• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Golongan B40, Golongan Di Kedudukan Teratas Alami Masalah Mental Di Malaysia

Oleh
ILB - AI
20 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Apa yang menjadi punca dan siapa yang berisiko dengan masalah mental?

Golongan B40, Golongan Di Kedudukan Teratas Alami Masalah Mental Di Malaysia. Semenjak kebelakangan ini kita banyak mendengar kes yang terjadi yng rata-ratanya ada berhubung kait dengan masalah mental seseorang.

Jadi, apakah punca permasalahan ini semakin menjadi-jadi? Siapakah yang paling berisiko mendapat permasalahan ini dan mengapa?

Golongan B40, Golongan Di Kedudukan Teratas Alami Masalah Mental Di Malaysia
Golongan B40, Golongan Di Kedudukan Teratas Alami Masalah Mental Di Malaysia. Sumber gambar: Harakahdaily

Golongan B40 paling tinggi dengan peratus 2.7%, iikuti dengan M40 sebnayak 1.7% dan 0.5% untuk golongan T20

Menurut kajian PlusVibes Group, masyarakat Malaysia telah menunjukkan peningkatan yang amat ketara dalam isu kesihatan mental lebih-lebih lagi sejak dunia dilanda dengan wabak Covid-19 pada tahun 2019.

Dengan berlakunya penularan wabak ini, kehidupan manusia kebanyakkannya berubah daripada kelaziman normal kita terutamanya untuk golongan muda. Bahkan, dengan banyaknya perubahan pola kehidupan sekaligus telah mempengaruhi kesihatan mental seseorang.

Bukan itu sahaja, didapati juga golongan yang berada di aras B40 telah dinyatakan sebagai golongan yang menduduki tempat teratas bagi golongan individu yang mengalami masalah mental di Malaysia dengan peratus sebanyak 2.7% berbanding 1.7% dan 0.5% untuk golongan M40 dan T20.

Golongan B40, Golongan Di Kedudukan Teratas Alami Masalah Mental Di Malaysia
Golongan B40, Golongan Di Kedudukan Teratas Alami Masalah Mental Di Malaysia. Sumber gambar: Utusan Malaysia

Punca mungkin ada kaitan dengan masalah ekonomi

Salah satu punca yang boleh mendorong adalah masalah ekonomi yang dihadapi. Seperti kita sedia maklum, keadaan ekonomi dan kos sara hidup kita seolah-olah tidak seimbang terutamanya bagi golongan individu yang menetap di pusat bandar.

Golongan B40, Golongan Di Kedudukan Teratas Alami Masalah Mental Di Malaysia
Golongan B40, Golongan Di Kedudukan Teratas Alami Masalah Mental Di Malaysia. Sumber gambar: Ekonomi Rakyat

Hal ini yang terkadang mencetus keadaan seseorang individu tersebut mengalami tekanan, keresahan yang berpanjangan dan beberapa masalah gangguan yang lain.

Oleh yang demikian, jika kita mendapati orang terdekat di sekelilingn kita menghadapi permasalahan yang menjerumuskan kearah masalah kesihatan mental, bantu mereka sebagai pendengar yang baik mahupun bantu mereka untuk mendapatkan rawatan profesional.

Banyak rentetan kejadian yang diakibatkan oleh masalah mental seseorang seperti yang berlaku di dalam artikel dibawah:

Bekas Finalis MasterChef Dari Sabah Yang Didakwa Bunuh Pembantu Rumah Dibenar Ikat Jamin Kerana Masalah Mental
‘Burung Tak Tutup’, Lelaki Bogel Kerap Berkeliaran Buat Warga Bintulu Resah
SUMBER :HarakahdailyUtusan MalaysiaEkonomi Rakyat
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 'Jangan Ketepikan Hak Rakyat', Penduduk Di Bintulu Berhimpun Untuk Tuntut Tanah ‘Jangan Ketepikan Hak Rakyat’, Penduduk Di Bintulu Berhimpun Untuk Tuntut Tanah
Next Article Belajar Sendiri Edit Video, Wanita Dari Sabah Ini Kini Dibayar RM20K Sebulan Belajar Sendiri Edit Video, Wanita Dari Sabah Ini Kini Dibayar RM20K Sebulan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?