• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gigit Isteri Sebab Berang Guna Duit BKSS Beli Susu Anak, Suami Dayus Di Kuching Kini Diberkas Polis

Oleh
Husna Hazmi
25 Mei 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Si suami juga tergamak memecahkan telefon pintar isteri kerana ingin mengeluarkan duit BKSS tersebut.

Gigit Isteri Sebab Berang Guna Duit BKSS Beli Susu Anak, Suami Dayus Di Kuching Kini Diberkas Polis. Dilaporkan seorang penjawat awam telah diberkas polis pada Selasa lalu kerana melakukan penderaan, menggigit isterinya sehingga cedera sekitar hujung tahun lepas.

Isi Isi Penting
  • Si suami juga tergamak memecahkan telefon pintar isteri kerana ingin mengeluarkan duit BKSS tersebut.
  • Bertindak mendera kerana tidak puas hati dengan isterinya
  • Didera dan diperlakukan seperti punching bag kepada suaminya
  • Suspek kini ditahan
Gigit Isteri Sebab Berang Guna Duit BKSS Beli Susu Anak, Suami Dayus Di Kuching Kini Diberkas Polis
Gigit Isteri Sebab Berang Guna Duit BKSS Beli Susu Anak, Suami Dayus Di Kuching Kini Diberkas Polis. Gambar sekadar hiasan

Bertindak mendera kerana tidak puas hati dengan isterinya

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah, suspek yang berusia 23 tahun itu diberkas susulan laporan polis dibuat oleh si isteri.

Beliau berkata suspek bertindak sedemikian kerana tidak puas hati dengan isterinya yang ingin membawa anak mereka menemaninya bermalam di hotel untuk menenangkan fikiran.

Pergelutan telah berlaku di antara mereka sehingga suspek mendatangkan kecederaan kepada mangsa. Bukan itu sahaja, suspek juga tergamak memecahkan telefon pintar isterinya atas sebab mangsa ingin menggunakan wang Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) untuk membeli susu anak mereka!

Gigit Isteri Sebab Berang Guna Duit BKSS Beli Susu Anak, Suami Dayus Di Kuching Kini Diberkas Polis

Didera dan diperlakukan seperti punching bag kepada suaminya

Sebelum ini, pernah tular di Twitter satu thread di mana seorang wanita berkongsi pengalaman pahitnya didera dan diperlakukan seperti punching bag kepada suaminya. Namun, perkongsian tersebut sempat dipadam oleh pemiliknya.

Setelah dinasihati ramai orang disekelilingnya untuk melaporkan perlakuan suaminya itu kepada polis, mangsa akhirnya membuat laporan polis.

Gigit Isteri Sebab Berang Guna Duit BKSS Beli Susu Anak, Suami Dayus Di Kuching Kini Diberkas Polis

Suspek kini ditahan

Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 18A Akta Keganasan Rumahtangga dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Menurut ACP Ashmon lagi, kertas siasatan akan dirujuk kepada Pegawai Pendakwaraya Negeri Sarawak untuk mendapatkan arahan bagi tindakan selanjutnya.

Bagi mana-mana mangsa keganasan rumahtangga di luar sana, buat laporan polis segera atau anda boleh hubungi talian teledera 1 800 88 3040 atau rujuk di hospital yang berhampiran jika anda dicederakan.

Lagi di sini cerita terkini di Borneo buat anda:

SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Brunei Keluar Kenyataan Rasmi, Sempadan Darat Dan Laut Kini Dibuka Untuk Penamatan Fasa Awal Endemik Penamatan Fasa Awal Endemik, Brunei Pertimbang Pembukaan Sempadan Darat Dan Laut
Next Article Tradisi Bermukun Melayu Sarawak Bakal Diadakan Selama 76 Jam Tanpa Henti Mulai Jumaat Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?