I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Program Rekalibrasi Pulang, Inisiatif Untuk PATI Pulang Ke Negara Asal Secara Sukarela
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Program Rekalibrasi Pulang, Inisiatif Untuk PATI Pulang Ke Negara Asal Secara Sukarela

Husna Hazmi 16 Mac 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
Kongsi

Bagi warga Indonesia yang ingin pulang ke negara asal mereka, dinasihati agar merujuk kepada ibu pejabat Konsulat Jenderal Republik Indonesia untuk maklumat yang lebih lanjut.

Program Rekalibrasi Pulang, Inisiatif Untuk PATI Pulang Ke Negara Asal Secara Sukarela. Bagi yang belum mengetahui apa itu Program Rekalibrasi Pulang, ianya merupakan suatu inisiatif oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk memberi peluang kepada PATI untuk balik ke negara asal mereka secara sukarela. Peluang ini diberi kepada PATI yang telah melakukan kesalahan seperti tinggal lebih masa namun berada di Malaysia tanpa pas yang sah.

Warga Indonesia yang berada di Sarawak pula digesa untuk merujuk kepada ibu pejabat Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) bagi urusan pendaftaran Program Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Menurut Konsul KJRI Sarawak, Yonny Tri Prayitno, gesaan itu dibuat susulan masih ramai warga Indonesia yang keliru dan tidak faham mengenai program rekalibrasi.

Program Rekalibrasi Pulang, Inisiatif Untuk PATI Pulang Ke Negara Asal Secara Sukarela
Program Rekalibrasi Pulang, Inisiatif Untuk PATI Pulang Ke Negara Asal Secara Sukarela. Kredit gambar: Astro Awani

Malaysia telah melaksanakan Pelan Rekalibrasi PATI

Setakat ini, Malaysia telah melaksanakan Pelan Rekalibrasi PATI melibatkan dua perkara iaitu Program Rekalibrasi Pulang dan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja.

“Namun ramai yang tidak faham tentang program rekalibrasi dan kami mengarahkan mereka ke ibu pejabat Konsulat Indonesia di Kuching untuk memberi bantuan dengan lebih efektif.

“Kami menyediakan surat perjalanan untuk memudahkan urusan mereka ke konsulat dan di sini (konsulat) mereka akan dibantu untuk memenuhi serta menguruskan setiap permohonan yang diajukan kepada agensi berkaitan kerajaan negeri,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Menurut Yonny, proses tersebut termasuk menyediakan dokumen yang lengkap dan menyelesaikan pembayaran terutama kepada rakyat Indonesia yang mendaftar untuk program itu.

“Jika diluluskan dan selesai semua urusan, mereka akan dihantar ke pintu sempadan dan pulang ke kampung halaman.

“Jumlah yang pulang ini termasuk tahanan rakyat Indonesia yang telah selesai menjalani tempoh tahanan di lokap oleh pihak Imigresen Sarawak melalui proses undang-undang,” katanya.

Program Rekalibrasi Pulang, Inisiatif Untuk PATI Pulang Ke Negara Asal Secara Sukarela
Kredit gambar: Astro Awani

Seramai 7,437 warganegara Indonesia telah pulang sejak Januari sehingga 11 Mac 2021

Berdasarkan data terkini KJRI Sarawak, seramai 7,437 warganegara Indonesia telah pulang sejak Januari sehingga 11 Mac 2021.

Ini melibatkan tiga pintu sempadan negara iaitu di Pos Lintas Batas Negara (PLBN) Aruk-Lundu, PLBN Entikong-Serian dan PLBN Nanga Badau-Sri Aman.

Untuk rekod JPBNS melalui Jawatankuasa Lokalisasi Negeri, Sarawak telah meluluskan seramai 27,000 permohonan pekerja asing untuk kedua-dua program rekalibrasi tersebut yang bermula pada 15 Mac hingga 30 Jun 2021

Program Rekalibrasi Pulang, Inisiatif Untuk PATI Pulang Ke Negara Asal Secara Sukarela

Kebenaran ini merangkumi sektor pertanian, perladangan, perladangan, pembinaan, pembuatan, perkhidmatan merangkumi pengangkutan, restoran, kuari serta perlombongan.

Rakyat Indonesia di Sarawak boleh menghubungi secara langsung pihak konsulat melalui talian aktif 24 jam 016-8866734 atau 082-461734 atau terus ke pejabat konsulat di Jalan Stutong, MTLD, Kuching untuk maklumat yang lebih lanjut.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ginger Beer Tanpa Alkohol Dari Sabah, Uinah Kini Rasmi Diiktiraf Halal
Next Article 3 Sekatan Jalan Raya Telah Dikenakan Di Kampung Bintawa Tengah Dan Ulu

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?