklumat anak yang dah lama lahir.
  • Yang bahagian ‘tax info’ anda tak perlu tekan apa-apa. Biarkan sahaja.
Ini Langkah Mudah Mohon Bantuan Ibu Bersalin Sarawak Bernilai RM450
Ini Langkah Mudah Mohon Bantuan Ibu Bersalin Sarawak Bernilai RM450. Sumber gambar: FB Nurul Azizah Abdullah
  • Tandakan bahawa anda declare dan mengesahkan info bank anda.
  • Untuk maklumat anak, kalau tak dapat pakai mykid, boleh pakai surat beranak. Asalkan anda isi bahagian *birth certificate no.*. Jangan lupa upload gambar sijil lahir anak or mykid anak ya.
  • Bila anda sudah tekan butang hantar, maklumat anda akan masuk dalam sistem dalam proses. Apabila sudah diluluskan (approve), anda hanya perlu menunggu email masuk.
Ini Langkah Mudah Mohon Bantuan Ibu Bersalin Sarawak Bernilai RM450
Ini Langkah Mudah Mohon Bantuan Ibu Bersalin Sarawak Bernilai RM450. Sumber gambar: FB Nurul Azizah Abdullah

Semoga berjaya!

Lagi artikel menarik yang anda boleh baca, lihat pautan di bawah:

https://www.iloveborneo.my/ini-antara-16-pantang-larang-pelik-semasa-wanita-iban-mengandung-pada-zaman-dahulu/
Lengkap Dengan Tempat Makan Dan Homestay, Ketahui Izara Homestay & Cafe Di Sibuti
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gigih Besarkan Cucu Ikut Ajaran Islam, Netizen Kagum Sikap Terpuji 'Inik' Dari Sibu Ini. Gigih Besarkan Cucu Ikut Ajaran Islam, Netizen Kagum Sikap Terpuji ‘Inik’ Dari Sibu Ini
Next Article Pelanggan Kecewa Beli Nasi Lemak 'Indah Gambar Dari Rasa' Di Medan Selera Kuching. Sebut sahaja mengenai makanan mesti anda yang sanggup berhabisan duit demi menikmati sepinggan mahupun sesuap hidangan itu dengan syarat makanan tersebut mestilah berbaloi dan enak. Pelanggan Kecewa Beli Nasi Lemak ‘Indah Gambar Dari Rasa’ Di Medan Selera Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?