• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Graduasi PhD Di Scotland, Busana Lengkap Orang Ulu Dr. Kaleena Tarik Perhatian

Oleh
Aina Musa
10 Julai 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Dr. Kaleena bangga gayakan pakaian Orang Ulu

Graduasi PhD Di Scotland, Busana Lengkap Orang Ulu Dr. Kaleena Tarik Perhatian. Seorang pakar mata berketurunan etnik Orang Ulu yang berasal dari Miri, Sarawak tular baru-baru ini kerana memilih menggayakan pakaian Orang Ulu di Scotland.

Beliau memilih menggayakan pakaian tradisi tersebut semasa menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Kajian Klinikal dan Pembedahan Sains Optometri di University of Glasgow, Scotland.

Graduasi PhD Di Scotland, Busana Lengkap Orang Ulu Dr. Kaleena Tarik Perhatian
Graduasi PhD Di Scotland, Busana Lengkap Orang Ulu Dr. Kaleena Tarik Perhatian. Kredit foto: FB Kaleena Sampley

Menurutnya, beliau memilih mengenakan pakaian itu kerana beliau mahu mempamerkan tradisi dan budaya Sarawak di negara luar.

Tambahnya, beliau berharap generasi muda pada hari ini akan lebih menghargai pakaian tradisi kaum sendiri.

Menerusi hantarannya di laman Facebook, beliau juga turut memberi ucapan apresiasi kepada ahli keluarga serta rakan sekerjanya yang banyak membantu melancarkan perjalanan PhD sehingga beliau berjaya menamatkan perjalanan tersebut.

A few years ago, when i was attending a conference in the US (can’t remember which one now!) a friendly and curious…

Posted by Kaleena Sampley on Wednesday, June 29, 2022

Pakai baju tradisi Orang Ulu setiap kali majlis konvokesyen

Lebih menarik lagi, beliau turut menggunakan pakaian dan aksesori yang melambangkan tradisi Orang Ulu termasuk aksesori suku Kenyah dan Lun Bawang pada dua majlis Konvokesyen beliau yang lalu.

Sebelum ini, beliau memakai Pata, perhiasan kepala tradisional Orang Ulu ketika menerima Ijazah Sarjana Muda (Perubatan dan Pembedahan) di University of Dundee pada tahun 2008.

Manakala, pada tahun 2018 pula, beliau mengenakan pakaian tradisi Tapong Laka’ Anyam semasa menerima Ijazah Sarjana di Kolej Oftalmologi.

Graduasi PhD Di Scotland, Busana Lengkap Orang Ulu Dr. Kaleena Tarik Perhatian
Kredit foto: FB Kaleena Sampley

Orang luar puji keindahan pakaian Orang Ulu Dr. Kaleena

Ketika memakai Pata, rakan-rakan beliau yang berasal daripada United Kingdom menggambarkan beliau seperti seorang puteri sedang menaiki pentas ketika mengambil anugerah.

Manakala, pensyarahnya pula mengelarkan beliau sebagai Pocahontas ketika beliau menggayakan busana Tapong Laka’Anyam.

Graduasi PhD Di Scotland, Busana Lengkap Orang Ulu Dr. Kaleena Tarik Perhatian
Kredit foto: Kaleena Bulan via TVS

Tambah beliau, ketika mengenakan busana Kenyah dan Lun bawang tersebut, ramai yang menyapa beliau untuk mengambil gambar.

Lebih menarik, ibu dan bapanya turut mengenakan pakaian tradisi Orang Ulu setiap kali menghadiri majlis Konvokesyen beliau sehingga menjadi perhatian tetamu lain.

Semoga lebih ramai lagi anak Orang Ulu dan anak Dayak di Sarawak menjadikan beliau sebagai inspirasi dalam mempromosikan tradisi dan budaya Sarawak ke mata dunia.

Baca juga kisah lelaki ini yang bangga mengenakan baju Melayu sewaktu bergraduasi di Harvard tempoh hari:

SUMBER :FB Kaleena Sampley
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Niat Bersuka Ria Bertukar Duka, Jasad Remaja 18 Tahun Ditemui Lemas di Sungai Bintulu
Next Article Pembinaan ART Kuching Dijangka Bermula September Tahun Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?