• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Penamatan Fasa Awal Endemik, Brunei Pertimbang Pembukaan Sempadan Darat Dan Laut

Oleh
Nazihah AN
25 Mei 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Brunei Keluar Kenyataan Rasmi, Sempadan Darat Dan Laut Kini Dibuka Untuk Penamatan Fasa Awal Endemik

Garis panduan untuk langkah kawalan COVID-19 dikuatkuasakan mulai bulan Jun.

Penamatan Fasa Awal Endemik, Brunei Pertimbang Pembukaan Sempadan Darat Dan Laut. Telah dilaporkan bahawa kerajaan Brunei dengan rasminya telah mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan pengemaskinian garis panduan untuk masuk ke negara Brunei.

Isi Isi Penting
  • Garis panduan untuk langkah kawalan COVID-19 dikuatkuasakan mulai bulan Jun.
  • Langkah-langkah dalam Fasa Awal Endemik di Brunei.
  • Berikut ialah garis panduan yang telah dikemaskini:
  • Manakala garis panduan yang telah dikemaskini berkenaan dengan SOP di tempat awam:
  • Pusat pengangkutan ke Sabah, Brunei dan Kalimantan, Miri Sentral bakal siap pada tahun 2024. Baca artikel di bawah:

Dalam kenyataan media tersebut memaklumkan bahawa, Fasa Awal Endemik di bawah Rangka Kerja Pelan Pemulihan Kebangsaan COVID-19 yang akan berakhir pada hari Selasa, 31 Mei 2022 (minggu depan) akan ditamatkan dan tidak akan diteruskan.

Penamatan Fasa Awal Endemik, Brunei Pertimbang Pembukaan Sempadan Darat Dan Laut
Sumber gambar: Siakapkeli

Langkah-langkah dalam Fasa Awal Endemik di Brunei.

Oleh itu, bermula pada hari Rabu (1 Jun 2022) akan dibuka kepada umum. Berikut ialah garis panduan langkah-langkah pengawalan COVID-19 akan dikemaskinikan oleh kerajaan Brunei, seperti berikut:

Penamatan Fasa Awal Endemik, Brunei Pertimbang Pembukaan Sempadan Darat Dan Laut
Kenyataan rasmi dari kerajaan Brunei

Berikut ialah garis panduan yang telah dikemaskini:

Menurut Jawatankuasa Pemandu COVID-19 Brunei, tiada had ke atas kapasiti perhimpunan besar-besaran di rumah atau di dewan.

Semua aktiviti sukan termasuk pertandingan atau perlawanan dibenarkan tanpa had bilangan penonton. Penyediaan makanan untuk sebarang acara termasuk hidangan bufet di mana-mana premis akan dibenarkan.

Tidak akan ada sekatan umur ke atas semua jemaah di masjid untuk melakukan aktiviti keagamaan, dan topeng muka harus dipakai di bangunan awam, serta di tempat yang sesak di luar rumah.

Penamatan Fasa Awal Endemik, Brunei Pertimbang Pembukaan Sempadan Darat Dan Laut
Penamatan Fasa Awal Endemik, Brunei Pertimbang Pembukaan Sempadan Darat Dan Laut

Turut dijelaskan bahawa tidak ada lagi sekatan had umur bagi jemaah-jemaah yang hadir di Masjid bagi sembahyang Jumaat dan Fardhu lima waktu. Walau bagaimanapun, syarat penggunaan tikar sembahyang sendiri (sejadah) semasa sembahyang fardhu adalah dikekalkan.

Manakala garis panduan yang telah dikemaskini berkenaan dengan SOP di tempat awam:

  • Pelitup muka hendaklah dipakai jika berada di dalam bangunan awam.
  • Pemakaian pelitup muka di luar bangunan adalah digalakkan terutamanya dalam keadaan penuh sesak.
  • Penggunaan ujian kit kendiri digalakkan sebelum menghadiri acara dan pada bila-bila masa apabila diri merasa kurang sihatatau mempunyai tanda-tanda jangkitan.
  • Pemeriksaan suhu badan untuk masuk ke mana-mana premis tidak lagi diwajibkan
Penamatan Fasa Awal Endemik, Brunei Pertimbang Pembukaan Sempadan Darat Dan Laut
Penamatan Fasa Awal Endemik, Brunei Pertimbang Pembukaan Sempadan Darat Dan Laut

Walau bagaimanapun, turut dijelaskan bahawa pembukaan sempadan darat dan laut; dan ujian swab pre-departure, yang mana hasil daripada penelitian ini dan tertakluk kepada situasi semasa nanti akan dimaklumkan kepada orang ramai pada satu tarikh kemudian.

Pembukaan sempadan darat dan laut; dan ujian swab pre-departure, yang mana hasil daripada penelitian ini dan tertakluk kepada situasi semasa nanti akan dimaklumkan kepada orang ramai pada satu tarikh kemudian.”

Pusat pengangkutan ke Sabah, Brunei dan Kalimantan, Miri Sentral bakal siap pada tahun 2024. Baca artikel di bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Video Orang Sarawak Berpakaian Tradisional Dalam Pesawat Tular Di Indonesia, Disangka Sebagai Orang China Menyamar Pula Video Orang Sarawak Berpakaian Tradisional Dalam Pesawat Tular Di Indonesia, Disangka Sebagai Orang China Menyamar Pula
Next Article Gigit Isteri Sebab Berang Guna Duit BKSS Beli Susu Anak, Suami Dayus Di Kuching Kini Diberkas Polis

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?