• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bekas Finalis MasterChef Dari Sabah Yang Didakwa Bunuh Pembantu Rumah Dibenar Ikat Jamin Kerana Masalah Mental

Oleh
Husna Hazmi
26 April 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Tertuduh dibenarkan ikat jamin RM 30,000 kerana masalah kesihatan mental.

Bekas Finalis MasterChef Dari Sabah Yang Didakwa Bunuh Pembantu Rumah Dibenar Ikat Jamin Kerana Masalah Mental. Dipetik daripada Astro Awani, Mahkamah Rayuan Putrajaya membenarkan ikat jamin ke atas finalis sebuah program realiti masakan MasterChef Malaysia, Etiqa Noorashikeen Mohd Sulong selepas dia dan suami didakwa membunuh pembantu rumah mereka, Disember lalu.

Isi Isi Penting
  • Tertuduh dibenarkan ikat jamin RM 30,000 kerana masalah kesihatan mental.
  • Keputusan tersebut telah dibuat ketiga-tiga Hakim
  • Membenarkan ikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin
  • Lagi di sini:
Bekas Finalis MasterChef Dari Sabah Yang Didakwa Bunuh Pembantu Rumah Dibenar Ikat Jamin Kerana Masalah Mental
Bekas Finalis MasterChef Dari Sabah Yang Didakwa Bunuh Pembantu Rumah Dibenar Ikat Jamin Kerana Masalah Mental

Keputusan tersebut telah dibuat ketiga-tiga Hakim

Tiga Hakim iaitu Lee Swee Seng, Supang Lian dan M. Gunalan membenarkan ikat jamin itu atas alasan kesihatan. Keputusan tersebut telah dibuat ketiga-tiga Hakim dalam prosiding yang diadakan secara dalam talian selepas mendengar hujah peguam bela tertuduh, Datuk Seri K. Rakhbir Singh serta Timbalan Pendakwaraya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar.

Memetik laporan The Star, Rakhbir memberitahu, beliau mengemukakan rayuan ikat jamin itu memandangkan anak guamnya mengalami masalah psikiatri. Beliau juga mengemukakan rayuan bahawa kedua-dua anak kembar Etiqa adalah autistik sementara kedua orang tuanya tidak sihat untuk menjaga anak tertuduh.

Bekas Finalis MasterChef Dari Sabah Yang Didakwa Bunuh Pembantu Rumah Dibenar Ikat Jamin Kerana Masalah Mental

Membenarkan ikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin

Oleh itu, Rakhbir berkata, ketiga-tiga hakim mendapati ada merit pada rayuan itu dan membenarkan ikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin serta menyerahkan pasport kepada Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.

Etiqa juga diarahkan untuk melapor diri pada tengah hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang setiap hari Isnin.

Pada 29 Disember lalu, Etiqa dan suami, Mohammad Ambree Yunos, 40 tahun menghadapi tuduhan melakukan pembunuhan ke atas pembantu rumah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan, pasangan itu didakwa membunuh pembantu rumah, Nur Afiyah Daeng Damin, berusia 28 tahun, di rumah mereka di kondominium yang terletak di Jalan Lintas Lido dekat sini, antara 10 hingga 13 Disember lalu.

Sebelum ini, Rakhbir mengemukakan rayuan ikat jamin di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Tinggi bagaimanapun kedua-duanya telah ditolak.

Sebelum ini, bekas finalis rancangan Realiti TV MasterChef ini telah didakwa membunuh pembantu rumah mereka di Penampang, Sabah:

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hati-Hati! Jenayah Pecah Rumah Dijangka Meningkat Aidilfitri Tahun Ini
Next Article Malang Tak Berbau, Jambatan Mulu Marriot Miri Runtuh Sehingga Menyebabkan 4 Mangsa Tercedera

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?